assalamualaikum & salam sejahtera 😊
sempat update blog sekejap. sambil-sambil prepare juadah berbuka utk Ramadhan ke-9.
sekali lagi hari ni preparation dibantu oleh anak-anak dara. 😉 saya ajar diorang buat roti jala.
sambil saya menaip ni hah, diorang berdua sedang kerjasama buat roti jala tu hah kat dapur.
ok la. ajar skit, dah boleh buat sama-sama 👍. senang la keje saya sekarang ni ha ha ha ha...
just nak spend masa berkongsi menu berbuka kami utk Ramadhan ke-4 dan ke-5.
lebih 3 minggu dok rumah, PKP, tiap hari memasak. nasi adalah yg paling kerap dimasak, kan.
dah hampir settle 30 kg beras. beras di dalam tong beras saya dah pun menyusut.
kampit ke 4 dah tersedia utk dimasukkan ke dalam tong beras 😅.
so, berfikir luar tong beras skit. tak nak la makan nasi utk berbuka.
[baca juga 👇]
kuew teow goreng lembab 😋
resepi kuew teow goreng lembab ni sama dgn resepi mee goreng lembab je.
maka, Ramadhan ke-4 tu, saya goreng kuew teow lembab-lembab. ada rencah kupang, fishball dan aneka sayur.
1kg kuew teow dpt dimakan sehingga ke sahur 💙.
kuih talam seri muka masih ada baki dari semlmnya. maka, itu saje la menu berbuka kami hari tu.
memang sentiasa ada je ketupat mini Faiza ni kat rumah. walaupun bukan time Ramadhan or Syawal.
maka, Ramadhan ke-5 menu kami meriah skit lah. ala-ala soto tau. tapi side dishes utk soto mcm ayam carik, daun sup hiris, bawang goreng tu semua takde la.
- ketupat ada. nasi pun ada.
- sup kaki ayam
- begedil daging
- sambal kupang 😋😋😋
- kicap cili padi (dah buat stok dlm peti ais)
seperti biasa. direbus dlm pressure cooker 36 minit. SIAP!
sup kaki ayam. ada fishball dan celery.
juga dimasak dlm pressure cooker mode BONE selama 30 minit.
begedil daging. simple.
RESEPI BEGEDIL DAGING :
(bahan semua adalah agak-agak ye. takde sukatan tertentu 😀 , yg penting kentang dan daging sesuai kuantitinya)
- ubi kentang (kebetulan ada 4 biji kentang je ari tu)
- daging kisar
- sedikit bawang goreng (campur bawang merah dan bawang putih)
- sedikit serbuk lada hitam
- sedikit garam
- daun sup (hiris halus)
- 1/4 kiub ayam Maggi
- telur
CARA-CARA :
- ubi kentang dikupas. dipotong kecil-kecil. digoreng. then, ia dilenyek.
- daging kisar tu digoreng hingga masak ye.
- kemudian, campurkan kentang, daging kisar dan bahan-bahan yang lain (kecuali telur).
- adunan kentang tu dibulat-bulatkan dan dileperkan. sedia utk digoreng.
- celup ke dalam telur dahulu dan goreng sehingga masak 😋.
sambal kupang tu disediakan utk sahur sebenarnya. makan dgn nasi panas.
kebetulan dpt beli kupang di Family Store, besar-besar. sedap buat sambal. best!
Izzat hanya makan kupang bila dimasak sambal. selain dari tu, kupang tu dia ketepikan je 😄.
korang masak apa hari ni?
sudi-sudilah share ye di kotak komen. beri idea kpd saya utk hari-hari akan dtg.
😉
20 Comments
Hmmm...roti jala tak dan buat lagi...sebelum puasa dah buat...kita tengok esok ka lusa ka..
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
dapat makan roti jalan best juga tapi tak reti nak buat.
ReplyDeleteBetul kdg bosan mkn nasi
ReplyDeleteKueytiaw goreng tu fav kitaaa
ReplyDeleteresepi yg sll hangpa share x penah mengecewakan ye..
ReplyDeleteSambal kupang..sedapnya.
ReplyDeletememang kekadang tu tekak kita xnak makan nasi kan..
ReplyDeletenak selera makan benda lain.. dap dap..
jemput join segmen bloglist SYM
https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-siti-yang-menaip-12020.html
bila dah tak tahu nak masak apa,selalu saya buat ni la goreng2 bihun ke mee kuning ke asalkan bukan nasi. senang kerja...
ReplyDeletekuehtiaw goreng tu yummy..ada juga ckp kt husband soh dia masak menu kuehtiaw..tp nk kuehtiaw yg halus tu...yummyyy
ReplyDeleteSaya suka betul la kalau hidangan berasaskan sup. Kueytiaw? Suka juga tapi saya tak reti nak masak kueytiaw yang rasa kaw kaw ni. Sambal kupang? Saya suka tapi susah nak dapat la kupang ni.
ReplyDeleteSedapnya menu kue tiaw tu, sepanjang dah 11 hari ni belum lagi goreng kuw tiaw, kalau mee kuning dan mee hoon dah...next boleh masuk list hehehe
ReplyDeletekadang2 memang terasa nak makan selain nasi. hari2 berbuka nasi pun bosan kan
ReplyDeleteYesss kitad ah buat begedil dah. Now rasa nak makan kuey teow pulak. Kuey teow selalu masak gini kita panggil kuey teow basah, ni lain sikit ya?
ReplyDeletekuetiaw mmg favorite akak tp kalau en suami dia ttp nak nasi putih...tu yg buat juling mata tau..haha
ReplyDeletebwtul..kalau tiap2 hari makan nasi jemu juga..dapat sekali sekala tukar hidangan mee, nasi impik menarik juga
ReplyDeleteyumms! Saya pon selalu berbuka tak masak nasi, mmg family suka makan yg selain2 nasi, jadi keluarlah segala mee mee & roti jala lempeng bagai! ;p
ReplyDeletemenarik semuanya. bolehlah cuba tukar2 menu kan time2 pkp dan puasa ni. thanks share
ReplyDeletesedap tu kak.nak nak kue teow tu nampak sedap dan menyelerakan tau. favourite saya ni. ni yang buat nak suruh suami beli kue teow ni, tergoda dengan masakan akak
ReplyDeleteSedapnya kuew teow tu.. Mengancam..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.