assalamualaikum & salam sejahtera,
apa khabar?
moga semua yg membaca blog ni sekarang maintain negatif dari covid19.
maintain sihat.
maintain duduk rumah. jgn lari keluar ke mana-mana!
hari Isnin.
hari ke-20 kita dlm PKP di Malaysia.
saya tak brape pandai main games online.
jari tidak cepat. jari gemuk!
and saya malas sgt nak concentrate kan mata ni ngadap games yg aktif.
so, saya suka main games masak-masak je 😃. CafeLand ni dah bertahun kat phone saya.
bila rasa stress...
bila rasa nak lepaskan beban berat kat bahu...
malas nak klik fb, whatsapp, telegram mahupun blog. saya enjoy kan diri di CafeLand.
dah level 76 dah sekarang ni. seronok!
😔 kes positif covid19 di Melaka kian meningkat. bilangan kian bertambah dari sehari ke sehari.
aduhai. Melaka kini zon oren.
sedih...
takut!
9 hari dari hari ni, kita akan mula bekerja. anak-anak akan mula masuk sekolah.
aduhai. risau kan anak-anak sebenarnya. diorang mana la faham maksud "jarakkan diri 1 meter dgn yg lain".
terutama Izzat. nak bergumpal aje dia kat sekolah...
Syuhada pun mesti nak bertepuk-tampar dgn kawan-kawan. lama tak jumpa, kan.
Nurin plak mesti la nak makan sama-sama dgn kawan-kawan, kembali jalankan tugas sebagai pengawas koperasi, buat assignment utk PT3.
risau!!!
semalam sharing 👇 di group whatsapp ofis.
hampir semua daerah di Melaka dah zon oren - Melaka Tengah, Jasin & Alor Gajah. bukanlah besar sgt pun Melaka ni 😔. |
biarlah saya yang sakit.
jgn la anak-anak 😔. dia sakit, kita sakit sekali = double!!!
tu yg si ibu ni dah start main game online.
bila main game tu terasa mcm otak ni tertumpu kat game tu.
nak masak apa. brape minit. then ada few challenge nak kena complete kan. enjoy kejap la sorang diri.
😌😌😌
moga Allah pulihkan dunia kita ni yg kian sakit!
moga Allah hilangkanlah wabak jangkitan covid19 ni segera.
teruskan berdoa yg korang.
setengah bulan lagi kita nak ke 1 Ramadhan. berdoalah di waktu-waktu mustajab ni.
👌
6 Comments
saya pun dulu pernah juga main game ni, sekarang setia balik dgn candy crush..hehe
ReplyDeleteLamanya tk main game masak2 gitu..rindulak..hehe
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/?m=1
aloooo comey ibu main game online. hehe.. game2 ni dia xleh mula..
ReplyDeletehaaa mula sminit dua tuuuu boleh lanjut sejam dua jam..
Waalaikumussalam. Allahu dah lama tinggalkan. Sekarang pun masih tak sempat nak main. Haha
ReplyDeletelama dah tak main game online macam nie..
ReplyDeleteSha rajin jenguk blog, layan mukbang di youtube dan baca online je skrg nie.. Ngeri nak masuk medsos sebab banyak berita negetif.. huhuhu.. Mengganggu emosi..
Rabia start download game dah
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.