assalamualaikum & salam sejahtera 😀
nak kongsi kegembiraan 😃. gajet laman untuk mesin rumput.
sekarang halaman dah berumput karpet (rumput karpet filipina), maka, wajiblah beli mesin rumput. dah pun 2 kali gunakan utk mesin rumput - 2 bulan sekali je. previously, sebelum tanam rumput karpet, bila rumput dan lalang dah sihat-sihat menggebu kat laman, terus la call mr.Rohingya, si pemotong rumput. sekali potong RM60 - RM100.
jari merayap-rayap di carian google, mencari maklumat tentang mesin rumput. nak yg ringan dari jenama yang bagus. yg pasti, mencari mesin rumput yang terbaiklah kan. kurang merbahaya dan mudah diselenggara. penting! harga berpatutan. mampu milik 😉. begitu begini begitu begini. dgn izin mr.asben, saya pun beli la BLACK & DECKER GL300 Grass Trimmer GL300 (300W) ni.
free 15m trimmer line 👍
hmmmm nampak mudah je mr.asben memotong rumput. tapi hakikatnya tak mudah. sepagi dia memesin rumput, sepetang lepas tu tangan dia berasa mcm bergetar (vibrate) 😔. aduhai... kesian jugak la. halaman berumput 385 kaki persegi je, tak besar, tapi nak bagi clear, tak mudah. nasib baiklah bukan selalu kena mesin rumput. 2-3 bulan sekali. mesin rumput ni tak berat. ringan. tapi getaran dia tu yg buat badan mr.asben sama-sama bergetar. tapi ni tak la permanent ye, very the minor getarannya. tak perasan pun, dia sendiri yang berasa the vibration. belum biasa, gitu lah. next time, in shaa Allah, saya plak nak try memesin rumput.
note : saya pinda ye perkataan 'menggigil' kepada 'bergetar' 😅. tq kpd friends yg komen. beri saya ilham perkataan yg betul utk menggambarkan mesin rumput mini saya ni.
moga lama la mesin rumput ni dapat berbakti. harga pun berpatutan - RM129, beli di Shopee 😄. saya suka! saya suka! namun tak dpt la beri recommendation. masih terlalu awal utk disyorkan.
hujung minggu ni takde ke mana-mana.
stay at home. masak-masak. anak-anak pun dah kena ready utk exam akhir tahun. terutama kak Nurin, form 3. PT3 takde, maka exam akhir tahun adalah penentu aliran apa yg bakal kak Nurin dpt form 4 kelak. tu yg menjadi kerisauan saya! hu hu hu hu...
esok nak beli brg dapur. masak-memasak di hujung minggu. and saya da plan utk membersihkan kawasan berumput luar laman. ada pokok bunga vinca yang perlu saya kemas, da lama tak dibelai. pasu-pasu bunga rose jepun yang dah tua, saya nak buang dan replant. rumput liar nak saya cabut dan buang. nak repot pokok cili padi bara dan cili merah. replant pokok daun kesum.
😮 wah! byk nyer hu hu hu... 😅
in shaa Allah 😊
20 Comments
Black & Decker ni jenama terkenal, insya Allah tahan lama.
ReplyDeleteKalau mesin rumput biasa yang kat badan tu, memang gegar satu badan. Rupanya yg jenis trimmer ni pun sama jugak ya..
yes. sebab tak biasa lagi, kan :) hi hi hi... once dah pro, kurang la gigil tu, in shaa Allah :)
Deletekalau yg pikul belakang badan tu, lagi gigil kot. and x brape baik utk badan kita. itu yg aida baca-baca la.
itu yg just grab trimmer ringkas gini.
Alamak susah juga..dah efek pulak lps guna..kan..
ReplyDeleteefek dia bukan permanent. sebab baru 2 kali gunakan. few hours aje.
Deletetak pernah beli mesin ni, mula2 baca tadi macam best pla mesin ni. tapi part buat gegaran ikut kat badan. hm macam risau pula heheh btw, goodluck utk anak akak 💪
ReplyDeleteefek dia bukan permanent. sebab baru 2 kali gunakan. few hours aje.
Deleteye la, kami ni keje pejabat kan. bila tetiba mesin rumput, ha ha ha ha ada le skit rasa gigil nyer :)
Comel sangat tu yang kena ambil masa kot.
ReplyDeleteMesin yang pikul kat belakang tu pun vibrate juga bila pertama kali anak Mrs. A guna
kan. tapi tu utk laman besar. laman aida sejemput aje. segan plak nak beli mesin rumput yg besar hi hi hi...
Deletesy simen semua laman rumah sbb x nak naik pokok2 kecil n lalang. cuma tinggalkan sikit ruang bertanah utk cucuk tanam serai, cili n ubi.
ReplyDeletelaman saya ni, da simen separuh, di bahagian belakang, abamKie. sama la tujuan, x nak melayan terlalu byk rumput liar / lalang. sejemput di depan ni memang simpan utk kasik view green :) tak tanam apapun kecuali 2 pokok berdaun. pokok lain semua dlm pasu.
Deletesyoknya rumah ada halaman sendiri
ReplyDeletealhamdulillah...
DeleteNampak macam senang. Tapi susah juga nak handle tu. Jenis yang tolak tu paling senang tapi mahal pulak harga dia.
ReplyDeletehmmm mr.asben aida sedang consider nak beli yg tolak tu, fiza. tapi aida yg bangkang :) ha ha ha ha... tgk la in the future camne, kan.
DeleteMacam mudah je ade Grass Trimmer ni kan, tak yah upah orang lagi..hehe kat KL iena dok condo, so pakai rumput artificial je dekat balcony (^_~)
ReplyDeletetu la tujuan nyer iena. lgpun laman kecik aje, ok la sendiri trim :)
DeleteHusband saya ckp.. Da ada rumout carpet kena trim selalu bagi dia sama paras n cantik2 ja
ReplyDeletebetul. gitu juga aida dinasihatkan oleh tukang tanam rumput ni ari tu, alia. lebih elok dia suruh beli yg jenis tolak tu, agar sama aje tinggi nyer. tu nanti-nanti lah :)
Deletesama macam suami saya punya, dia dapat free tebus mata kad kredit hahaha
ReplyDeletelagi jimat juga sebenarnya kalau potong rumput sendiri. hasilnya juga lebih puas!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.