assalamualaikum & salam sejahtera 😀
best ke tak best, korang?
esok mlm kita bakal mendirikan solat terawikh mlm pertama. seronoknya.
sahur.
berbuka.
moreh.
moga dipanjangkanlah umur kita semua dan dpt sambut Aidilfitri bersama keluarga.
moga Allah angkatlah covid 19 ni dari radar alam semesta selamanya. aminnn...
jom borak santai cara nak masak cekodok pisang yg rangup di luar tapi lembut ya Allah di dalamnya.
semangkuk besar goreng, sekejap selesai habis dimakan.
😋
pisang tu dah buang kulit, pass kpd anak-anak.
happy diorang dpt melenyek pisang 😀.
BAHAN-BAHAN :
- 1kg pisang berangan yg masak ranum (tanpa kulit)
- 350g tepung gandum
- 100g gula castor
- secubit garam
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
CARA-CARA :
- pisang dilenyek dlm satu bekas.
- masukkan ke dlm bekas tu gula castor, garam dan soda bikarbonat. gaul rata-rata.
- masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. gaul rata.
- adunan dah siap, sila la perap dulu dlm peti ais 20-30 minit.
- goreng la lepas tu 😃. make sure minyak panas tau. golek-golek cekodok tu sampai kaler nyer coklat cantik lawa. jgn leka! karang ngireng plak 😆.
- SIAP! makan bersama air kopi panas tepi sliding door ngadap ke laman luar rumah tu... 😎 😍
saya hanya punjut-punjutkan adunan masuk ke kuali je.
then, saya tukang snap gambar 😄. Syuhada yg saya kerah utk goreng cekodok ni.
hah 😄 ni tgn suamiku terchenta...
tau dah pe'el bini dia ni, sebelum makan amik gambar 😆...
💙💙💙
sebenarnya, resepi cekodok pisang ni semua mak-mak dah hafal dah dlm kepala.
pendek kata, resepi ni tak payah pun dok taip kat blog 😄 😄 😄.
tapi...sengaja la suka-suka share. saya percaya, masih ada yg akan search for "resepi mudah cekodok pisang", "resepi cekodok pisang", "cekodok pisang"...
ye. mcm saya la.
meskipun mr.asben dah kerap sgt buat cekodok pisang kat ofis dia, still saya suka klik klik resepi kat youtube.
hah gitew... nampak tak? mr.asben saya rajin ye. kat ofis pun goreng cekodok.
untung tak untung bini dia ni hah? 💜💜💜 i love u lah!
one more thing, kekadang bila boring, memang suka klik klik resepi kat youtube.
lain org, lain cara dan ada tips tersendiri. tu yg kita nak...
tak la goreng cekodok pisang tapi end up dpt cekodok keras ala-ala bola pingpong! ha ha ah ha...
and many other recipes. cara dan style tu yg kita nak cedok, kan?
ok done bebel pasal cekodok pisang.
karang kalau free, nak share resepi cekodok bawang plak hi hi hi hi...
bye!
7 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeleteCekodok pisang pun sedap
Nampak cekodok tu sangat menyelerakan..
ReplyDeletewaaa tentu sedap, tak lama lagi puasa....
ReplyDeleteawak berminat? tukar link dengan blog saya, oohsenyum. (bloglist) kalau awak berminat comment kat link di bawah ini ye, saya tggu...
https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html
wah..sedapnya..:)
ReplyDeleteokay nanti nak follow resipi kak aida ni. Dah lama tak makan cekodok pisang
ReplyDeletecedaps....
ReplyDeleteSedap buat kunyah-kunyah diwaktu petang bersama secawan kopi.. hehehe..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.