assalamualaikum & salam sejahtera 😃.

hari ni hari terakhir PKP. 😳 yes la, sepatutnya terakhir, kan.
tapi dilanjutkan ke fasa ketiga. satu kelegaan bagi saya. sekiranya tidak dilanjutkan, aduh! risau utk anak-anak. knowing my children, diorang pasti akan excited lepas sebulan tak bersekolah and tak jumpa kawan-kawan.
surely three of them akan berpelukan, bertamparan dan bergeselan di antara satu sama lain dgn bff masing-masing 😄.
another 2 weeks extended, moga ok ok je. moga kita semua berjaya mengubah segalanya 💙💙💙.

hari ni saya nak share resepi mudah lagi - ayam masak minyak. lauk zaman kanak-kanak saya.
hu hu hu hu mengakui bahawa ini adalah salah satu lauk yg saya sgt suka. dari kecik mak dah buat utk kami. ni la resepi emak saya. satu bahan pun saya tak ubah.
rinduuuuu mak 😩  😭 !!!

Resepi Mudah | Ayam Masak Minyak
versi yg dah siap.

ada sebab kenapa ia dipanggil ayam masak minyak - menggunakan minyak yg byk! 😍
ayam tu tak digoreng dulu tau. minyak tu nanti bila bersatu dgn bahan kisar, ia akan jadi sgt sedap. secara mudahnya, minyak tu adalah kuah.
bahan kisar dlm hal ni pun adalah agak-agak 😅 dlm erti kata ikut berapa yang kita nak masak. everything mesti complete each other la kan.

Resepi Mudah | Ayam Masak Minyak
nampak tak tu? berapa byk minyak yg saya gunakan dan berapa byk bahan kisar saya...

bahan-bahan :
  • ayam
  • bawang putih (kisar)
  • halia (ketuk / hiris)
  • cili merah (kisar)
  • garam & gula
  • minyak
  • air
cara-cara :
  1. kita tumis dulu bawang putih, halia dan cili merah. hingga garing dan terbit minyak secantiknya.
  2. then, masukkan ayam. ayam tidak perlu digoreng dulu ye. dan sedikit air, sekadar menenggalamkan ayam tu. biarkan ayam masak.
  3. perisakan dgn garam dan gula.
  4. SIAP utk dihidangkan!


Resepi Mudah | Ayam Masak Minyak
ni keadaannya bila bahan kisar dah garing. dan amaun ayam yg saya nak masak.
just nice ia bersama, tak lebih tak kurang. masukkan air utk kuah.

terkenang dulu kala, saya suka makan ayam masak minyak ni just dgn nasi dan kicap 😋.
memang confirm nasi bertambah. lebih-lebih lagi emak yg masak, kan. rugi tak tambah nasi oii! 😄
bagi yg mengamalkan diet sihat, hmmmm tak boleh la kot makan ni byk. minyak!
but, sesekali boleh la kan... ubah rasa. ubah selera.

😋  👌