assalamualaikum & salam sejahtera...
pagi-pagi tadi, sambil-sambil tu baca-baca la messages di grup whatsapp.
aduhai. tak terkata bila tgk kes positif covid19 di Melaka dah cecah 99 setakat semlm - 6.4.2020.
ya Allah. kau pulihkan lah dunia ni...nombor dlm data positif covid19 semakin menakutkan 😔.
mengenangkan 16.4.2020, anak-anak di Melaka akan bersekolah, perkara ni sgt merisaukan kesemua ibu ayah.
kurantin di rumah?ntah la. saya rasakan ada sebilangan kecil yg degil!
tidak kuarantin diri di rumah setelah tiba dari luar negara.
pada saya, memandangkan PKP, kuarantin la diri tu more than 14 days.
dah terbukti, selepas 14 hari, baru gejala covid19 tu muncul.
dlm grup whatsapp sekolah, ada kawan yg keje di bank menceritakan, ada yg dtg ke bank tanpa urusan yg penting. yg dtg tu baru 2-3 hari balik dari luar negara 😡.
tak ke merbahaya kan semua org di sepanjang perjalanan dia dari rumah ke bank dan pulang semula ke rumah???!!!!
boleh tak kerajaan kenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yg degil - tidak kuarantinkan diri ni.
semlm baca kisah covid19 Italy Sarawak hingga sekarang nak membuatkan 5 org meninggal dunia dan 2 org di rawat di icu. Allahu Akbar.
kalau ia berlakulah di dlm keluarga saya, saya nak syorkan agar dia dikenakan tindakan undang-undang. tidak bertanggungjawab. tidak ikut arahan PKP! keluarga org lain terkorban dek dia yg tak guna!!! 😡
dgr nya dia masih sihat walafiat. ntah la. tak nak la doakan benda yg tak baik, kan. tapi....... 😡.
hasil PKP. alhamdulillah... terima kasih kerajaan Malaysia. |
kawan-kawan. ahli keluarga yg baca ni, jom la kita teruskan #DudukRumah ye.
kita mampu menghalang dari covid19 ni dari terus menular...
👍
9 Comments
Rasa macam PKP diteruskan. Adik saya yang kerja doktor cakap kalau ikut graf jangkitan kena tambah lagi 21 hari. Bagi saya kena sifarkan Covid-19 baru rasa lega nak keluar bersosial.
ReplyDeleteRisau juga tengok data di Melaka tu. Ingat di Melaka ni terkawal.
Masih sikit lagi tu kak, selangor dekat seribu dah... nak pi mana2 pun seram aih
ReplyDeleteTakut dengrrr...
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/?m=0
red zone pun makin bertambah
ReplyDeleteya Allah..moga kita semua dilindungi Allah :(
ReplyDeleteMoga keadaan akan bertambah baik. Harap kita berjaya putuskan rantaian Covid dengan sama-sama duduk di rumah. Tapi, memang geram dengan segelintir umat manusia yang masih degil keluar tanpa urusan penting. Di kawasan kampung saya ni pun jalan masih sibuk, seolah-olah bukan PKP. Kecewa juga bila kenangkan...
ReplyDeletebila tengok kes makin meningkat dari hari ke hari, jadi risau nak lepas kan anak ke sekolah minggu hadapan.. Harapnya cepatlah covid 19 nie berlalu pergi..
ReplyDeletesemoga cepat la berakhir semua virus2 jahat ni....
ReplyDeleteCase di Indonesia juga meningkat kak. Sedih rasanya. Semoga wabah ini cepat berlalu.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.