assalamualaikum & salam sejahtera 😉
terbaik. sedap. lemak manis. lembut 👍.
nampak tak betapa sukanya Izzat dgn kurma ajwa ni 😀
alhamdulillah. Kurma Ajwa Asli Madinah dah pun tiba di rumah, ptg semlm.
gembira hati ni. kurma Ajwa, kurma kesukaan nabi 😌. lelebih di bulan Ramadhan ni, kurma di makan ketika berbuka dan juga bersahur.
Kurma Ajwa Asli Madinah (RIHURA)
setiap pek berisi kandungan 500g kurma Ajwa 😍 alhamdulillah.
sebenarnya, memakan kurma ni bukanlah secara spesifiknya di bulan Ramadhan. elok dijadikan amalan seharian.
kurma ni mempunyai byk khasiat utk kesihatan. kurma kaya dgn zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C dan kandungan antioksida yang tinggi yg beri pelbagai manfaat kpd kesihatan kita.
sebab tu la ia disunatkan dlm agama Islam untuk diambil ketika berbuka puasa dan juga sahur.
antara negara yg juga mengeluarkan kurma adalah Jordan, Iran, Tunisia, Mesir dan China.
terbaik, makanlah kurma Ajwa ni.
dikatakan, kurma Ajwa ni merupakan kurma terbaik di Madinah.
terdapat hadis yang mengatakan kebaikan memakan 7 biji kurma Ajwa di waktu pagi. pertama, daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi s.a.w bersabda :
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
"Sesiapa yang memakan 7 biji kurma Ajwa di waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut."
daripada Aishah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda :
إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً - أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ - أَوَّلَ الْبُكْرَةِ
"Sesungguhnya pada kurma Ajwa 'Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi."
daripada riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda :
والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ
"Kurma Ajwa itu berasal syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun."
patutlah kurma Ajwa ni mahal. ia merupakan "kurma Nabi", kan...
khasiatnya dan fadhilat memakannya amat la besar.
ciri-ciri kurma Ajwa asli Madinah.
apa salahnya kita merasa Kurma Ajwa Asli Madinah RIHURA ni.
harum baunya. sedap rasanya. lembut. lemak manis 😋.
ibu ayah. anak-anak. atok uwan. cucu-cucu. sama amalkan makan "kurma nabi" ni setiap hari.
secara jelasnya, ia berfungsi menjaga kesihatan. dan amal elok diamalkan sebagai ikhtiar penawar kepada sihir, santau, saka ataupun penyakit misteri. ia juga dikatakan dapat membuang racun dari tubuh.
istiqomah mengamalkannya sehari-sehari.
kita ikhtiar, yang menyembuhkannya ialah Allah s.w.t. dgn izinNya saje.
KENAPA PERLU DAPATKAN KURMA AJWA ASLI MADINAH (RIHURA) ?
- kurma Ajwa asli dari tanah Madinah al-Munawwarah
- harga amat berpatutan dan sgt mampu milik. semua mampu merasanya
- gred premium - lebih tinggi dari gred A
- buah segar dan terbaru dari ladang
- kurma tidak diperam lama
- kualiti premium. dijamin terbaik
- saiz standard. sgt sesuai utk kanak-kanak, golongan tua dan muda
- packaging yg menarik. sesuai dijadikan hadiah, doorgift atau tempahan utk diberikan sedekah
hati-hati dengan kurma Ajwa yg murah tau.
dikhuatiri ia stok lama atau berasal bukan dari Madinah al-Munawwarah. hati-hati!
pilih la Kurma Ajwa Asli Madinah RIHURA. pasti anda akan dapt kurma Ajwa asli Madinah terbaik!
💛 Kurma Ajwa Asli Madinah RIHURA pilihan saya 💛
nak dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah RIHURA ?
maklumat lanjut di laman facebook RIHURA.
hubungi : 010-5012717 👌
👍 highly recommended!
18 Comments
seronoknya makan sambil dapat manfaat yang banyak..
ReplyDelete=)
Serius sedap , ramai cakap kurma ajwa asli madinah rihura ni sedap . I is sukaaaa sangat ! :D
ReplyDeleteAlhamdulillah...dapt juga merasa kurma ajwa untuk tahun ini...rakan bagi sempena ramadhan
ReplyDeleteKurma ajwa ni kurma paling mahal di dunia kan kalau tak silap.
ReplyDeletebiasa juga dgr kurma ajwa..suka kurma yg lembik2 tk suka jenis keras...bln ramadhan kt opis mmg smua staff dpt kurma cumanya tk tau la kurma tu jenis apa tp mmg sedap la..besar & gemok2..kalo sebiji tu bole kongsi 2 org
ReplyDeletesaya ni kurang makan kurma, taktau kenapa tekak tak berapa ngam. kadang2 paksa makan sekadar memenuhi sunnah
ReplyDeleteBestnya kurma..anak-anak Yaya suka sangat makan kurma. Sahur dan berbuka kurma tak tinggal.
ReplyDeleteKurma Ajwa memang sedap... selalunya kalau saya makan 2-3 biji pun dah rasa kenyang dah... my better half, ayah dan ayah mertua pun suka sangat kalau dapat jamah Kurma Ajwa ni lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan... anak-anak pun suka juga... hehehehe... #ajwakesukaanNabi
ReplyDeletewaa... sy pun mau rasa juga huhu
ReplyDeletebanyak-banyak kurma, kak shima lebih suka kurma ajwa :)
ReplyDeleteSaya ada beli sebungkus kak. Memang sedap tak manis tak tawar. Isinya pun lembut dan padat. Amalkan kurma ni pun boleh buat susu badan banyak dan badan bertenaga
ReplyDeleteRumah Sis dah 2 kali topup kurma Ajwa ni, Suami beli setengah kilo je rm80..entah apa angin, tahun ni laki bini makan kurma macam jajan haahahaha..adeiii sedap sangat!
ReplyDeleteSedapnya kurma ajwa. Antara kurma kesukaan za. Medhool pun sedap. Boleh la try kurma ni bila dah abes stok nnt
ReplyDeletesangat lembut kurma ajwa.. sedap
ReplyDeleteKurma has a lot nutrition. I love to take kurma too.
ReplyDeleteBetul tu kurma Ajwa paling sedap. Tapi ada juga yang merungut harga mahal. Pelik betul lah.
ReplyDeleteKadang2 saya agak trauma dengan nama kurma ajwa ni. susah nak cari yang betul2 hasil yang ditanam di tanah haram. kebanyakannya benih yang ditanam di luar dr kawasan tanah haram. Btw terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSedap kurma Ajwa nie..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.