assalamualaikum 😊
lama jari-jemari saya tak menaip di ruang blog ni.
berbulan lamanya. bermulanya masuk kerja selepas PKP fasa 5, terus terabai blog ni.
byk kisah nak dicoretkan. namun masa amat mencemburui...
kesibukannya dtg mcm taufan, tak berkesempatan langsung nak luangkan masa utk blog 😅.
saat ni tidak sibuk ?
oh, tidak. rindu kat blog ni dah tak tertahan. update sekejap buat hilang rindu!
apa nak dikongsikan ye ?
takde apa. borak kosong saje.
ke mana pun kini, saya takkan lagi tanpa facemask. ni time di hospital, Khamis lepas, bawak Nurin check-up gigi. |
hari ni saya berpuasa ganti. teman mr.asben.
mr.asben sgt rajin puasa sunat setiap Isnin dan Khamis.
lagipun, hari ni tiada apa yg penting nak dibuat. tak perlu ke sana ke mari. stay office je.
10.6.2020 saya kembali bekerja. tidak lagi bekerja dari rumah.
agak lama juga bekerja dari rumah iaitu dari 18.3.2020 hingga 9.6.2020.
masuk kerja, hmmmmm tak lengah-lengah la kerja dtg, bagai taufan yg melanda!
tak sempat nak bernafas. hingga akhir ogos ni pun da full dah jadual kerja hakiki.
SOP MKN untuk Pusat Latihan Awam kami nak kena ikut. utk peserta. utk urusetia.
bilangan peserta pun kami kena kurangkan. sebabnya penginapan terhad kpd 1 org 1 bilik.
byk kursus yg tertangguh dek PKP kena rescheduled. ditangguhkan. dibatalkan.
sememangnya pandemik covid-19 ni beri kesan yg besar pd kehidupan kita.
normal baharu kehidupan kita sedunia!
now pun dok timbul kluster demi kluster dlm negara dek perbuatan org yg tak bertanggungjawab!
hmmmm... moga Allah angkatlah virus covid-19 jahat ni dari muka bumi dgn segera.
dan kita bakal nikmati kembali keindahan hidup seharian...
weekend lepas, sempat la riadah dgn keluarga.
Sabtu lepas di padang di sebelah Zoo Melaka. Ahad ptg plak, kami sekeluarga ke Taman Botanikal.
riadah dgn normal baharu. semua org yg hadir pun sgt menjaga jarak fizikal.
dpt la beribu-ribu langkah berjalan dgn happy. nak berlari, takut urat seluruh badan terkejut 😆😂.
Sabtu 8.8.2020 |
Ahad 9.8.2020 |
hmmmm ni pun kaki dan tangan ada rasa sakit-sakit skit 😂.
dah berbulan kan badan ni berehat tenang tak bersenam. baru berjalan ribu-ribu langkah, dah sakit ha ha ha ha...
ok orait ok orait.
tang sini je dpt menaip. nak sambung kerja hakiki.
nanti berkesempatan, saya blogwalking ye 👌. in shaa Allah...
bye 😉
11 Comments
wah , bagus memang kena banyakkan berjalan lagi lagi kalau dah lama stay dekat rumah mcm musim sekarang ni
ReplyDeleteSelamat kembali ke blog.
ReplyDeleteWalau masih dalam langkah berjaga-jaga sebahagian besar aktiviti sedikit demi sedikit kembali seperti sedikala.
ReplyDeleteSelamat berpuasa kak. Alhamdulillah, seronok dapat beriadah jaga kesihatan.
ReplyDeletestay safe aida :)
ReplyDeletetak apa, buat draf post dulu....nanti baru sambung. Selamat berkerja....
ReplyDeletewww.oohsenyum.com
Itulah tertanya2 ternanti2 juga Aida update blog hihi... Takpe, fokus dulu pada kerja. Yang less priority kendian pun takpe :)
ReplyDeleteakak lewat sebulan mula kerja, dana awal bulan 5 dah kerja di pejabat cuma masih ada sistem penggiliran, bulan 7 dah mula datang penuh 5hari seminggu... dan bulan 8 dan mula spt biasa
ReplyDeleteselamat berpuasa ya...
ReplyDeleteriadah tapiii take care tauuu :)
covid asyik merebak lagi
wow sibuk ye.. semoga kita semua dilindungi dari pandemik
ReplyDeleteBila sibuk datang menjengah memang tak boleh buat apa..
ReplyDeleteselamat berpuasa aida..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.