assalamualaikum & salam sejahtera...

bersambung lagi la berkongsi cerita tentang rumah kecil saya di pinggir bandar Melaka. part 2 😎. sedikit demi sedikit saya ubah demi utk merasa puas hati dan selesa berada di dalamnya. impian kecil yang hanya mampu direalisasikan bila tabung ayam penuh 😅. selagi tak berat tabung ayam, hmmmm dok diam-diam aje la tinjau ke luar.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
rumah kecil saya di pinggir bandar Melaka 💙.

sebelum ni, saya bercerita tentang simenkan laman belakang dan buat tembok belakang rumah. kini, nak la kongsi kisah nak cat dinding luar rumah sekaligus dengan tembok pagar sekeliling rumah.
 
sejarahnya, rumah saya ni ada 2 tona warna - putih dan kelabu. kalau dilihat dari dekat, kualiti cat yg dipersembahkan oleh pemaju amat buruk! finishing mereka amat teruk! aduhai. sgt sakit mata kami melihat rumah sendiri dan rumah-rumah bersebelahan. dah ada dinding-dinding yg berkulat dan catnya mengelupas. ternyata pemaju menggunakan cat yg sangat rendah kualiti. rumah baru berusia 4 thn tapi cat dah mcm rumah 15 thn 😡. sememangnya dari awal kami dapat kunci, dah ada perancangan utk cat semula.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
warna asal . 
dari jauh begini 👍, bila mendekat begitu 👎.

lama la juga survey warna cat luar rumah yang trending 2020. apa jenis cat luar rumah yang terbaik. jenis cat yang tahan cuaca panas hujan. mencari idea demi kepuasan hati yang berpanjangan. di peringkat awal, nak maintain warna putih dan kelabu. tapinya... pilih punya pilih, memang saya dan mr.asben tak boleh lari dari warna coklat - tona bumi. kami sependapat seia sekata 💓.

gambar semasa rumah kecil saya ni sedang di makeover 👇.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
yg diselubungkan dgn kanvas biru tu adalah pokok-pokok 😄.
diselubungkan agar memudahkan kerja-kerja mengecat.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
nak kena maklumkan bhw pagar berwarna putih 👆 tidak termasuk dlm proses mengecat ni.
lain harga kalau nak cat bersama.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

zaman sekarang tak sukar nak survey dan dapatkan quotation utk apa-apapun. kita tak perlu keluar dari rumah, hanya di phone. just taip kata kunci "cat luar rumah Melaka", zasss keluarkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. saya menggunakan servis mengecat dari Paintwell Services (klik link utk terus ke fb mereka). recommended 👍 servis terbaik. 3 - 4 bulan sebelum proses mengecat, saya dah pun byr deposit RM50 utk reserved harga . 

kesemuanya berjumlah RM4200. harap maklum ye bahawa inilah nilai yang paling rendah saya terima. nilai lain yang saya survey adalah RM4500 tapi tidak termasuk tembok pagar. kalau termasuk tembok pagar adalah melebihi RM6,000.

tapi tu la, bab harga ni tak boleh nak banding-bandingkan sgt. lain kontraktor, lain t&c nyer kan. cat mahal, mahal la. cat murah, murah la kan... terpulang kpd kita mana yang kita rasa selesa dan mampu. ikut juga tempat kot kan. harga Melaka lain, harga KL lain, harga Penang lain. kot la lain kan 😀.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
saya screenshot laman fb Paintwell Services

kod cat : 50YR 09/244 Red brick, 20YY 45/114 Obelisk, 30GY 76/017 N.B.C White
perincian : Membekal dan mengecat keseluruhan dinding dan siling luar rumah dengan 1 lapisan sealer dan 3 lapisan cat berwarna brand Dulux Weathershield.

pemilihan warna, jenis cat, penjagaan dan sebagainya, saya mengikut nasihat tukang cat la. dah kerja dia, kepakaran dia di situ, saya bersetujulah dgn pemilihan Dulux Weathershield yang disyorkan. begitu begini, apa yang penting ada warranty dan catnya elok dipandang mata.

👇    👇    👇
...sudah siap!




Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
siling turut sekali mendapat sentuhan dari Paintwell Services.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
pandangan dari belakang rumah.
memang sgt puas hati 😍.

link tips cara utk cat dinding luar rumah 👉 Paintwell Services by Raziq. kebetulan tips ni dirakam bila mengecat rumah saya. saya rumuskan dlm perkataan yg boleh dibaca ye :
  1. mesti guna waterjet bagi cat-cat lama yang da terkopek dan berkulat. kalau tidak dibuat, begitu, cat baru tidak akan melekat dgn baik.
  2. selepas da bersihkan dinding dengan waterjet, sebelum mengecat, wajib cat sealer. tanpa sealer, cat baru tidak akan tahan lama. cat akan mudah terkopek dalam masa 2-3 minggu selepas dicat. faktor cuaca, kejap panas, kejap hujan.
  3. bermulalah dengan cat siling.
  4. kemudian, penjuru dinding atau bingkai dinding. kalau ada wayar ke hape ke, cat sekali. mudah kemudian nak cat dinding dgn roller.
  5. da settle cat dinding, barulah cat bingkai / border tingkap dan pintu.
gitu la sedikit sebanyak perkongsian dari en.Raziq. kerja yang kemas. ikut jadual. selepas mengecat, seluruh rumah kita akan dibersihkan sebaik mungkin 👍.

alhamdulillah 😊. 

penting ye untuk kita beri jiwa pada rumah dengan cat dinding luar rumah. baru terasa selesa melihat rumah sendiri. cat yang berkualiti. kemas. tiga warna iaitu putih, coklat terang dan coklat putih. ia adalah apa yg saya dan mr.asben bayangkan, inginkan, impikan. warna putih tu saya maintain utk bingkai tingkap dan sisi bumbung demi nak sewarnakan dengan pintu pagar utama, pintu-pintu dapur, grill sliding door & pintu masuk rumah serta  pagar di sekeliling rumah.

kenapa pilih warna coklat (tona bumi) ?
coklat memang warna kegemaran saya. dan kami rasa ia sesuai dengan konsep kayu. kayu? depan dan tepi rumah kami da siap ada awning kayu atap genting. ni kami da buat sebaik saje dpt kunci dulu kala. di halaman belakang pun kami letak impian nakkan awning kayu atap genting juga. ada juga impian nak letak sebuah gazebo di halaman. 😄😄😄😍😍😍 ha ha ha ha besar sungguh impian... in shaa Allah.
tu la yg confirm pilih warna coklat.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

moga perkongsian saya ni beri manfaat ye kepada semua. kongsi santai-santai saje...

nota penting : renovasi rumah (penambahan dapur, tembok belakang rumah, awning kayu dan simen di kawasan berumput) terkandung dlm pelan arkitek dan telahpun diluluskan oleh PBT.


👌 bersambung di next entry - kita cat sendirilah pagar-pagar warna putih.