assalamualaikum & salam sejahtera 😊
esok dah masuk Ramadhan ketiga. masih lagi kita berada di fasa ketiga PKP di Malaysia. seronok rasa hati bila mengenangkan Ramadhan kali ni saya berada di rumah. tak kecoh nak gi keje, anta amik anak-anak sekolah. aman damai je kehidupan di bulan Ramadhan kali ni. alhamdulillah...
langsung tak rasa rindukan bazar Ramadhan. sebab dah 2-3 tahun kebelakang tak aktif ke bazar Ramadhan. cuma tu la, para peniaga yg setiap tahun mendpt untung berlipat kali ganda di bazar Ramadhan, thn ini, pendapatan mereka amat terjejas! aduhai... bertabahlah ye.
sharing is caring. memang berniat utk update menu berbuka setiap hari thn ni. semoga one day dpt buat compilation sendiri. wah, tingginya angan-angan. compilation of masak-memasak during Ramadhan time PKP 2020 😍...
semlm, 1st Ramadhan, kami berbuka dgn menu :
- asam pedas tetel
- telur kicap
- ulam timun
- kek milo
- teh o panas
RESEPI ASAM PEDAS TETEL :
- daging tetel
- daun kesum
- bendi
- bawang merah - dikisar halus
- 1 inci halia - diketuk je
- 2 inci kunyit hidup - dikisar halus
- 2 btg serai - diketuk je
- 4 senduk ciliboh
- air asam jawa
- secubit garam
cara-cara :
- tumiskan bawang merah, halia, kunyit hidup dan serai. then, masukkan ciliboh.
- masakkan sehingga terbit minyak. cili tu garing cantik.
- masukkan daging tetel dan air asam jawa. air asam jawa ni agak-agak ye. jgn nanti kuah terlalu cair! tak sedap plak.
- masak hingga daging tetel tu empuk. lastly, masukkan daun kesum, bendi dan perisakan dgn garam sesedap rasa.
SIAP!
RESEPI TELUR KICAP YANG AMAT MUDAH :
- 3 biji telur ayam gred A
- 1 labu bawang besar - dihiris
- kicap
- 1 sudu besar sos tomato
cara-cara :
- goreng telur. saya suka bila telur kuningnya kurang masak. kegemaran anak-anak 😍. ketepikan.
- then, goreng bawang besar hingga sedikit layu. masukkan kicap dan sos tomato.
- kuah kicap tu curahkan atas telur mata kerbau tadi tu.
SIAP! ni la dia telur kicap style saya. senang kan.
biasa la kan. di timeline fb penuh dgn resepi aneka makanan. yg viral. yg hampir nak viral. aneka makanan yg memang kena cuba la kan. kek milo. ada pelbagai versi resepi utk kek milo ni. dulu kala saya pernah buat kek milo 3 bahan tau. hmmmmm 😄😄😄 tak jadik!!! kali ni cuba kek milo versi byk bahan. menjadik!!! sedap 😋.
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 1 cawan milo
- 1/2 cawan gula castor
- 2 biji telur ayam gred A
- 3/4 cawan susu segar (saya guna susu full cream dutch lady
- 1/4 cawan minyak masak
- 1 sudu teh esen vanilla
cara-cara :
- tepung naik sendiri dan milo tu perlu diayak dulu ye. masukkan dlm satu bekas.
- kemudian, masukkan kesemua bahan yg lain tu ke dlm bekas berisi tepung tu. kacau sebatikan.
- tidak perlu guna mixer ye. kacau guna senduk aje 😀.
- masukkan dlm loyang. sila la kukus utk tempoh 45 minit.
utk ganache milo nyer plak.
masakkan atas dapur bahan-bahan di bawah ni.
- 1/2 cawan milo
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 sudu mentega
bila ready, sila tuangkan atas kek milo kita tadi tu 😍. SIAP!
sgt sedap tau! boleh ulang buat ni, menjadik 👍.
nak la kongsi skit kisah sedih 😔😔😔.
sejak PKP, saya tak dpt nak beli daging. sebab pasar Durian Tunggal ni tak berfungsi langsung. ada la 2-3 gerai dibuka. ikan, ayam dan sayur. semuanya tidak segar 😒😔. mengecewakan... nak ke pasar besar Melaka, nun di Bachang, lebih 10 kilometer jauhnya! PKP kan... takut plak nak jejak sana.
so, menunggulah kalau-kalau ada penjual daging update dlm grup Facebook Komuniti Durian Tunggal.
alhamdulillah, dpt beli daging. harga agak mahal dari pasar besar Melaka. tapi, takpe la. saya order dan siap delivery ke rumah Khamis lepas. excited! beli daging 1kg, daging tetel 1kg dan tulang 1kg.
tapi mengecewakan!!! geram hati saya... semua yg diberikan tak dibersihkan dgn sempurna!
penjual belasah je letak dlm plastik dan timbang 1kg.
korang bayangkanlah, 1kg daging tetel yg saya order, rupanya dpt 700g je. selebihnya "sampah". tulang 1kg. Allahu Akbar... keadaannya kalau nak buat sup, memang tak cantik. tulang semata!!! tak berdaging langsung... apa la punya penjual!!! ni la yg dikatakan rezeki dia tak berkat. aduhai 😔...
moral of the story, dlm pada kita nak bantu para peniaga time PKP ni, kena juga check brg bila dia deliver depan rumah. jgn percaya sgt 100%. sempurna? baru byr. if not, bye bye. silap saya. percaya je. amik dan terus byr. sampai dapur, rasa nak panggil je balik runner tu hu hu hu hu... takpe la. saya da delete dah no phone penjual tu. biar la dia bersama labu-labunya.
alkisah beli daging 😄.
ok. time to 😴. jam kat laptop ni dah 11:55 mlm.
4:30 pagi nanti nak bangun prepare sahur.
...bye 😉
rezeki saya, 700g daging tetel...
moral of the story, dlm pada kita nak bantu para peniaga time PKP ni, kena juga check brg bila dia deliver depan rumah. jgn percaya sgt 100%. sempurna? baru byr. if not, bye bye. silap saya. percaya je. amik dan terus byr. sampai dapur, rasa nak panggil je balik runner tu hu hu hu hu... takpe la. saya da delete dah no phone penjual tu. biar la dia bersama labu-labunya.
alkisah beli daging 😄.
ok. time to 😴. jam kat laptop ni dah 11:55 mlm.
4:30 pagi nanti nak bangun prepare sahur.
...bye 😉
24 Comments
sedapnya feveret tu asam pedas tetel
ReplyDeletesubhanallah sedapnya lauk berbuka. Asam pedas makan ngan telur kicap memang sesuai sgt hehe. Siap pula dgn dessert sekali ye.
ReplyDeleteDah berapa kali saya nak try beli barang basah secara online tp takut jadi mcm ni la. Barang lain blh beli online tapi barang basah elok kita sendiri belek, puas hati dan berbaloi.
semua nya best2.. salam ramadhan . done follow #1179
ReplyDeleteAsam pedas tetel, fav orang Melaka ;)
ReplyDeleteSemua sedap, my favorite tapi tak pernah rasa sejak pkp.
ReplyDeleteTelur kicap tu..dengan nasi hangat.Ya Allah.
ReplyDeleteaduhhh pepagi dah nampak post ni. ahaha lariiiii
ReplyDeleteSedap pula nampak asam pedas tu.
ReplyDeleteRupanya kisah kita hampir sama Aida.
Sy order tulang 1kg & limpa + paru 1kg. Jiran selit order sekali, tulang 9kg.apa yg kami dapat? Limpa 1/2 kg je. Yg lain semua takde katanya. Rasa tertipu sgt sbb masa follow up kata semua ada. At least Tulang tu ada 1-2kg pun dah Ok. Rasa bersalah dekat jiran :(
Ok dah dpt idea...Hari nih nak buat kek hehe
ReplyDeleteKek Milo ni rasa nak buat je hari ni. Ish ish peniaga pun nak balik hari Mekah agaknya tu. Tak berkat niaga macam tu.
ReplyDeleteZa dulu tak pernah makan asam pedas tetel. Selalu masak lemak je tapi sjak kawin dgn hubby, dpt rasa asam pedas tetel.. Fuhhhhh nikmaaat dia lain macam.. Hahha
ReplyDeletemasya Allah asam pedas tu! rasa mcm nak masak asam pedas lak ptg ni
ReplyDeleteOk. Rawlins nak curi la salah satu resipi tu hehe. Almaklum lauk bujang mana yang ada je la kan. Kek milo 3 bahan Rawlins menjadi plak hahaha
ReplyDeleteAsam pedas tetel tu. sedapnya, dahlama tak makan. nanti nak buatlah. hehe
ReplyDeletePerghhhh aje lapo nengok asam pedas tetel tu, Sis baru beli 2 kilo tetel, tapi hajatnya nak buat roti jala makan dengan kari nanti hehehe...
ReplyDeleteKek milo tu makkk oii..moist gile nengok
menawan betul asam pedas tu. daging ada lagi kat rumah nanti nak buat. thanks sharing
ReplyDeleteTu la kan teringat lak citer P Ramlee “orang depan rumah tu lagi kesian makan sup tulang je” hihi begitulah lebih kurang dailognya.
ReplyDeletewah meriahnya! terliur pulak baca & tengok gambar. terima kasih share resepi ya
ReplyDeleteKombinasi yg mmg bagus
ReplyDeleteAsam pedas tetel tu sedapnya. Nanti nal try buat jugaklah. Asam pedas tetel kalau tak makan rasa kerugian tau.
ReplyDeleteFav nih asam pedas tetel, belum sempat buat lagi untuk berbuka puasa...tahun ini, sebab tak dapat beli daging tetel, biasanya buka asam pedas tetel makan dengan nasi bila sahur makan dengan roti prata pula nikmat tak terhingga. Tq bagi idea
ReplyDeleteKomen lagi sekali sebab x sure komen sebelum ada ke x.. Hahaha
ReplyDeleteAsam pedas tetel tu kan memang sedap. Pernah makan tapi tak pernah masak. Kek mili tu dari sehari ke sehari nak buat tapi entah bila nak buatnya. Nak buat kek kena ada mood kalau tak suruh anak dara jela buat.
uih sedap tengok tetel tu. sekali makan dgn kek milo yang moist tu. setel perut kita ye tak
ReplyDeleteWah siap settle menu iftar. Tpi jahatnya seller tu tipu bagi tulang. Huhu. Anggap lah 300g tu dia sedekah kat orang yang lebih memerlukannya.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.