assalamualaikum & salam sejahtera 😊😊
on the way ke office pagi-pagi, suka dengar celoteh Jep, Angah dan Rahim di radio SinarFM. topik yang mereka bawa ada satu pagi tu, minggu lepas kot, pengalaman diuji dengan duit! siap-siap diorang berkongsi la pengalaman hidup susah masing-masing. da jadik artis pun masih diorang kesempitan duit 😓.
then dengar perkongsian demi perkongsian oleh pendengar. sedih rasa hati. sebak mendengarnya. aduhai...
lain padang, lain belalang.
lain orang, lain dugaan.
alhamdulillah dengan rezeki yg Allah kurniakan buat saya dan mr.asben. cukup segalanya. syukur. kehidupan kami dan anak-anak cukup selesa. alhamdulillah. kami hidup cara sederhana saje. tak la bermewah-mewah. ukur baju di badan sendiri, kan. ada la time nyer kami diuji dengan duit. tapi, tak la beri kesan kepada kehidupan seharian. ujian yang ringan-ringan saje.
gambar anak-anak sebagai hiasan...
Julai lepas, birthday Izzat, kami celebrate di Pizza Hut.
tapi tu la, bila dengar radio pagi tadi, terkenang zaman kanak-kanak saya 😔. banyak yang tiada dari ada. masa tu, saya tak terasa akan "ketiadaan" itu. saya just go with the flow. yang penting ada abah dan emak depan mata. tak meminta-minta. tak la sehingga tersekat langkah mencari ilmu. saya dan adik la tukang gi kedai, beli barang tapi tak bayar. sebab kami ada buku 555. cukup bulan, abah dapat duit, baru bayar. tapi sekarang bila terkenang semula, rasa sedih dan sayu. sukarnya lah hati abah dan emak masa tu nak besarkan anak-anak.
baju? dapat pemberian saudara-mara. sesekali je dapat baju baru.
makan? makan yg asas la. nasi. telur goreng. kicap. sambal. alhamdulillah.
masa tu, abah dan emak bersendirian 😞. saudara-mara menjauh! amat jauh! bila teringat, rasa marah dan geram pun ada. now, bila kami-kami semua dah kerja dan menyenangkan abah, slowly saudara-mara tu datang semula jumpa abah dan emak. hmmmmmm...
abah dan emak susah bukan sebab abah takde kerja, bukan abah malas bekerja, abah tak nak kerja... bukan! ada sebab mereka dan kami tahu apakah sebabnya tapi tak dpt lah dikongsikan di sini. keadaan menjadi lega bila kakak-kakak saya sudah bekerja. alhamdulillah. abah dan emak da releks.
saya dan mr.asben bermula dari sifar. apa yang kami ada kini bukanlah "diberi" tapi kami beli dengan titik peluh kami sendiri. kami sama-sama bukan dari keluarga yang senang kaya-raya. tapi itulah titik kebahagiaan kami di mana kami boleh rasa bangga. from nothing to everything 💪.
"Biasakan diri dengan hidup susah kerana kesenangan tidak akan kekal selamanya..."
saya suka kata, "bahagia itu kita yg cipta". maka, kenapa nak bersedih bila kurang dan teruja bila lebih dari orang lain? kita pernah rasa susahnya hidup. maka, apa yang ada ni kita hargai sebaiknya. sebab pada bila-bila masa Allah boleh tarikbalik nikmat tu.
terkenangkan yg ramai terkesan dek PKP ari tu. meskipun dah lama berakhir (10.6.2020 keadaan da jadik mcm biasa), namun kesannya mungkin mereka masih rasa hingga kini. nak mendaki semula menstabilkan ekonomi keluarga. kuman kecil bernama covid-19 ni mampu menjahanamkan segalanya dlm sekelip mata - ekonomi, nyawa, bahagia...
jika ada yg membaca ni dlm keadaan sedemikian, bertabahlah ye. orang takkan tahu how difficult it is until dia sendiri merasainya. orang takkan faham! kita adalah kita, susah senang kita yg rasa, kan 😞. bagaimana sukarnya ibu dan ayah nak beri anak-anak makan, lengkapkan hidup anak-anak dan berikan mereka keriangan hidup yg sempurna.
di pagi Jumaat yg penuh kesepurnaan ni, sama-sama la kita berdoa moga kita semua kuat dlm menghadapi pe pun masalah ye 💪. aminnnn...
5 Comments
Pernah hidup susah juga dulu. Sedih dan sebak bila terkenang semula. But Alhamdulillah semua semakin ok. Nak kata mewah tu tidak. Janji cukup. Yang penting sederhana, hidup pun lebih tenang.Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)
ReplyDeleteHonestly klu bercakap tentang ni...
ReplyDeletenieyl sendiri pernah di uji, kesempitan duit yg memang menguji kami suami isteri. Tapi Alhamdulillah, setiap ujian yang Allah beri tu, Allah nak uji kita.. skrg Alhamdulillah, tidaklah mewah tapi semuanya cukup makan pakai simpan.. :)
Pada yg baca komen ni, if korang berada di tempat tu skrg, jgn sesekali putus asa okay..usaha selagi kita mampu...
Bila kita pernah hidup susah, hanya kita sendiri faham betapa strugglenya untuk meneruskan kehidupan bila diuji dengan duit ni. Alhamdulillah bersyukur dan bahagia dengan cara kita sendiri :)
ReplyDeletethanks for the share...rietta pun bukan datang dr keluarga senang....namun bila msing masing dh bekerja....dapat la tampung sedikit demi sedikit lompang dalam keluarga...
ReplyDeleteBila kita membina hidup dengan pasangan dari bawah, memang terasa kemanisannya.. Tambah bila ada pengalaman yang menjadikan kita dewasa dan matang..
ReplyDeletesebab dan kesan untuk perkara yang satu masa dahulu kita rasa susah menjadikan kita insan yang sanagt bersyukur kan Aida.. Tq share Aida..
semoga semuanya baik-baik sahaja buat mereka yang terkesan sepanjang PKP, PKPD, PKPB ini..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.