assalamualaikum & salam sejahtera 😊

esok dah masuk Ramadhan ketiga. masih lagi kita berada di fasa ketiga PKP di Malaysia. seronok rasa hati bila mengenangkan Ramadhan kali ni saya berada di rumah. tak kecoh nak gi keje, anta amik anak-anak sekolah. aman damai je kehidupan di bulan Ramadhan kali ni. alhamdulillah...

langsung tak rasa rindukan bazar Ramadhan. sebab dah 2-3 tahun kebelakang tak aktif ke bazar Ramadhan. cuma tu la, para peniaga yg setiap tahun mendpt untung berlipat kali ganda di bazar Ramadhan, thn ini, pendapatan mereka amat terjejas! aduhai... bertabahlah ye.

sharing is caring. memang berniat utk update menu berbuka setiap hari thn ni. semoga one day dpt buat compilation sendiri. wah, tingginya angan-angan. compilation of masak-memasak during Ramadhan time PKP 2020 😍...

semlm, 1st Ramadhan, kami berbuka dgn menu :
  1. asam pedas tetel
  2. telur kicap
  3. ulam timun
  4. kek milo
  5. teh o panas


Resepi Asam Pedas Tetel

RESEPI ASAM PEDAS TETEL :
  • daging tetel
  • daun kesum
  • bendi
  • bawang merah - dikisar halus
  • 1 inci halia - diketuk je
  • 2 inci kunyit hidup - dikisar halus
  • 2 btg serai - diketuk je
  • 4 senduk ciliboh
  • air asam jawa
  • secubit garam

cara-cara :
  1. tumiskan bawang merah, halia, kunyit hidup dan serai. then, masukkan ciliboh.
  2. masakkan sehingga terbit minyak. cili tu garing cantik.
  3. masukkan daging tetel dan air asam jawa. air asam jawa ni agak-agak ye. jgn nanti kuah terlalu cair! tak sedap plak.
  4. masak hingga daging tetel tu empuk. lastly, masukkan daun kesum, bendi dan perisakan dgn garam sesedap rasa.
SIAP!

Resepi Telur Kicap Mudah

RESEPI TELUR KICAP YANG AMAT MUDAH :
  • 3 biji telur ayam gred A
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • kicap
  • 1 sudu besar sos tomato

cara-cara :
  1. goreng telur. saya suka bila telur kuningnya kurang masak. kegemaran anak-anak 😍. ketepikan.
  2. then, goreng bawang besar hingga sedikit layu. masukkan kicap dan sos tomato.
  3. kuah kicap tu curahkan atas telur mata kerbau tadi tu.
SIAP! ni la dia telur kicap style saya. senang kan.

biasa la kan. di timeline fb penuh dgn resepi aneka makanan. yg viral. yg hampir nak viral. aneka makanan yg memang kena cuba la kan. kek milo. ada pelbagai versi resepi utk kek milo ni. dulu kala saya pernah buat kek milo 3 bahan tau. hmmmmm 😄😄😄 tak jadik!!! kali ni cuba kek milo versi byk bahan. menjadik!!! sedap 😋.

Resepi Kek Milo Yang Sangat Mudah

Resepi Kek Milo Yang Sangat Mudah

RESEPI MUDAH KEK MILO :
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 biji telur ayam gred A
  • 3/4 cawan susu segar (saya guna susu full cream dutch lady
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanilla

cara-cara :
  1. tepung naik sendiri dan milo tu perlu diayak dulu ye. masukkan dlm satu bekas.
  2. kemudian, masukkan kesemua bahan yg lain tu ke dlm bekas berisi tepung tu. kacau sebatikan.
  3. tidak perlu guna mixer ye. kacau guna senduk aje 😀.
  4. masukkan dlm loyang. sila la kukus utk tempoh 45 minit.

utk ganache milo nyer plak.
masakkan atas dapur bahan-bahan di bawah ni.
  • 1/2 cawan milo
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu mentega
bila ready, sila tuangkan atas kek milo kita tadi tu 😍. SIAP!

Resepi Kek Milo Yang Sangat Mudah
sgt sedap tau! boleh ulang buat ni, menjadik 👍.

nak la kongsi skit kisah sedih 😔😔😔.
sejak PKP, saya tak dpt nak beli daging. sebab pasar Durian Tunggal ni tak berfungsi langsung. ada la 2-3 gerai dibuka. ikan, ayam dan sayur. semuanya tidak segar 😒😔. mengecewakan... nak ke pasar besar Melaka, nun di Bachang, lebih 10 kilometer jauhnya! PKP kan... takut plak nak jejak sana.
so, menunggulah kalau-kalau ada penjual daging update dlm grup Facebook Komuniti Durian Tunggal.

alhamdulillah, dpt beli daging. harga agak mahal dari pasar besar Melaka. tapi, takpe la. saya order dan siap delivery ke rumah Khamis lepas. excited! beli daging 1kg, daging tetel 1kg dan tulang 1kg.
tapi mengecewakan!!! geram hati saya... semua yg diberikan tak dibersihkan dgn sempurna!
penjual belasah je letak dlm plastik dan timbang 1kg.

korang bayangkanlah, 1kg daging tetel yg saya order, rupanya dpt 700g je. selebihnya "sampah". tulang 1kg. Allahu Akbar... keadaannya kalau nak buat sup, memang tak cantik. tulang semata!!! tak berdaging langsung... apa la punya penjual!!! ni la yg dikatakan rezeki dia tak berkat. aduhai 😔...

rezeki saya, 700g daging tetel...

moral of the story, dlm pada kita nak bantu para peniaga time PKP ni, kena juga check brg bila dia deliver depan rumah. jgn percaya sgt 100%. sempurna? baru byr. if not, bye bye. silap saya. percaya je. amik dan terus byr. sampai dapur, rasa nak panggil je balik runner tu hu hu hu hu... takpe la. saya da delete dah no phone penjual tu. biar la dia bersama labu-labunya.

alkisah beli daging 😄.

ok. time to 😴. jam kat laptop ni dah 11:55 mlm.
4:30 pagi nanti nak bangun prepare sahur.

...bye 😉