assalamualaikum & salam sejahtera...
😊 selamat pagi semua...
termasuk hari ni, 5 hari saje kita berada dlm PKP di Malaysia.
15.4.2020, seluruh negara (kecuali Melaka - cuti umum pada 15.4.2020) akan mula sibuk bekerja, ke sekolah, ke ipta, ke institut latihan.
Melaka akan beroperasi kembali pada 16.4.2020.
melihatkan bilangan positif covid19 seluruh Malaysia kian meningkat 😓 saya berasa sgt risau.
adakah selamat kita semua yg bakal menjalani kehidupan seperti biasa bermula 15.4.2020 tu? 😟
hari ni kan dikatakan kita akan tahu samada PKP ni diteruskan atau tidak?
teruskan je lah #DudukRumah.
dek kerana semua tu, kemungkinan 16.4.2020 kehidupan bekerja dan bersekolah akan berjalan mcm biasa, dari Selasa saya da start dah buat persiapan.
masa utk berehat dah nak abis. masa utk kembali ke pejabat sudah tiba wahai MakcikAida...
betul ke tidak? 😛 apa pendapat korang mak-mak? |
pagi ni, alhamdulillah, cuaca sgt cantik. kul 7.20 pagi dah nampak dah sang mentari.
sedang berkemas di dapur, mr.asben terchenta turun, "sarapan apa pagi ni?" 😃.
begitu begini within 2 minutes, kami lagi bini da dpt dah pe nak dijadikan sarapan 👇.
roti tampal cicah sardin 😋. beli 5 bungkus roti canai frozen last week. sendiri goreng dan tampalkan telur 😄. air milo tu gelas besar, setiap pagi kami laki bini share separuh-separuh milo 💜. |
1. gosok baju
baju sekolah anak-anak, minggu pertama PKP da suruh diorang settle gosok.
gantung siap-siap dlm bilik.
arrange semula baju sukan, baju koku, seluar sukan... kasut sekolah pun dah ready dibasuh. nak suruh diorang kiwi hitam jer nanti.
so hari ni dan esok, saya uruskan baju keje saya dan mr.asben.
baru separuh siap digosok. mau kasik settle lagi beberapa.
baju kami tak byk. terutama baju saya. seluar uniform saje. baju nyer dah ready.
bila dah settle, baru senang hati, kan...
2. jahit lencana sekolah Izzat (uniform baru) dan tudung sekolah Syuhada
sedang susun baju di penggantung, ternampak uniform baru Izzat yang belum dijahit lencananya.
hu hu hu hu menjahit ni lah yg paling lomah! hu hu hu hu 😓😓😓...
tapi, takpe lah... sib baik la terperasan dan sib baik la sedang work from home. boleh la menjahit jap lagi.
kebetulan, ada tudung sekolah Syuhada yg nak diketatkan tang muka.
3. susun dan cek buku Izzat
😒 anak bertuah sorang ni, atas meja belajar dia, ya Allah! kita tak berleter, dia makin menjadi-jadi tak kemas buku.
maka, sebagai ibu yg prihatin. sebagai ibu yg tak kuasa dah nak berleter. sebagai ibu yg nak semua beres dgn cepat. biarlah ibu yg susun yg, Izzat darling.
sepanjang PKP ni dia tak buat homework dok kat meja belajar dia. dok di mana-mana. sebab mostly homework secara google forms saje.
ada la skit kena buat dlm buku latihan. meja kopi kat ruang tamu la tempat saya pantau dia buat kerja sekolah.
nampak tu? 😞 abis buat keje letak gitu aje. konsep kemas yg ibu ni terapkan, time PKP ni dia dah lupa... |
4. kemas tupperware yg terlebih
kalau kawan-kawan yg baca part ni, surely tahu dah yg saya ketepikan hampir 50% tupperware saya yg belum digunakan utk diberikan hadiah kepada org yg saya berkenan 😜 ha ha ha ha...
bukan berlagak kaya. bukan la nak membodek sesiapa...
sebab sedar diri - byk yg kehendak dari keperluan. ini yg ada sedikit takot 😟 😧 !!! agar tidaklah dipersoalkan di akhirat kelak.
ada yg da siap dibalut dengan wrapper hadiah. sebab dah ada owner. cuma tu lah, program reunion kami tertangguh dek PKP ni.
ada sedikit baki, nak balut elok-elok, sesempurna yg mungkin. kualiti tupperware tu pun terpelihara.
bukan saje tupperware tau!
satu masa dulu, saya terjebak beli set mangkuk utk baking. boleh dimasukkan dlm oven dan dibuat bekas hidangan di atas meja.
hu hu hu dari yg besar, hingga la yg kecik. tu pun dah saya asingkan hanya yg saya nak guna 😌.
5. free kan space di phone, transfer gambar / dokumen ke desktop
95% used 😱. |
phone still runs mcm biasa. takde lah tersedak-sedak loading apa-apa.
cuma, tu la. takut-takut ada masalah apa-apa, kesemua gambar / dokumen dlm phone tak dpt nak diselamatkan.
byk kerjaan ni tau!!! sebenarnya dari kelmarin (Rabu - petang) saya dah start bertindak.
- transfer semua gambar ke desktop.
- kena sort gambar ikut majlis and save in a folder. those folders save dlm another folder - tahun.
- then, belek setiap folder utk delete gambar-gambar yg tak cantik, tak relevan dan gambar bertindih.
just imagine, tahun 2019 saje ada 33 folder. more than 5,000 gambar! cek one by one. to save space kan.
saya akan ambil masa utk cek folders start dari 2005. adakah settle by esok petang? 😏
😳😳😳
5 tasks ni lah yg saya nak concentrate 1-2 hari ni, in shaa Allah.
selain dari tu, maintain lah memasak utk famili, ofis di dapur still onzzz like usual 😃.
dan cek whatsapp from to time, today still working from home. arahan dari pejabat bakal masuk.
till then, koran semua, have a nice weekend ye 💚.
21 Comments
Sha pun mengharapkan PKP ini disambung lagi.. Masih tak yakin nak lepaskan anak-anak ke sekolah.. Tambah antibodi budak tak macam kita yang dewasa nie..
ReplyDeleteAlhamdulillah baju sekolah anak awal-awal aritu lagi dah settle.. Tinggal baju kerja Sha je yang tak bergosok.. Hehehe
Alhamdulillah terisi semua masa ye..
ReplyDeleteWaa siap dah ya semua..
ReplyDeleteSis ni masih dalam opis ni hahahahaha..
Biasa start keje rumah jam 11am kejap lagi, sambil masak sambil jengah opis ni hahahaha..
Hrni dalam debarab, apakah PKP di sambung, kalau sambung semuanya dh kena susun atur semula...kannn...
arini kita akan dpt tau samada PKP akan sambung ke tidak tp kt kl/sgor kes mmg tinggi...amboi bfast die siap ada telur jd la roti canai tampal mcm kt restoran mamak kn
ReplyDeleteBanyak nak kena buat during PKP ni sebab semuanya ada di rumah. Untuk keluarga saya la. Ada juga keluarga yg kena bertugas kat pejabat masa PKP ni. Luangkan sebanyak mana masa bersama keluarga....masak tu aktiviti wajib.....hehe
ReplyDeleteakak pun x bersedia utk ke sekolah.Kalau ckg sahaja diarahkan bekerja akak akur ,tapi kalau murid akak x brp setuju,tapi bayangkanlah kakitangan satu sekolah dah 60 orang,
ReplyDeleteBerdebar juga tunggu pengumuman seterusnya PKP ni.
ReplyDeleteyang no 4. saya pun buat. dah buang banyak tupperware. ada lagi tu nak kena pilih. haha
ReplyDeleteRisau kalau sekolah buka sebab masih ada kes. Semoga ada jalannya untuk kita semua.
ReplyDeleteTask no 5 tu kene selalu buat. Kadang2 beribu gambar dan video makan space. Walaupun ada byk ruang tapi better buat clean up. Btw, PKP bersambung lagi till 28th April. Huaaaa.
ReplyDeleteMaknanya dah 4 kali tak sembahyang jumaat di masjid.
ReplyDeleteI am so going to share my post of how I deal with my daughter! Hahah thanks for giving me this idea.
ReplyDeleteUtk ibu2 yv anak mereka sekolah pastinya lega bila PKP disambung lg mmg ibubapa mading2 risau akan keselamatan anak2 mereka, jd #dudukrumah #stayhome #staysave
ReplyDeleteKini PKP dilanjutkan lagi so pertama kali kita akan sambut Ramadan di mana semua dah berada di rumah. Tqk ada lagi kesesakan dan berbuka lambat di jalan raya kan.
ReplyDeleteMemang bnayak masa ye pkp ni.. Nad sampai kemas semua barang.. Hehehe. Masa ni la elok kemas. .kang nnati hbis pkp entah bila la
ReplyDeleteSaya memang tahu PKP akan disambung lagi. Dan tak mustahil akan ada fasa seterusnya. Bukan mudah nak pastikan betul betul rantaian Covid-19 ni sudah clear. Rakyat Malaysia kenalah bagi kerjasama stay at home kan. Tu pun masih ada yang berdegil lagi.
ReplyDeleteRawlins dah ready nak kerja sekalinya PKP disambung. Moga kita semua dengar arahan dan bersama menurunkan kadar covid di malaysia
ReplyDeleteRasanya kerja ibu memang lebih banyak dari pada pejabat ye, haha..
ReplyDeleteSedar x sedar time pkp Ni byk menda Kita buat mas x sempat dulu kan
ReplyDeleteBanyak aktiviti yg boleh dilakukan rupanya. Tanpa kita sedari. Manfaat kan masa yang ada
ReplyDeleteWah rajin.. makin bertambah cuti makin rajin ye. Qis nak transfer gambar dari fon ni juga. Dah penuh dengan gambar. Tapi nak delete dari hp dulu gambar yang tak cantik.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.