assalamualaikum & salam sejahtera 😊
apa khabar semua hari ni?
masih stress? masih lagi keliru? masih lagi marah? 😃 😄
apapun pengumuman yg telah dibuat oleh PM TSMY semlm, kita terima dgn hati terbuka.
saya sgt pasti, sebelum beliau membuat kenyataan sedemikian, pasti team di belakangnya telah memikirkannya dari pelbagai sudut.
status negara kita setakat semlm.
telah diumumkan bahawa mulai lusa (4 mei 2020), PKPB akan bermula. beberapa sektor ekonomi boleh mula beroperasi.
dlm bahasa mudahnya, byk perniagaan dibolehkan utk beroperasi. antara contoh yg saya boleh highlight adalah seperti kedai makan. dobi layan diri. kedai makanan haiwan, kedai alatulis & buku, kedai elektrik dan juga kedai perabot.
JGN SALAH SANGKA YE - BUKANNYA PKP DITARIKBALIK.
hanya melonggarkan sedikit syarat-syarat PKP, ianya bersyarat 👇👇👇.
ini antara faktor kenapa PKPB diumumkan.
👉 👉 👉 PKPB ni ada 9 SOP / syarat penting :
- penjarakan sosial 1 meter.
- kerap mencuci tangan / penggunaan hand sanitizer.
- penggunaan penutup muda dan hidung (facemask).
- saringan kesihatan di setiap premis perniagaan.
- keutamaan melindungi bayi, kanak-kanak, warga emas dan OKU. sebab mereka ni adalah yg mudah dijangkiti!
- individu tidak sihat dinasihatkan terus buat pemeriksaan kesihatan.
- bilangan penumpang di dalam kenderaan awam mesti mengamalkan penjarakan sosial juga (LRT, MRT, monorel, bas).
- menggalakan transaksi secara online.
- terus melaporkan dgn segera / serta-merta kiranya ada gejala penularan COVID 19.
kena ingat. kita jaga kita, kan?
kita boleh kawal diri kita.
kita boleh kawal pergerakan ahli keluarga kita. jgn ambil mudah!
tak perlulah ke supermarket berdua-duaan. si suami tak mahir beli brg dapur, isteri je lah yg pergi.
sekarang dah boleh keluar berdua, elakkan, hanya jika perlu!
then, jgn la akal tu panjang sgt, ibu ayah sebuah kereta dan anak-anak di sebuah kereta yg lain, berjumpa di supermarket. Allahu Akbar! ni terjadi ye korang. jgn kata saya buat cerita dongeng plak.
guna akal yg Allah beri tu dgn adil dan saksama.
adil kepada diri sendiri dan org lain. kita jaga kita. kita mampu mengekang penularan COVID 19 ni.
- kita tak perlu keluar seisi keluarga membeli-belah baju raya...
- kita tak perlu keluar dan berbuka puasa di kedai makan...
- kita tak perlu la keluar rumah selepas solat terawikh dan berjogging, riadah...
KENA INGAT!
kelonggaran ni diberikan demi utk meningkatkan ekonomi negara dan ekonomi individu tu sendiri.
kerajaan bagi peluang utk kembali bekerja.
jgn nanti, tak jaga diri, tak kawal diri, COVID 19 kembali menular - PKP darurat plak terpaksa diumumkan kerajaan. masa tu, PADAN MUKA KORANG!
AKHIR SEKALI, 👇👇👇 BACA DAN SILA TERASA.
hari ni kita boleh melihat betapa SYUKUR itu sangat kurang dalam jiwa kita.
- PKP salah!
- PKPD silap.
- PKPB tak betul!
- moratorium - mungkir janji.
- rentas sempadan dihalang - zalim.
- rentas negeri dihalang - double zalim!
- suruh duduk rumah salah.
- tak bagi keluar rumah salah.
- iri hati dgn org yg kerja dari rumah tapi gaji jalan.
- iri hati dgn rezeki org berniaga.
- iri hati dgn penjawat awam - tak kena potong gaji.
- iri hati dgn cikgu.
- iri hati dgn ustaz yg beri bantuan kat org susah.
semualah tak betul! serba-serbi tak kena bila rasa SYUKUR itu kurang dlm jiwa kita.
dlm keadaan sekarang, sepatutnya kita BERSYUKUR sebab kita bukanlah di antara org yg sedang terbaring di hospital dijangkiti COVID 19.
yg lain-lain tu, abaikanlah buat sementara waktu. biarkan... jgn fikirkan.
😌 😌 😌
bertabahlah ye dlm situasi sekarang. berfikir secara positif.
PKPB bakal meransang peningkatan jumlah kes positif COVID 19 dengan mendadak? semuanya bergantung kepada kita.
sebarkanlah bahawa SANGAT PENTING UTK KITA SEMUA TERUS #DUDUKRUMAH.
💜 💜 💜
21 Comments
Betul tu kerajaan dah bagi kelonggaran bukan alasan utk kita boleh keluar sesuka hati.. semoga semuanya berakhir dgn baik..
ReplyDeleteTak kisahlah apa pun yang bakal berlaku, yang penting sekali kena ingat dan sedar diri yang wabak tu sentiasa ada di mana-mana dan juga paling penting sekali #KitaJagaKita
ReplyDeleteBetul tu..kerajaan dah berusaha sehabis baik..
ReplyDeletekita sebagai rakyat ini jgn nak harapkan kerajaan sahaja..
kita kena jaga diri kita, keluarga kita...
Jangan selfish..
yang gaji jalan dan tak perlu bekerja, keluar bila perlu. yang perlu bekerja, selagi terdaya jaga kebersihan dan jarak. Jangan melencong ke tempat tak perlu pula..
ReplyDeletejika semua patuh dgn arahan yg ditetapkan oleh MKN dan KKM pasti kes Covid akan terus menurun...
ReplyDeleteNaik lagi kes baru hari ni. Ermmm
ReplyDeleteJemput join segmen ni kalau belum ya. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1
The New Normal kena amalkan dan jadikan perkara wajib buat bila perlu keluar atas sesuatu urusan.
ReplyDeletepersonally saya pun tak setuju bila dilihat disiplin rakyat malaysia + jutaan warga asing di malaysia. tapi kita yakin saja dengan keputusan kerajaan, mesti depa pun nak yang terbaik. cuma usaha kita jangan berhenti berdoa untuk kesejahteraan malaysia
ReplyDeleteSaya tetap skeptikal la Aida. PKP masih berjalan sehingga 12 Mei 2020 tapi kita dah boleh keluar bekerja. Even duduk jauh2 dalam satu bilik tu tapi kalau nak turun lif macamana?. Kena seorang dua je ke macam biasa. Kalau macam biasa tu ala ala sardin la kan.....moga yang terbaik untuk negara kita ye....
ReplyDeleteApa pun semoga kes pandemik Covid-19 tidaklah bertambah sebagaimana negara Jepun.
ReplyDeleteharap2 jangkitannya dapat dikawal.
ReplyDeleteApa yang penting kita perlu ikut arahan yang diberi, walaupun dah ada kelonggaran tapi kita pandai2 sendiri jaga kebersihan dan kawal pergerakkan. Jangan usaha kita berkurung lama dirumah sia2 aje
ReplyDeleteKalau difikirkan logiknya macam tulah, tapi kerajaan ada sebab melakukannya. apa yang kita boleh buat adalah berdoa supaya ianya cepat selesai.
ReplyDeleteBetul tu sis. Berfikirlah secara positif dan bersangka baik dengan apa yg dh di plan oleh pihak berkenaan.
ReplyDeleteBersyukurlah negara kita masih ada ruang untuk pulihkan ekonomi.
Supportlah negara. Jangan dok merungut semua tak kena. Kan sis..
Ikuti shja pesanan Kerajaan sudah tentu mrk mahu yg trrbaikn buat rakan2.
ReplyDeletePada pendapat Mimi sendiri, PKPB ke tidak bukan masalah utama. Punca wabak ni naik bukan kerana longgarnya PKP ni tapi sikap individu sendiri. Tengoklah PM dah pesan walaupun PKPB diberikan tetapi tetap juga kita kena keluar rumah bila perlu. 04 hb barulah boleh mula kerja bagi beberapa sektor yang diumumkan. Tapi apa jadi? Belum lagi 04hb, rakyat Malaysia ramai dah kepanasan keluar rumah semalam. Terus tak ikut saranan kerajaan jaga diri, amalkan penjarakan sosial. Berjaya atau tidak kota kawal kenaikan Covid-19 ni bergsntung pada sikap individu itu sendiri. Kalau dia sayang keluarganya pasti dia akan ikut saranan PM kalau tidak bersiap sedia sajalah. Kita bertungkus lumus jaga diri, duduk di rumah tapi bila ada yang ingkar arahan rasa sedih.
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah kita bisa terhindar dari copid 19. Banyak saudara yang sudah terjangkiti. Berharap tidak.lama lagi masa pandemi ini usai sehingga kita semua bisa kembali beraktivitas seperti biasa dan perekonomian juga menjadi lancar kembali.
ReplyDeleteMmg seram apabila kes semakin hari semakin meningkat. Moga pandemik ini cepat2 berakhir
ReplyDeleteKalau ikutkan hati memang masih risau sebab wabak tu masih berleluasa kat luar sana. Tapi dalam masa yang sama negara perlu buat sesuatu untuk jana kembali ekonomi. Setiap apa keputusan yang kerajaan buat sebenarnya ada sebabnya. Jadi tugas kita pula adalah untuk mengikut segala SOP yang disediakan dan hanya keluar bila perlu. Mana yang tak berkaitan tu jangan plak gatai pi melepak. Amboiii, mentang2 la mamak dah boleh dine in.. huhu
ReplyDeleteHidup ni kalau nak komplen je tak reti bersyukur, susah la rs hidup tu.. Kerajaan dah buat sebaik mungkin dah utk kita. Negara lain xde pun bagi bantuan apa2 tau.. Pandai2 korg la sendiri hidup.. Tu pun ada yg tak puashati.. Hmmm ni dah bg kelonggaran ni.. Harap2 semua patuh la. Takut jadi kluster jakel plak 🙄
ReplyDeleterisau sbb takut kes bertambah dan kita dah semakin dekat dgn wabak..minta dijauhkanlah hendaknya
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.