assalamualaikum & salam sejahtera...
saya nak kongsi resepi amat mudah puding roti lemak berkrim.
ni dessert yg paling hot di bulan Ramadhan. sebab sgt mudah, kan.
hmmm kalau berbuka di hotel lah kan, ni antara dessert wajib hidang 😋.
kami sekeluarga tidak brape gemar dimasukkan kismis ke dalam puding roti.
sebagai pengganti dan biar ia nampak cantik, saya taburkan cip coklat 😋.
Resepi Puding Roti Bersos Kastard Lemak Berkrim
bahan-bahan :
- 6 keping roti gardenia
- 1 kotak susu full cream dutch lady
- 2 biji telur gred A
- 5 sudu besar gula castor
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar mentega - dicairkan terlebih dahulu
- 1 genggam cip coklat
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 cawan susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
cara-cara :
- roti dicarik-carik kecil dan dimasukkan ke dalam loyang pembakar.
- dicurahkan susu full cream ke atas roti. gaulkan roti dan susu.
- dlm bekas yg lain, masukkan telur, 3 sudu besar gula castor, tepung jagung, mentega dan esen vanilla. gunakan mixer, adunkan rata.
- adunan tu dicurahkan ke atas roti dan susu tadi. taburkan cip coklat dan gaul rata kesemua bahan. saya tidak terus bakar ye kerana saya simpan dulu roti ni di dlm peti ais 15 minit. nakkan roti dan adunan bahan-bahan tu sebati serasi bersama 😆.
- bakar di dalam oven utk tempoh masa 30 - 45 minit (hingga masak) suhu 180'c.
- utk sos kastard - masukkan susu cair, 2 sudu besar gula castor dan tepung kastard ke dlm periuk. satukan ketiga-tiga bahan. masakkan ia sehingga pekat di atas dapur.
bila roti telah siap dibakar, potong kecil dan hidangkan di atas pinggan.
sebelum makan, tuangkan sos kastard ke atasnya 😋.
ini puding roti yang saya buat tanpa cip coklat 😋.
semua sama bahan dan cara, cuma singkirkan cip coklat dari list anda ye.
seperti biasa la, saya ada 2 anak dara yg sedang kebosanan di rumah. hampir 50 hari mereka terkawal pergerakan. berada di rumah saje!
maka, saya arahkan la mereka buat puding roti ni. dari mencarik roti, sama-sama sediakan bahan-bahan, mix adunan... beri mereka sedikit kerja dan pendedahan.
at least, mereka belajar perkara baru dan harapnya... hilang bosan! 😀
👌

5 Comments
Dah lama nak try puding ni tak buat2 lagi hehe..
ReplyDeleteYa Allah
ReplyDeletesedapnyaaaaaaaaaaaaa
Nanti boleh Cuba. Bahan2 mcm tak susah mana pun hehe. TQ sharing
ReplyDeletebetul kak. mudah nak buatnya. tinggal rajin tak rajin je.
ReplyDeleteMakan pula sejuk-sejuk.. best nie.. hehehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.