assalamualaikum & salam sejahtera 😊.

kita borak santai je ye petang ni.
baru selesai mengemas dapur kecik kat belakang. keluarkan item yg hendak dimasak utk berbuka nanti. defrost. susun-susun la apa yg patut kat dlm peti ais.
dah 2-3 hari mendung aje. sang mentari segan-segan nak menyinar 😊. baju kat ampai tak kering ketat lah, rimas hu hu hu...

hari ni hari pertama mr.asben saya akan keluar bekerja setelah 47 hari berada dlm PKP.
ini kerana Melaka join PKPB yg katanya hari ni dah boleh keluar bekerja termasuklah sektor awam.
hmmmmm aduhai 😐. dlm keadaan PKP masih berjalan, tetiba keluar arahan yg mengejut sebegini pada 1 Mei lepas. 
apakah semua ni? aduhai...
risaukan mr.asben yg kena gi keje tu.

tupperware. jenama ni adalah jenama hot di bibir wanita-wanita Malaysia. 
ada husband yg kalau tertinggal kat ofis, sanggup tu u-turn balik amik tupperware. karang balik rumah, kena bebel dgn bini 😄 ha ha ha ah ha... tapi ni tak la terjadi dgn mr.asben saya!
most of us mesti ada koleksi tupperware yg melambak kat rumah, kan? sehingga diri sendiri tak tahu berapa byk kah pelaburan telah dikeluarkan utk produk tupperware ni ha ha ha ha...
saya terbaca satu maklumat penting di facebook 👉 kredit artikel tupperware : John Mohamed.
suka nak share kat sini. perkongsian utk semua dan diri sendiri.

Tupperware | Selamanya memikat dan mesti terpikat!
Ramadhan tahun lepas, saya berpindah ke rumah sekarang ni.
di atas ni merupakan khazanah tupperware saya. sgt byk ye. 5-6 kotak besar!
3/4 daripadanya saya belum pernah guna. masih dlm plastik / kotak lagi 😄.


beli dan beli dan beli. simpan sana sini. ada 3-4 kotak saya tumpang rumah mak saya di kampung sementara tunggu nak pindah rumah.
beli. simpan. beli. simpan. bila mengangkut brg, ya Allah 😲... sendiri terdiam melihat koleksi tupperware yg terbentang depan mata.
selepas tu terbaca plak nasihat para ilmuwan agama. beli brg dan tidak digunakan, ditakuti kelak di soal di akhirat. alamak! sungguh terasa hati ni. takot!!!
ilmu dan amalan sedia ada masih lagi rongak sana-sini. tupperware plak punyer hal. 

maka, hingga hari ni, hampir selesai dah tindakan saya :
  1. saya asingkan perlahan-lahan - tupperware mana yg memang saya nak guna.pelbagai tujuan la. utk kegunaan harian. utk kegunaan simpanan makanan. utk kegunaan kalau-kalau nanti nak buat makan-makan kat rumah ni. tupperware ni kan bertutup, mudahlah nak letak makanan utk tetamu.
  2. yg lama-lama - dah lekat warna cili la, kunyit laa. ada yg dah pecah. ada yg dah tak berpenutup. ni semua saya letak dlm plastik dan kumpul dlm satu kotak elok-elok. selamat dah saya letakkan kat luar rumah utk diangkut oleh lori pelupusan. terpulanglah mereka nak guna sendiri ke, buang ke... 
  3. bakinya - tupperware yg masih baru dan tak pernah saya gunakan, saya ketepikan dan balut dari semasa ke semasa utk diberikan kepada sesiapa yg bertuah. hadiah birthday. hadiah wedding day. family day gift or lucky draw. ikhlas dari saya.
legaaaa tau.
and sejak tu, saya sudah tidak membeli. diketahui umum dan saya mengaku ye, tupperware ni selamanya memikat hati daya dan saya mesti terpikat punyer lah. aduhai, dugaan betul tau!
tapi tu la. muhasabah diri sentiasa. urut dada sendiri. "jgn beli. jgn bazir duit. kat rumah dah byk dah..." 😄 ha ha ha ha...


tadi ada kata nak share artikel tupperware yg saya baca dari facebook John Mohamed.
saya panjangkan ilmu ni di sini ye. kita suka something, mesti kita nak tahu asal-usulnya serba-sedikit, kan. saya taip ikut perkataan saya sendiri ye :

seorang lelaki bernama Earl Tupper pada tahun 1938 di Leomister Massachusetts yg bekerja di syarikat plastik, telah mula membeli mesin acuan plastik. dinamakan plastik tu Tupperware. diciptakan setiap bekas tupperware ni memiliki penutup kedap udara yg dikenali dgn nama "burp seal" disebabkan oleh bunyi yang dihasilkan seakan sendawa.
pada waktu itu, pengguna tak faham cara nak guna tupperware tu. maka, seorang wanita bernama Brownie Wise telah bertemu dgn Earl Tupper dan beri cadangan utk mengadakan parti tupperware. matlamat parti tupperware adalah utk menerangkan kepada pengguna bagaimana nak menggunakan tupperware. 👍 di sinilah bermulanya parti tupperware yg pertama pada tahun 1949 di Detroit, Amerika. setelah itu, produk tupperware telah mendapat tempat di hati pengguna 💜💜💜.


now produk tupperware ni dah worldwide dah. setiap bulan keluar katalog baru. bukan sekadar bekas plastik isi makanan dan minuman je. sekarang dah meluas kpd barangan rumah dan skincare serta make-up, kan.
terbaik.

saya kongsi skit ye koleksi feveret saya. semua ni memang kecintaan saya. saya sekarang memang guna produk tupperware kat dapur 100%. simpan makanan. mixing bowl. tapis sayur. semua lah.
takde tupperware pun yg tertinggal dari pandangan mata. semua ada peranan 😅.

Tupperware | Selamanya memikat dan mesti terpikat!

💚 dlm peti ais, tupperware freezermate saiz 250ml, 650ml dan 1L - simpan bawang kisar, ciliboh kisar, bwg besar dah kopek, stok sambal belacan, stok sambal belimbing cili padi, stok sos blackpepper ala ikea, ...
memang row kedua dlm peti ais, penuh dgn semua ni. memudahkan proses memasak, memerap, mengukus, ... 👌
💚 4 sekawan - tupperware salt & spice set tu, lama berjasa. letak serbuk kunyit, asam jawa, garam halus dan gula pasir. ni ada selamanya di tepi dapur masak.
sekarang lagi cantik, penutupnya tu warna merah! menyerlah sgt 😍.
💚 tupperware One Touch Canister. ni memang byk saya guna - kedap udara! terbaik.
mcm2 la isi kandungannya. beras pulut. beras basmathi. gula halus. uncang teh. uncang kopi. gula pasir. nescafe. tepung gandum. tepung kastard, ...

Tupperware | Selamanya memikat dan mesti terpikat!
yg ni koleksi paling saya suka - tupperware That's A Bowl Set.
dari saiz besar (4 L) hinggalah saiz paling kecik (1 L), pelbagai warna.
saya ada 5 set. menjadi mixing bowl saya, tempat defrost ikan, tempat simpan lauk 😍.

Tupperware | Selamanya memikat dan mesti terpikat!
disebabkan dapur saya tiada byk kabinet fixed ke dinding, ni la dia box tempat saya simpan tupperware.
sayang punyer pasal, kan 😄.

Tupperware | Selamanya memikat dan mesti terpikat!
isi di dalam ketiga-tiga box tu.
pertama - tupperware besar saiz petak.
kedua - tupperware kecil-kecil. bekal makanan, freezermate, etc.
ketiga - 5-6 mixing bowl pelbagai saiz. ada yg kecil-kecil juga.


tu jer la...
pakai la sampai lusuh buruk nanti. biar berbaloi membelinya kan hi hi hi...
😊 😊 dah minat, kan. kita beli, kita pakai. baru happy berada di dapur bermain dgn tupperware colourful gini.

jgn tak tahu - ada perempuan yg tak minat tupperware ye. yes, ada! wujud!
minat mereka kat brg dapur yg lain . Le Creuset ke, Portmeirion ke... 😄  bekas plastik makanan Ikea ke.
ada sorang member saya. dia memang sgt olskul ye. pinggan mangkuk dia adalah yg zaman mak-mak kita dulu. warna putih bunga kaler merah or hitam tu.
then, kuali periuk, dia guna kuali cap crocodile tu. periuk aluminium yg ada bermcm saiz tu, yg selalu kenduri-kendara buat masak atas kayu api tu. alas meja makan dia pun guna kain batik tau!
rare tak rare? tinggal tu hah kat cyberjaya, tapi, kat dapur olskul. nice!
so, sama-sama la kita kongsi perbezaan & kegembiraan kita semua 💜💜💜.