assalamualaikum & salam sejahtera 😊

pagi ni, saya nak ambil masa utk share filem terbaik di musim PKP ni.
aduhai... sayuuuuu nya la time menonton filem Korea ni.
menonton seorang ayah OKU yg sgt sayangkan anak perempuannya.
tak boleh berpisah. kedua-duanya merindui di antara satu sama lain... 
dpt bayangkan kesedihan di hati si ayah bila risaukan anak perempuannya - dah mandi, dah makan, dah tidur?

Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya
moment terindah terakhir si ayah dan si anak perempuan...

Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya
melepaskan rindu di sebalik cermin kaca di penjara.
masih sama-sama bergelak ketawa, bergurau senda seperti tiada halangan di antara mereka.
mengundang pilu kepada penonton 😞.


sebenarnya, filem ni sampai ke pengetahuan saya bila kak Nurin forward message dari grup Telegram kelasnya.
grup English. assignment yg diberikan adalah utk menonton filem ni. thereafter, "write your understanding of the story".
a summary of the story lah lebih kurang. apa nilai-nilai yg dpt kak Nurin simpulkan dari filem ni.

Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya
paparan message nya. filem 2019 - filem Turki.
tapi kami tonton filem 2013 - filem Korea. 
gagal mencari link utk filem Turki tersebut di YouTube.
utk link YouTube filem Korea 👉 https://www.youtube.com/watch?v=93jja7zm-qw.


saya akan cuba mencari juga Miracle in Cell No. 7 versi Turki tu.
dari trailer, jalan ceritanya agak berbeza meskipun ke arah point yg sama.
rasa berbaloi utk menonton jalan cerita yg sama buat kali kedua. nilai-nilai indah yg dpt diterapkan kat diri anak-anak 💜.

Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya


si ayah, Lee Yong-Gu, dituduh menculik, merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan.
namun, di awal-awal tuduhan, penonton dah tahu dah ia adalah komplot polis!
sengaja membuat-buat cerita dan mengugut Lee Yong-Gu utk menulis kenyataan bersumpah mengakui yg dia menculik, merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan tersebut.

😠😠😠
sesungguhnya dia telah dihukum sebelum dibicarakan.
polis mengambil kesempatan di atas keadaan kurang upayanya itu. dia lurus. kurang tahu impak perbuatannya.

Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya

Lee Yong-Gu ke penjara dan meninggalkan anak perempuannya, Ye Seung. sgt comel!
mereka berdua kerinduan.
mereka berdua hilang arah bila berpisah dgn tiba-tiba.
dipendekkan cerita, belas kasihan seorang pegawai penjara, Ye Seung berjaya dibawa masuk ke penjara dan hidup bersama ayahnya di bilik penjara no. 7.
hiduplah mereka berdua bersama 5 org rakan sebilik di penjara.
dgn gembira. dgn penuh keseronokan 😊   😍   😊   😍.

Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya

Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya

namun, pengakhiran yg amat memilukan 😭😭😭.
Lee Yong-Gu telah diugut oleh polis utk mengaku kesalahannya di mahkamah.
jika ingkar, Ye Seung akan diperlakukan tidak baik.
aduh! di sinilah yg menguji Lee Yong-Gu. samada melepaskan diri ataupun melindungi anak perempuannya.

Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya
meskipun dia seorang OKU yg mempunyai akal seperti kanak-kanak.
naluri keibubapaannya amat tinggi.
dgn penuh kesedihan, dia mengakui bersalah di hadapan para hakim dan juri di mahkamah.

Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya
Ye Seung kesedihan bila mendengar bahawa si ayah bakal dihukum gantung.
Lee Yong-Gu nyata bersalah di mata para juri!


Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya
Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya

maka, korang semua wajib tonton filem ni hingga ke akhir.
jalan ceritanya cantik disusun.
sedih... sayu... pilu sgt hati saya dgn pengakhirannya yg sungguh dramatik.

Review Movie | Miracle in Cell No. 7 : Kisah penuh emosi antara ayah & anak perempuannya

kak Nurin dan Syuhada pun mengalirkan air mata di akhir filem ni.
saya?
hmmmmm bukan setakat mengalirkan air mata, hidung pun tersumbat!!! banjir dah...

kuatnya kasih Lee Yong-Gu terhadap Ye Seung.
wrongfully imprisoned for murder.
Lee Yong-Gu bina persahabatan di penjara yg akhirnya berkekalan hingga bila-bila.
kuatnya hati si anak, Ye Seung, yg bangkit membersihkan nama ayahnya.

😔😔😔