assalamualaikum dan salam sejahtera 😊.
apa khabar semua hari ni? moga semuanya sihat-sihat belaka ye.
kalau la ada readers yg kurang sihat, bertabahlah ye. jgn putus harap utk kembali sihat.
makan ubat. jaga pemakanan 😌.
ramai ke yg berpuasa sunat hari ni? 15 Sya'ban.
alhamdulillah 😌. masih sihat dan kuat utk beribadah, kan.
ni nak share resepi simple keria keledek ungu gula melaka.
minggu lepas buat ni dgn anak-anak. kebetulan di fb, ada org dekat2 sini jual keledek ungu ni.
wah 😍. sekilo RM5 sekali dgn kos delivery. saya pun belilah 3 kilo.
yg kecik, saya kukus dan makan gitu saje.
berlebih byk, teruslah bakinya keledek ungu yg besar-besar lenyek untuk buat keria.
alhamdulillah menjadik 👍, |
sedap dimakan begitu saje 😋... |
bahan-bahan :
- 500g keledek ungu - dikukus dulu sehingga empuk dan selepas tu dilenyek 😃.
- 1 sudu besar (penuh membukit) tepung gandum
- sedikit garam secukup rasa
- 1 ketul (sederhana) gula melaka - dihiris kecil-kecil
- 2 sudu besar gula pasir
- setengah cawan air
gambar Izzat je la yg dpt masuk blog ibu. kakak-kakak tidak cukup menutup aurat 😄. |
cara-cara yg amat la mudah :
- keledek ungu digaulkan bersama tepung gandum dan sedikit garam. agak-agak ia boleh dibentuk menjadi doh berbentuk cincin.
- goreng doh tersebut. minyak panas tau. setiap belah lebih kurang 5-10 saat je. ketepikan.
- kemudian, air, gula pasir dan gula melaka dimasak atas dapur hingga pekat berbuih.
- doh cincin yang telah digoreng tadi, masukkan ke dalam kuali berisi gula melaka. gaulkan.
- SIAP keria kita.
dah siap goreng. diketepikan dulu menunggu gula melaka siap. pastikan amaun tepung gandum tu cukup tau. barulah dia cantik gini. if kurang tepung gandum, time goreng tu doh boleh pecah! |
gini la bila gula melaka tu dah pekat dan berbuih - kira siap dah ni. boleh la dimasukkan doh cincin yg telah digoreng awal tadi. |
ni kali pertama saya buat keria ni di rumah.
sebelum-sebelum ni buat bersama adik di rumah emak. buat kat ruah emak best skit. sambil borak-borak, tak sedar da abis gentel doh 😀.
kali ni, dek kerana byk masa terluang. anak-anak pun excited nak membantu, onzzz jer la.
kak Nurin dan Syuhada bergilir-gilir bantu melenyek 1.5kg keledek.
then saya biarkan mereka bertiga, termasuk Izzat utk membentuk doh cincin keria.
Izzat excited membantu 😛. kecoh jadik nyer suasana.
saya biarkan aje. yg penting, saya dah pesan awal-awal, "tangan jgn usik benda lain, nanti kuih masuk kuman dan jgn bersepah-sepah jatuh ke lantai...".
atas meja memang berkecah la kan. it is ok 👌.
ni la salah satu aktiviti kat rumah time PKP ni 😊. anak-anak pun dah kebosanan.
esok, in shaa Allah, ada plan jugak nak buat something utk minum petang.
😀 ada proses melenyek jugak ha ha ha ha...
😊
28 Comments
Sedapnya..air tangan anak-anak ni...
ReplyDeleteyes. betul tu 100%.
DeleteSedapnyaaa best lah dapat buat aktiviti masak dgn anak anak kan
ReplyDeletei like kuih keria! 😋
ReplyDeleteSedapnya keria.. tak pernah pula cuba yang guna ubi ungu ini.. menarik dan warna dia pun cantik..
ReplyDeleteyg oren tu tak jumpa time pkp ni, sha.
Deleteterpaksa try si ungu ni.
sedapnya .... lama tak buat kuih keria ...
ReplyDeletebestnya. sedap
ReplyDeleteMacam donat ye, hehe.. Warnanya cantik lah.
ReplyDeleteFeveret mama ooo
ReplyDeleteCantiknya kak buat. Haritu try buat dgn husband, biasa la byk tgn terlebih tepung kot. Hahha rasa keras dan pejal sgt. Kesudahnya za kena abes kan. Slamt buat sikit dulu
ReplyDeleteSusah nak jumpa keledek purple ni..kalau ada memang beli, suka goreng cecah sambal kicap aje hehehe...sesekali buat keria sedap gak ek...
ReplyDeleteWahhh rajinnya akak! Menjadi pula tu. Saya suka kuih keria ni. Walaupun kecik, sedap dia dari donut. Hehehe. Nanti nak belajar buat. Doakan saya berjaya. hahaa
ReplyDeleteNampak menyelerakan. Sis tak pernah buat la keria keledek ungu ni. Dulu pernah la tolong mama buat kuih keria keledek biasa tu haa....Alehaiii rajin anak menolong ye?.
ReplyDeleteYum!!!!!! I always love eating kuih keria while drinking tea. Yg Ini lagi best sebab diperbuat pada purple potato. Tringat pula cafe2 Di Seoul. I’m gonna bookmark this post. Thank you for sharing.
ReplyDeletesedapnya keria ni. kalau buat sendiri puas hati makan sebab keledek banyak. lembut je. thanks share
ReplyDeletedulu saya pernah buat jugak kuih keria ni dgn family. bulan puasa tahun lepas, memang menjadi. tahun ni inshaaAllah nak buat lagi.
ReplyDeletesedapnya nampak.. kalau makan waktu petang dengan kopi o memang ngam betul.
ReplyDeleteSedapnyaa nampak.. Ni kalau makan ptg2 dengan air kopi o memang best betul
ReplyDeleteBella memang peminat kuih keria dari donut. Tak pernah la lagi makan keria dari keledek unggu. Rupanya kena kukus. Boleh rebus je tak keledek tu?
ReplyDeleteSaya tahun ianya sedap! sebab firstime buat keria gula melaka saya pun guna keledek unggu nih. laku keras panas-panas
ReplyDeleteUngu-ungu Sikeledek Ungu Kalau diuli menjadi Keria wakakakaka nampak sedap bila dah goreng tu pulak tu disira dengan gula melaka perhhh terbaik nak cuba buat juga lah hehehe...
ReplyDeleteKeria keledek ungu.. Menarikkk betul.. Biasa iena buat keledek biasa tu.. Nampak menarik keledek ungu ni❤️
ReplyDeleteAduh sedapnya..lamadah tak makan kuih keria ni..sush nak cari kat KL ni melainkan bazar ramadan..Tak pernh rasa keledek purple ni..sedapnya tengok
ReplyDeleteRajinnya lah buat macam-macam menu. Sis awal2 dulu rajin jugaklah..now rasa cam dah tak tahu nak buat apa, skrg banyak mengorder je le
ReplyDeleteooo first time tengok keria keledek ungu macam ni. Warna dia macam macam ceria sikit, tapi rasa dia sama ke macam keledek biasa?
ReplyDeletesedap ni. thanks bagi resepi ya. nanti bolehlah cuba. cuma saya ada keledek oren
ReplyDeleteWah nowadays its very hard to find purple sweet potato sebab dia baca yang warna ungu mengandungi banyak khasiat lagi than the normal sweet potato. Sis pun dah lama tak makan kuih keria terliur baca entry ni.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.