assalamualaikum & salam sejahtera 😌
terpanggil utk update blog lagi mlm ni.
sambil-sambil tonton episod terakhir drama korea Dr. Romantic - Teacher Kim.
fikiran ni sebenarnya sedikit sayu bila thn ni tak dpt nak beraya di rumah mak mertua (Seremban) dan rumah mak abah (Melaka). kami beraya di Seremban dulu kalau ikutkan turn thn ni.
apa nak dikatakan. keselamatan dan kesihatan harus menjadi keutamaan.
betul dah tu apa yg kerajaan tetapkan - PKPB sehingga pertengahan bulan Syawal. dpt elak penularan pandemik covid 19. in shaa Allah...
kita jaga kita, kan? 👍
ni lah yg saya nak kongsi kan 👇.
bermula 16 Ramadhan (malam) ari tu, laman kecil saya dah bersinar disinari lampu pelita.
aduhai. menggamit sgt kan Aidilfitri?
10 pelita dinyalakan. harap dpt la begini sehingga ke raya.
kalau dpt bunga api, lagi syok!
tak murah ye kos nyalakan pelita ni setiap mlm! sebotol minyak tanah rm4. satu mlm, kami gunakan 7 botol utk kesemua 10 pelita ni.
cer kira la kan. akan nyalakan sebelum berbuka dan ia bertahan hingga awal pagi. tak pasti jam brape.
tapi takpe. i is sanggup! 😆
bahagia tu kita yg cipta, kan...
raya di mana pun, raya tetap raya. mr.asben dan anak-anak ada bersama, alhamdulillah.
pagi raya nanti, wajib la makan besar lepas solat sunat Aidilfitri bersama-sama di rumah.
hakikat! norma baru kehidupan kita bermula saat ni...
- tak perlu la berkumpul dan konvoi seramai 20 org, meskipun diizinkan.
- kalau nak berkumpul di dalam sebuah rumah seramai tak lebih 20 org, masih perlu jaga jarak, kawal diri dan situasi. unless memang itulah ahli keluarga kita dari awal dlm rumah.
- pak sedara, mak sedara, sepupu... tak perlu la ziarah-menziarahi. cukuplah sekadar video call. meskipun dari kampung sebelah je. stay at home.
- duit raya??? since kita tidak ziarah-menziarahi, maka, duit raya pun rasanya tidak perlu. utk anak-anak buah, boleh transfer je kat ibu ayah diorang.
- sesama jiran-tetangga? pada saya pun tak perlu ziarah-menziarahi. cukup sekadar lambaian raya dari jarak jauh saje. sebab, mereka bekerja. kita tak tahu contact mereka dgn siapa. utk keselamatan, stay at home. rumah sendiri.
dan itu la yg bakal saya lakukan.
at first berniat nak balik kampung, beraya rumah mak-mak sedara, menjadi wakil mak abah tahun ni. then, ke Alor Gajah, ziarah nenek (emak mak).
tapi, tu la. kita ni adalah risiko bagi mereka warga tua. call saje la kan 😉. cancel la plan nak balik kampung tu.
esok dah pun Ramadhan ke-19.
wah, dekat sgt dah ni dgn pagi raya! in shaa Allah...
jom jom jom korang. kita pacakkan pelita di laman rumah kita.
jom jom jom korang. kita pacakkan pelita di laman rumah kita.
sinar pelita tu memang ohsem tau! meremang rasa nak beraya ha ha ah ha...
😄

17 Comments
meriah pasang pelita setiap malam puasa tapi itulah tak rajin nak cari minyak tanah..hehe
ReplyDeletei is jeles lah kak, niat ada jugak nk pasang pelita tepi rumah tu, lepas tu bila nampak akak buat lagi berkobar2... tapi tak tau lah edy nak belikan ke tak pelita tu... sebab mesti dia yang kene urus semua hehehe... dapat pasang 2 pelita pun best dah
ReplyDeletebila dh pasang pelita tu..trus rasa suasana raya dh menjelang tiba..cantik ada laman mcm umh aida ni bole pasang pelita..trus rasa mcm suasa pulang beraya di kampung
ReplyDeleteMeriahnya... saya pun teringin nak pasang pelita tapi takut anak² bulus🐈 saya nie main plak..hihi
ReplyDeleteya betul tu jaga diri #kita jaga kita.
ReplyDeletebestnya duduk rumah tanah. kita dok apartment beli lampu liplap ketupat je la haha
ReplyDeleteAlaaa tu rumah Adia ke? Cantiknyaaa meriah, mood raya dah sampai kann..mesti best kann sambil duduk di luar main bunga api hehehe
ReplyDeleteTu la.. Kita pun rasa was2 je nak balik.. Duit raya boleh trabsfer. Hehehe. .Kita kalau boleh nak jaga sama kita.. Sebb fikir budk2.. Orang tua
ReplyDeleteBestnya kak aida. Merasa gak kemeriahan bakal menyambut syawal. Kita beraya dalam kauters je.. Tak boleh nak tengok pelita. Haha
ReplyDeletekita raya dalam rumah je. takpelah kita berkorbanlah untuk kesihatan dan keselamatan semua
ReplyDeleteWah dah pasang peluta. Rumah saya belum ada lagi. Semalam dah suruh suami cari.
ReplyDeleteSambung komen lg sebab tadi tertekan publiah.. Hahaha...
ReplyDeleteWalaupun beraya di rumah sendiri kena juga cantikkan rumah bagi nampak meeiah kan.
Setuju dengan Kak Aida... walaupun dah dibenarkan berziarah dengan jumlah maximum 20 orang, tak payahlah nak amik risiko kan kan kan... ni siap sibuk dok buat plan nak buat lawatan sambil ambil nombor giliran dan macam-macam lagi idea yang difikirkan dek mereka yang kurang berfikir ni... geram dibuatnya... btw, cantik sungguh laman rumah akak... terasa yang kemeriahan Syawal semakin menjelma...
ReplyDeleteit feels so different this time kan
ReplyDeleteBila pasang pelita, terus datang mood nak raya,kan. Samalah dengan kitaorang raya dalam rumah sendiri juga. InsyaAllah taun depan boleh beraya sakan jika panjang umur :)
ReplyDelete#kitajagakita
seronoknya suasana raya dengan pelita ni. lebih terasa hari raya. tapi fikirkan kos dia. guna lampu liplap je lah
ReplyDeleteCantiknya bila bubuh pelita.. Tapi betul cakap Aida.. Bahagia itu kita yang cari..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.