assalamualaikum & salam sejahtera 😊
apa khabar semua?
ada ke yg dah plan dah gi shopping raya hari ni? 😄
if yes, silalah patuh kpd arahan kerajaan utk social distancing, pakai mask, hand sanitizer ye.
kalau ramai sgt org, jgn la gi. tangguhlah esok lusa.
selesai melambai mr.asben pepagi tadi, yg da start masuk keje utk hari kedua PKPB di Melaka.
moga dia dok diam-diam di ofis. jgn rayau-rayau gi mr.diy ke, kedai hardware ke 😄 ha ha ha...
saya masih belum dpt jadual bekerja. gabra!
penjagaan anak-anak tu yg saya risaukan. tiada ahli keluarga terdekat. dah la diorang berdua homeschool dari rumah setiap hari.
tghari ni elok sgt la saya kongsi tentang filem Survivor Family ni.
jalan cerita yg santai. kisah 4 sekeluarga mencari halatuju hidup setelah negara Jepun "mati".
link movie di Youtube : KLIK SINI. sila la klik utk menontonnya. ada subtitle bahasa indonesia.
saya berminat menonton filem ni selepas beberapa org kawan share di facebook. best komen diorang.
hmmmm ada time kan, apa lagi, cecepat la ajak anak-anak tonton sekali last few weeks.
mengisahkan 4 sekeluarga - si ayah, si ibu, anak lelaki dan anak perempuan. keluarga yg sederhana.
suatu pagi, kesemua elektronik, elektrik tak boleh digunakan. zero! Jepun "mati".
bateri kereta mati. trafik lights di jalan raya mati. pintu otomatik pun kong! phone dan komputer tak berfungsi. semua lah!
4 sekeluarga ni dan masyarakat setempat menjadi kelam-kabut. hidup menjadi tidak tentu arah!
4 sekeluarga ni di awalnya merupakan satu keluarga yg kurang rukun dlm kekeluargaan.
anak-anak sibuk dgn gajet masing-masing. si ayah sibuk bekerja. tinggallah si ibu menguruskan rumahtangga. mereka ni boleh saya katakan spoil dek arus teknologi dan kehidupan bandar.
terjadinya malapetaka kehilangan teknologi di Jepun ni, mereka menjadi haru-biru!!!
berbasikal sekeluarga meninggalkan bandar. kenderaan yg menggunakan bateri semua tak boleh berfungsi!!
semua berpendapat bahawa menuju ke kawasan pergunungan / perkampungan adalah lebih baik.
mana taknya, bekalan makanan hampir habis. air utk mandi dan minum semakin berkurang. aduh! memang serabut, kan.
itu yg bermulanya perpindahan kesemua penduduk setempat meninggalkan bandar Tokyo.
mereka sekeluarga membuat keputusan utk menuju ke tempat ayah si isteri. jauh!
si isteri mula risaukan ayahnya. sedangkan sebelumnya, mereka sekeluarga amat jarang berhubungan. apatah lagi cucu-cucu, mereka membangkang keras bila si ayah membuat keputusan utk ke tempat datuk mereka.
😑😑😑 bila jadik gini, biasa lah, baru la teringat org tua...
semua berhajat untuk merentasi bandar dgn menaiki kapal terbang.
kecewa! kapal terbang jugak tidak boleh digerakkan 😕 😔.
hari ke 67 mereka tiba di satu kawasan perkampungan.
indah. namun mereka telah kehabisan tenaga. lapar!!!
pelbagai dugaan mereka lalui sepanjang perjalanan. stok makanan dan minuman yg semakin habis.
hujan ribut yg merosakkan byk brg diorang.
ternampak seekor khinzir di tgh tgh padang dan berusaha utk menangkapnya.
si ayah lemas di sungai! si ibu dikejar anjing dan terjatuh ke tepi bukit, kakinya patah.
mereka terlalu lapar sehinggakan terpaksa makan makanan kucing.
sehinggakan si ayah menjadi sgt stress dan kecewa 😔.
di sini lah secara perlahan-lahan kasih sayang dan rasa prihatin keluarga ini kembali bertaut.
mereka mula bergelak ketawa bersama. duka, tapi nampak bahagia seketika...
keretapi arang batu. back to basic...
apa yang jadi setelah 2 tahun ?
pendapat saya, tempo cerita ni agak lambat kerana dari satu babak ke babak yg lain adalah perlahan. ada time tu, scene nya mendatar. saya sempat la rasa mengantuk 😆.
namun, saya tetap bersemangat utk melihat apakah yg bakal terjadi selepas-selepas itu. dpt tak mereka sampai ke tempat yang dituju? apakah punca bencana itu? siapakah yg sebenarnya mencetuskan masalah itu?
hidup tanpa teknologi? mungkinkah? kalaulah satu pagi nanti, kita terjaga dari tidur, ini berlaku pada kita.
terpaksa mencuci baju di tepi sungai. menangkap ikan / haiwan ternakan utk dimasak dan makan.
menggunakan air dari perigi. takde telefon. takde internet. takde kenderaan ke sana ke mari.
bayangkanlah...
sedangkan terperangkap dlm rumah sendiri beberapa minggu ni sejak 18 mac pun kita dah kebingungan, dgn hampir semua kemudahan ada di rumah, pun kita tewas dgn diri kita sendiri.
PM TSMY umumkan je PKPB, semua berteraburan di sana sini membeli juadah berbuka bagai tiada esok.
para peniaga pun mula memacakkan khemah di sepanjang jalan, takut sgt terlambat mula berniaga.
😊
sila la tonton ye.
ajak anak-anak tonton sekali. agar mereka sedar, gajet tu semua hanya sementara.
bila-bila masa je boleh "hilang". bila-bila masa je dunia ni boleh "mati".
hayati kesukaran keluarga ni. jiwai watak mereka masing-masing.
👌
24 Comments
Macam menarik pula movie ni.
ReplyDeleteTak dapat banyangkan kalau hidup tanpa teknologi.
Berkurung dalam rumah pun dah tak tenteram haha.
tak boleh klo cerita slow nnti tidur terus heheh
ReplyDeletemenrik. nak tengok juga lah
ReplyDeleteDah tengok movie ni memnag best. Bila tengok tu rasa kita ada sekali payahnya diorang nak jalani kehidupan seharian selepas elektrik tiada. Serba serbi tak kena.
ReplyDeleteAssalamualaikum. bagus laa cerita2 mcm ni . Saya pun suka tengok2 cerita mcm ni.
ReplyDeleteyesss. akhirnya ada orang review. okay cerita ni best. sedih pulak time gigih nak balik kampung mak dia tu. T_T
ReplyDeletenmpk mcm best tu tp bila aida ckp jenis slow ni kn ada yg lena dulu hehe..
ReplyDeleteMacam menarik plak...boleh cuba tengok ni..kalaulah jadi dalam dunia realiti macam ni, tak tau laa macam mana ek hahahaha..betulkan, duduk rumah pun dah macam haperrr...hahahaha
ReplyDeletejalan cerita menarik. suka tengok movie yang ada moral yang baik. thanks sharing
ReplyDeleteWah. Macam nak tengok gak la sebab macam keadaan kita kala PKP kan. Moga kita semua selamat la hendaknya kan
ReplyDeleteCite Korea ker hurmmm kita tak tengok sangat hehehehe tengok sinopsis pun macam cite ni terlalu drag lama banyak aksi sembang menyembang sahaja hehehehehe...
ReplyDeletemenarik. nak tengok nnt bila ada masa.
ReplyDeleteMenarik laaa jalan cerita nya. Bagus ni ajak anak² kita yang dah besar nonton dan ambik pengajarannya. Yelah... Dengan anak-anak dan kita sendiri dah lalui banyak kemudahan san seharusnya menghargai teknologi yang ada sekarang sebaiknya
ReplyDeleteMacam best je..mcm dah nak sama kisah kita skrg..tapi x lah teruk cam gini lagi, bayangkan kalau jd mcm ni..aduhhh mcm mana lah kan. Nanti nak ajak anak tgok lah
ReplyDeleteboleh ke? mommy tak boleh fikir kalau betul suatu hari nanti kita hidup tanpa elektrik. walaupun orang dulu-dulu memang boleh je hidup tanpa elektrik.
ReplyDeleteDari gaya cerita sy mmg agak cerita.mmg slow.. tapi intipati cerita tu ada.. and banyak pengajaran
ReplyDeleteInteresting. Nak tengok juga. Kena cari time untuk tengok
ReplyDeletemenarik. sometimes without gadget ni bagus juga, dapat buat aktiviti yang sihat. But bila dah kerja, dan perlu buat itu dan ini, janggal pula kalau takde.Tapi movie ni bagus, banyak pengajaran yang kita boleh dapat.
ReplyDeleteDah tgok triller dia.. Nampak slow tp jalan cerita nice juga la not bad.. Sesuai nonton santai2 kat rumah time pkp cmni kan
ReplyDeleteOkay masuk dalam list tontonan seterusnya. Macam best je. Bleh tengok ngan anak-anak.
ReplyDeletemenarik juga jalan ceritanya
ReplyDeleteAda subtitle boleh la tonton. lagipon saya belum tengok lagi movie nie. nanti ada masa free nak tengoklah.
ReplyDeletehaa.. boleh tengok ni.. macam best je.. nak tengok macam rupa jalan ceritanya.. hehehe.. kalau realiti kita sekarang takde letrik.. maun mati kutu kann
ReplyDeleteAlamak.. perlahan tu cam kurang sikit nak tengok.. huhu..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.