assalamualaikum & salam sejahtera 😀
perempuan dan masak, memang secara semulajadi tidak boleh dipisahkan. tinggi mana pun taraf pendidikan, tinggi mana pun kedudukan, banyak mana pun duit, tetap bila di rumah kena masuk dapur. tak setiap hari, at least during weekends 😀.
perempuan tak tahu masak? ada, tapi tak banyak. mungkin dia tak tahu masak lauk melayu, tapi dia pakar bab pastri dan pencuci mulut. mungkin dia tak pandai nak masak western food, tapi dia mahir bila suruh masak chinese food. lebih-lebih zaman ekonomi meleset sekarang ni, kalau boleh semuanya nak homemade. jimat! sedap pun lebih sedap 😋. sekarang resipi semua di hujung jari. carian google tu sedia berbakti pada bila-bila masa. dengan hanya berkongsi resipi online, tu dah menjana pahala. itu la yang kita cari sebenarnya.
meh nak kongsi koleksi buku resipi saya. ni pun byk yg dah hilang dari radar. last year pindah rumah, ni je dpt diselamatkan. dulu, buku resipi ni lah byk mainkan peranan di dapur saya. nak masak mula-mula dulu, selak muka demi muka, mencari resipi yang paling mudah ha ha ha ha ha... ikut satu-satu bahan dan cara membuatnya. iye lah. saya ni tak pandai masak sehinggalah beranak sorang tau! sebelum tu, beli aje kat kedai 😆. malas tu satu hal lah kan, tak payah la nak cover sgt. alasan kedua, makan berdua aje, lebih mudah beli je nasi 2 bungkus.
masak ni is very subjective. tgn lain-lain, kan. apatah lagi fikiran 😅. end product will be never be the same meskipun resipi tu 100% follow. sebagai contoh, resipi mak mertua saya, follow dah perfect, still di tekak mr.asben berbeza. masakan mak dia sedap lagi la 😅.
tadaaaaaaa... sekali susun, boleh jadi kipas gergasi!
ni adalah keratan resipi dari beberapa buah majalah.
majalah yg bukan majalah resipi, saya hanya ambil keratan resipi je.
majalah induknya, buang.
ada juga nota-nota di kertas A4 tu hah, hasil saya pergi belajar masak. ada la beberapa kelas masak saya hadir - hands on classes, PJJ classes,... then, pantanglah tonton program masak kat tv, mesti gatal tangan nak menyalin resipi ha ha ha ha... salin wajib salin, buatnya ntah bila! saya suka join kelas masak. kebetulan persatuan wanita di ofis pun sgt kerap buat demo masakan. apa-apa tips yg penting buat saya, saya salin. hasilnya, tu hah, ada yg kertas A4 yang dah lusuh, berminyak-minyak, bertompok-tompok 😄 ha ha ha...
buku resipi percuma beli Air Fryer Philips bertahun-tahun dulu...
ni pun buku resipi free, beli spageti dan cornflakes.
Chef Wan tu yg mahal! my feveret chef. tak kedekut ilmu, tu yg murah rezeki dia 😄.
buku resipi kak Chef Hanieliza 😊 101 Resipi Menggunakan Pemanggang Ajaib.
💛💛💛
antara koleksi buku resipi saya yg awal-awal dulu, baru kawin kot.
koleksi buku resipi Senangnya Memasak 💜.
lama dah tak beli majalah Mingguan Wanita 💛.
lain chef / tukang masak lain cara rahsia. kita kena byr utk tahu cara rahsia tu. kemudian, kita sendiri apply those tips, style, corak, jenis dan apa yg berkaitan utk menjadikan ia terhidang atas meja. kita improvise. guna apa ada. bukannya kita mengaku resipi sendiri. sesuka hati tempek dlm blog resipi org 100% ha ha ha ha... saya suka tukar resipi tu jadi mudah dan guna bahan senang dapat.
bila sukses, kena dengan tekak saya dan keluarga, saya terus simpan dgn cara share "resepi improvise" tu dlm blog. so that, the next next time saya buat, refer to that resepi only. hasil pun sama je tiap kali buat.
saya juga peminat program memasak kat tv. kalau ada, mesti saya di barisan depan tv tu. anak-anak sgt faham la. siap-siap rekod program tu guna phone. kita nakkan their secret recipe, secret style, secret of everything lah. obviously diorang dpt semua tu pun dari pengalaman mereka, parents or friends. diorang pun menjalani proses yang dipanggil improvisation.
secara amnya, resepi semua hampir sama, just lain tukang masak, lain style. hasilnya sama. tapi ada "secret recipe". that secret lah yg kita nak tahu. kenalah "beli" kan 😎 kena berguru. sebab, sebenarnya, resipi tu ada je free dlm YouTube or dikongsi oleh blogger. the secret tu yg penting untuk kita. terutama, kuih-muih melayu. until now, saya masih tidak master dlm buat kuih melayu - kuih kasui, kuih seri muka, kuih cara berlauk. bebila free, nak attend classes kalau sesuai dgn waktu office.
jgn pulak kita jual resipi orang, jual video masak orang. tak boleh la buat duit atas usaha orang lain, kan. kena la ada usaha sendiri. be kreatif 😉. saya suka nak share idea bernas sorang peguam yg menghasilkan banyak e-book perundangan dan share perihal undang-undang di facebook. ada pembeli e-book dia menjual e-book beliau semula di laman shopee dgn harga yang sangat murah. dia amat marah! menurutnya, jgn la dikongsi / dijual e-book itu, tapi kongsilah apa yang kita dapat (manfaat) dari e-book tu. apa yang penting, jgn sesekali kongsikan e-book itu tanpa izin penulis asal.
moral of the story is kita kongsi versi kita = lebih baik, jgn kongsi hak orang lain. lepas dah kongsi, kita promosikan agar org lain beli e-book penulis asal tu utk maklumat lebih tepat. sebab, kita bukan penulis asal. maka, apa yang kita sampaikan tu takkan sama atau akan jadi tidak tepat setepat penulis asal.
berbalik kepada kes e-book perundangan di atas tu, penulis asal telah hubungi si penjual secara personal dan menegur serta menuntut apa-apa yg sepatutnya. teguran secara terhormat. dan kes selesai secara baik, adil dan saksama. terbaik 👍. orang kekadang tidak perasan apa yg dibuat tu salah, maka, tegurlah cara berhemah. tak semua benda dlm dunia ni milik kita walaupun milik kita, milik Allah. maka, berpada-padalah dlm menegur orang lain 😀.
bercakap tentang video pula, suka saya nak kongsi yg saya pengikut setia beberapa laman facebook memasak dan YouTube memasak. Rasapop by Khairul Aming, Limau Nipis, Buat Orang Lapo, RecipeTin, Arianna Kitchen, Rasa, Tasty, Seminit Resepi, Afy AL Habibi, Danish's Red Kitchen, SimplySugar..... facebook saya memang bertemakan resipi dan masak-memasak aje. best! resipi sama, tapi lain cara. cara sama, tapi lain bahan. menarik!
siapa yg belum follow facebook mereka, silalah follow sekarang.
most of the time, mereka akan share resepi viral.
berbaloi follow mereka. mereka kongsi percuma tanpa syarat.
tak semestinya follow tu kena masak pon 😆.
amik feel aje ha ha ha ha...
bottom line, i love cooking for my family. berlambak resipi pun utk keluarga. tidaklah terfikir untuk berniaga makanan buat masa ni 😄. sebab takde masa!
"take a minute to breathe and thing about all the things that bring you so much joy."
bila kita rasa stress, kita masak. kita makan. barulah kita happy 😀😀😀. lelebih bila tonton program masak oleh Rizalman, Chef Wan, Michael Ang. memang la seronok. release stress. mendengar diorang membebel pun boleh jadik hilang stress kita.
dari semua sumber ini lah, termasuk resipi emak saya, saya kongsi resipi kat blog ni. utk rujukan diri saya kemudian dan beri manfaat kpd pembaca. dgn syarat, semua resipi tu saya cuba dulu. baru syok kongsi dgn orang lain.
itu la aje perkongsian saya. kisah resipi. tapi jgn la carik resipi diet dlm blog ni ye 😆 memang takde ha ha ha ha ha...
12 Comments
yes.. improvise.. mama suka buat tu. seronok sebenarnya masak memasak ni kan boleh explore dan perasaan tu mcm buat ujikaji sains je everytime memasak..
ReplyDeleteWah rajin kumpul resipi.
ReplyDeleteSaya suka tonton rancangan makanan tapi makanan yang saya suka makan saya suka hafal bahan dan cara masak. Lepas itu cepat-cepat buat supaya tidak lupa.
my mom is like this! suka kumpul buku resepi
ReplyDeleteSuka tengok Khairul Aming.. senang dan ringkas.. Gaya penyampaian pun sempoi..
ReplyDeleteSha pun suka kumpul resepi kemudian try and error.. kalau jadi share dekat blog buat rujukan.. hehehe
Wahh banyak betul koleksi buku resepi. Saya ada beberapa buku je. Itupun dapat hadiah dari orang. Seronok ni kumpul resipi, anytime boleh cuba senang selak buku je :)
ReplyDeleteMemang betul2 minat masak ni, siap join kelas.
ReplyDeletewahh byknya koleksi awak..nampak mcm ade buku yg versi lama2 tu kan..
ReplyDeletebyk koleksi buku resepi dia...kita suka tgk mcm2 resepi..nk2 kalo tgk video..tp mood masak2 tgk mood juga hehe..tp kalo part dessert suka buat..ni esok dh start blk PKPB and work from home, bole la belek2 resepi2 br hehe
ReplyDeleteBanyak nya koleksi buku resepi 😍 saya pun suka tgok khairul aming dan Rizalman buat video masak
ReplyDeleterabia ada byk koleksi buku masakkan ni
ReplyDeleteHehe banyaknya buku resepi 😍 saya tgk kat youtube ja. Pernah beli, last2 anak2 buah pulak ambil sebab banyak gambar kan 😅
ReplyDeleteCik TK suka juga tengok rancangan masak2, kat IG pun tengok masak2... tapi waktu masaknya, main campak2 buat try and error. hehehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.