assalamualaikum dan salam sejahtera 😊,

ptg ni saya nak borak santai. Isnin ke-4 kita bekerja dari rumah, bagi yg bekerja di pejabat mcm saya.
Isnin ke-4 juga bagi anak-anak kita bersekolah dari rumah. 
Sabtu & Ahad saya bagi anak-anak rehat. membebaskan mereka dari duduk setia di meja masing-masing. tapi hari ni, selepas solat subuh, kak Nurin dan Syuhada bergilir-gilir mandi then terus sarapan.
bermula jam 8 pagi, both of them dah pun mula buat kerja sekolah assigned by cikgu2.
cuma tu lah, Muhammad Izzat, lepas solat subuh terus tido balik 😴😴😴. jam 11 pagi baru bangun hu hu hu 😀...
dgn dia ada payah skit lah sebelah pagi dan malam. maka, slot Izzat homeschool adalah antara jam 2 ptg hingga 4 ptg setiap hari persekolahan.
tak boleh lama dgn dia. nanti bercucuran air mata 😄.

tempoh PKP dilanjutkan ke fasa ketiga ni adalah rezeki atau beban ye? 😳
sesungguhnya ia bergantung kepada norma kehidupan kita seharian.
apakah pekerjaan kita?
apakah sumber rezeki kita?

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan ke Fasa Ketiga | Rezeki atau beban?
cantik paparan google search pagi ni.
tercatat "To all doctors, nurses and medical workers, thank you".

seluruh dunia kini sepi... sunyi... watak utamanya kini diperintahkan berkurung di rumah.
watak utamanya kini semua berehat bersama keluarga di rumah. pergerakan ke mana-mana dikawal ketat!
demi ingin mengekang penularan pandemik covid 19 yg telah dikatakan semakin mengancam nyawa!
Allahu Akbar, hanya Kau la tempat kami berdoa agar si jahat covid ni cepat-cepat hilang dari radar alam semesta.
aminnnn...

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan ke Fasa Ketiga | Rezeki atau beban?

bila PM TSMY kita mengumumkan perlanjutan PKP, surely pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat, kan?
utk diri saya, saya lega. tidak gembira. tidak sedih... hanya legaaaa. kelegaan itu adalah satu bentuk rezeki.
mengetahui hakikat bahawa data positif covid19 terus meningkat setiap hari, PKP ni wajar dilanjutkan.
lebih lagi bila KKM mengumumkan jangkaan mereka bahawa pertengahan april (which is now!) kes covid ni akan memuncak, yes, saya lega PKP dilanjutkan.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan ke Fasa Ketiga | Rezeki atau beban?
dikongsi di grup whatsapp.
i am going to prepare for this. meskipun hanya jangkaan, wajib bersedia.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan ke Fasa Ketiga | Rezeki atau beban?
terima kasih frontliners 💜

setiap hari, sepanjang masa, di media sosial kita disajikan dgn manusia yg sgt degil dan pentingkan diri dlm pelbagai cara.
  • tidak mengaku ada contact dgn patient under investigation (PUI)
  • baru balik dari luar negara - tidak mengaku!!!
  • baru balik dari luar negara tetapi tidak kuarantinkan diri at least minima 14 hari
  • keluar sekeluarga ke supermarket
  • keluar dari rumah dan minum kopi di kedai, bermain bola di padang, melepak hisap rokok beramai-ramai di bawah pokok
those people 😡. ya Allah...
lom lagi kita dgr kisah kluster kayangan, kluster elit, ...

dugaan demi dugaan fronliners kita hadapi. ada yg berminggu-minggu tak balik jumpa keluarga.
ada yg balik rumah tapi menjauhkan diri dgn suami / isteri dan anak-anak. ada yg tidur sambil duduk. ada yg tidur di lantai. berhujan berpanas di tgh jalanraya.
kalau itu la suami kita, isteri kita, ayah kita, kakak kita??? apa yg kita rasa?

baru td, ada mesej dlm grup whatsapp saya, "terdapat beberapa kes sporadik setakat ini yang tidak diketahui dari mana punca jangkitan! 
sporadik bermaksud jangkitan mereka tidak tahu dari mana!!!
  • tidak keluar negara
  • tiada contact dgn PUI
  • tiada close contact dgn mana-mana kluster covid19
...dari mana??? pasar besar? Mydin? kedai kopi? kawan sepejabat? jiran sebelah?
semua ni adalah penyumbang beban kepada frontliners kita. dah dlm PKP, kenapa berdegil?!
mereka berusaha utk mengubati semua yg dijangkiti, yg sihat kat luar ni pulak tak reti dok rumah.
kes bertambah.
bertambah juga la hari-hari mereka yg begitu tertekan.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan ke Fasa Ketiga | Rezeki atau beban?

sesungguhnya kita kena sedar bahawa bila PKP ni dilanjutkan, ia merupakan beban utk sesetengah org. beban yg sekarang ni dah tak tertanggung!
nak makan, dah takde pe nak dimakan.
nak beli, dah takde duit!
kita ni bergasak la dok rumah, masak-memasak. buat kek. buat kuih melayu. buat pencuci mulut.
lauk-pauk ikan, ayam, kambing, sotong, udang,...
termasuk la saya. habis semua resepi saya cuba. rezeki bagai saya kerana ada masa utk memasak demi keluarga yg berkurung di rumah.
pada mereka yg serba kekurangan, punca mencari rezeki terhenti... 😔😔😔

😔😔
maka, tolonglah #DudukRumah.
jom la kita lepak-lepak kat rumah kita yg selesa tu. boring? dok kat laman rumah. boring jugak? gi tido! ni la masa nak tido pun kan. esok-esok dah kembali bekerja 8 am to 5 pm, tak sempai oii nak tido...

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan ke Fasa Ketiga | Rezeki atau beban?

teruskan berdoa.
kita nak hampir dah dgn Ramadhan, bulan yg amat mulia.
berdoa. tingkatkan amalan kita kerana Allah. moga-moga kita terus istiqomah beribadah kerana Allah.
ni lah masa kita nak didik diri kita :
  1. solat cukup 5 waktu
  2. solat di awal waktu
  3. solat sunat dhuha
  4. solat tahajjud
  5. solat witir 
  6. solat sunat rawatib
  7. baca Al-Quran
  8. hafazan surah-surah amalan harian
😌😌😌
yg penting, #DudukRumah #StayAtHome.

👌👌👌