assalamualaikum & salam sejahtera 😊
pagi ni sarapan bukan homemade.
mr.asben gi beli kat gerai depan taman - nasi lemak bungkus.
roti gardenia ada tu.
bahan kisar ada tu. sayur buat rencah nasi goreng ada tu.
tapi... tak nak dah! si ibu ni hah tak nak dah makan tu semua, muak!!! nak beli gak nasi lemak tu. rehat 1 pagi lagi tanpa sarapan homemade...
akak gerai tu memang buka. sebelum dtg, call dulu, dia terus prepare kan berapa bungkus kita nak.
dtg, terus amik dan byr. cepat!
pagi ni kami beli 10 bungkus nasi lemak. sedap! dpt la membantu akak nasi lemak tu memacu ekonomi keluarganya di kala PKP ni kan. |
hari ni, nak share random photos of apa yg saya masak hari-hari sebelum ni.
ada yg sempat amik gambar, ada yg tak sempat.
di bawah ni semua makanan utk PKP fasa pertama hari tu.
dalam fridge saya memang ada beberapa bungkus roti boom frozen dan roti canai frozen.
beli dari kawan-kawan yg berniaga.
wajib ada stok dlm peti ais. selang berapa hari, sajikan roti boom / roti canai ni utk anak-anak.
ok la. membangkitkan selera.
ini pun sarapan & lauk makan tghari. nasi goreng cili padi, sayur pak choy dan ayam asam pedas. |
time PKP fasa pertama hari tu, Melaka masih dicatu airnya selang-sehari.
tu yg pepagi dah siap masak lauk makan tghari. bersilat kat dapur lepas subuh.
nak mengejarkan time limit ada air sampai kul 10 pagi kan 😓. jenuh lah!
now dah ok. start 1 april 2020, no more catuan air. alhamdulillah.
boleh la bernafas lega skit kan kita-kita mak-mak kat Melaka ni.
dah la PKP, keluarga ada kat rumah. nak kena masak. anak-anak nak makan. air tu penting!!!
memasak. mencuci pinggan. mencuci baju...
yg ni kudapan di satu petang. sekali je la dpt beli tembikai ni. kat Mydin. tapi, walaupun merah menyala, kurang manisnya. |
ni pun kudapan pada bila-bila masa. ada stok lagi ni beberapa biji. |
sup kaki ayam 😋. |
mee goreng. yg ni ada fishball. kerap gak la goreng mee. bosan makan nasi! |
menu hari raya 😋. rebus ketupat. buat kari ayam. berlebih ketupat, buat pula lontong goreng bubuh bayam brazil. |
bayam merah masak air. kuahnya tu ya Allah, sedap dihirup!!! |
ikan kembung goreng berlado. |
semua menu ni simple je.
menu lauk-pauk yg lain, ada dlm gallery phone. tak sempat pepagi ni nak upload ke blog.
nanti jap jap lagi la ye.
bukan nak riak. bukan nak tunjuk pandai masak ke apa ke ye.
saje saje share agar ada la di luar sana dpt idea. takkan asyik nak bercerita pasal covid19 jer kan hi hi hi hi...
😳 sempat ekk amik gambar tiap kali lepas masak?
ha ha ha ha ha kalau ikutkan sempat, panjang lagi content bergambar ni.
byk yg tak sempat. byk yg terlupa nak amik gambar 😀. ni jer la sempat...
esok pagi-pagi rasanya nak ke Mydin.
beli ikan, sotong, ayam, daging... Mydin paling dekat dan paling mudah nak wujudkan social distancing.
pasar besar jauh dan takut ramai umat manusia!!!
maklumlah, Melaka now kes positif covid19 agak menakutkan!!!
peningkatan yg amat drastik!
hari ni lom tahu nak masak apa. still thinking.
still proses maklumat dlm fikiran ni hah... idea ada. bahan yg tak cukup 😅.
👌
4 Comments
Waalaikumussalam. Memandai ja kan media taiwan cakap rakyat malaysia mati kelaparan sbb PKP
ReplyDeletewahhh kak aida dah ambik mood beraya eh hahaha bestnya menu akak, simple tapi boleh makan bertambah ni
ReplyDeletewahh nasi goreng cilipadi tuh mmg sedap kann., ;p
ReplyDeleteBetul tu Aida.. bila membeli dari mereka yang berniaga dapat membantu mereka dan kita juga dapat berehat dari rutin memasak.. Sesekali, Sha pun beli juga.. hehehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.