assalamualaikum & salam sejahtera 💚
diharapkan semua yg membaca coretan saya ni dalam keadaan yang amat sihat, bersemangat dan gembira ye. kualiti hidup kita mestilah dijaga pada setiap masa. stress tu di mana-mana. sedih tu pada bila-bila. kita tak boleh elakkan 😌. namun, tabahlah. lalui dengan rasa bahawa "ia akan diselesaikan". bahagia itu kita yang cipta. tabahlah...
apa yang penting sekarang, kena ingat 👉 Pembudayaan Norma Baharu di Pejabat. jangan sesekali alpa! jangan sesekali lupa! jangan amik ringan!
gambar kredit kepada CPA JKDM
- Pakai pelitup muka di tempat awam. WAJIB! tak kisahlah bergejala ataupun tidak ye.
- Jalani saringan suhu badan. WAJIB! ikutlah syarat yang dikemukakan oleh tempat-tempat yang ingin dikunjungi tu. just hulur dahi and scan suhu. mudah 👌.
- Imbas QR code melalui aplikasi yang disediakan bagi merekodkan kehadiran. terbaik adalah download apps MySejahtera di phone. semua mesti dah tahu kan, ini akan memudahkan kita sendiri bila mana ada kes-kes positif di mana-mana tempat yg berkenaan, kita mudah dihubungi.
- Kerap cuci tangan atau gunakan hand sanitizer.
- Amalkan penjarakan fizikal. WAJIB! bila orang di sekitar kita tidak menjaganya, kita ingatkan. kita amik jarak fizikal kita sendiri dari mereka. biar mereka nampak. biar mereka ikut. mudah, kan 👌.
- Elakkan bersalaman atau bersentuhan. INI PALING UTAMA! sendiri mahu ingatlah, kan...
sedia maklum bahawa sebab utama kenapa PKP seluruh negara tidak diwartakan oleh kerajaan adalah kerana faktor ekonomi. PKP dari 18.3.2020 hingga 9.6.2020 telah beri impak yang amat besar kepada sesetengah individu, bukan hanya di Malaysia, tapi seluruh dunia 😔. ekonomi individu terjejas. ekonomi keluarga jadik teruk! ekonomi syarikat apatah lagi. diberhentikan kerja? terus tiada kerja? dipotong gaji? namakan saje.
gambar kredit kepada CPA JKDM
oleh kerana itu, PKP kali ni di beberapa buah negeri, tetap keadaan persekitaran seperti biasa. kereta di jalanan, orang sektor swasta pergi kerja. orang berniaga tetap berniaga. kompleks membeli-belah tetap dibuka, malah ada yang buka di waktu anjal, lebih masa dari biasa. maka, amalkanlah pembudayaan normah baharu di tempat kerja. PENTING!
#KitaJagaKita 💪
7 Comments
good sharing
ReplyDeletehttps://norminieza.blogspot.com/2020/10/angan-merintih-iqa-nizam.html
Kita haruslah sentiasa berjaga2 lagi2 sekarang ni kes pun tengah mencanak naik. Lagi kena berhati-hati
ReplyDeleteBudaya normal baharu yang dah boleh adapt buat masa sekarang ni. Semoga usaha kita semua berhasil memutuskan rangkaian covid-19. Angka bertambah setiap hari buat jadi terus risau. huhu
ReplyDeleteSekarang ini yang penting kita sendiri kena bertanggungjawab atas diri dan keluarga. Sudah tiba masa untuk kita betul-betul sesuaikan diri dengan norma baharu. Tidak boleh leka. :)
ReplyDeletemoga moga cepat terputus rangkaian wabak ni, tapi walau pun terputus, norma baharu ni perlu terus berjalan kan.. utk elak penyakit lain
ReplyDeletebetul aida mama setuju.. kita jaga kita dan berdoa agar allah jaga kita juga
ReplyDeleteBudaya norma baru yang perlu dipatuhi demi kesihatan dan keselamatan bersama..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.