assalamualaikum & salam sejahtera 😊...

kali ni sharing satu lagi resepi yg amatlah mudah.
antara rajin dgn malas je nak buat 😅. cheesekut.
memula saya nak buat burnt cheesecake. hmmmm ada bahan yg takde.
hmmmm Syuhada yg cadangkan buat cheesekut ni.

hmmm 😃 kerja saya senang. bagi arahan saje ye.
selebihnya hingga ke habis, kak Nurin dan Syuhada yang selesaikan.
diorang pun minat nak buat. sambil buat, sambil gelak, borak-borak. salah satu cara kami bertiga happy happy di dapur.
best. bonding time 💙💚💛💜.

Resepi Senang Cheesekut | Rangup berkeju lemak manis sesedap rasa
ni la hasilnya kerjasama di antara kak Nurin dan Syuhada.
terbaik. sedap!


sesekali boleh la buat ni. cheesy ya Allah! sedap berlemak.
tapi not so baik la kalau makan tiap hari ha ha ah ha... moreover now dok rumah jer kan.
oh no no no la buat ni tiap hari 😜.


bahan-bahan :
  • 250g cream cheese (saya guna Tatura)
  • 200ml whipping cream
  • biskut cream crackers
  • 1 kotak susu full cream dutch lady (200ml)
  • nestum (kali ni saya tak bubuh ye, takde stok kat rumah)

cara-cara :
  1. mix kan cream cheese dan whipping cream. ketepikan.
  2. biskut cream crackers tu rendam dlm susu dan susu cantik-cantik dlm loyang. ni first layer.
  3. cream cheese yg telah diadun mesra dgn whipping cream tadi tu, sapukan di atas biskut yg telah disusun tadi. dan ditaburkan nestum.
  4. then susun biskut yg direndam dgn susu tu lagi. third layer.
  5. begitu la seterusnya berselang-seli 😍. biskut, cream cheese dan nestum. make sure lapisan atas sekali adalah nestum ye. cantik!
  6. SIAP!

nota : whipping cream tu boleh ditukar kpd 2 cawan susu pekat dan 2 sudu susu full cream dutch lady.


jom buat.
buat dgn anak-anak 👌.