assalamualaikum & salam sejahtera 😊...
ptg ni, nak kongsi resepi nasi lemak, menu simple saya.
nasi lemak ni sgt mudah, boleh dijadikan menu utk sarapan ataupun makan mlm.
sesuai sgt!
anak-anak pun sgt la suka.
kalau tetiba takde sgt idea nak masak lauk apa... atau tetiba bahan basah dlm freezer takde, hmmmm makan nasi lemak la kita 😅.
saya share ni utk dimakan 5 sekeluarga ye, dlm periuk nasi kecik comel.
BAHAN-BAHAN & CARA MASAK NASI :
- 3 pot beras
- 1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)
- sedikit garam
- 2 ulas bawang merah (saya tumbuk halus)
- 2 helai daun pandan (diikat)
mudah. kesemuanya dimasukkan dlm periuk nasi. onzzz kan suis 👌.
BAHAN-BAHAN UTK SAMBAL IKAN BILIS :
- 3 senduk ciliboh
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
- 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
- segenggam ikan bilis
- sedikit air asam jawa
- sedikit garam dan gula utk perisa
tumiskan dulu bawang merah yg dah ditumbuk halus tu hingga naik bau harumnya.
masukkan ciliboh. masakkan hingga terbit minyak ye.
selepas ciliboh dah garing, masukkan air asam jawa. gaul rata.
masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. perisakan dgn garam dan gula.
SIAP!
BAHAN PENYERI NASI LEMAK :
- telur dadar / telur rebus / telur mata lembu
- ayam goreng
- ikan bilis garing
- ulam timun
- sayur kangkung goreng
- kacang tanah goreng
nasi lemak is Malaysia.
Malaysia is nasi lemak.
takkan ada Malaysian yg reject nasi lemak 😀.
beberapa lama tak jumpa nasi lemak, terjumpa nasi lemak, confirm excited!!!
dpt sesuap pun jadik lah hi hi hi hi...
nasi lemak adalah menu lengkap yang sedap!
resepi nasi lemak yang mudah versi saya - cuba lah...
😍😍😍
4 Comments
Nasi lemak wlau apa pun rasanya...itu juga yang sedap untuk sarapan pagi
ReplyDeleteBoleh buat menu berbuka
ReplyDeletesedappnya nasi lemak
ReplyDeleteNasi lemak mmg feveret mama sedap sgt
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.