assalamualaikum & salam sejahtera 😉
alhamdulillah. satu pagi lagi bandar Melaka ni lencun dek hujan yang amat lebat. sejuk suasana. meskipun kelam-kabut nak anta anak-anak ke sekolah, still hujan ni turun bersama 1001 rahmat, in shaa Allah. awal da masuk ofis, sebelum bermulanya pacuan byk roda utk selesaikan kerja-kerja hakiki, pagi ni nak review satu lagi blog kawan.
kali ni, jom ramai-ramai kita terjah dan follow blog Aini. seorang yg agak konsisten update blog. saya sesuai dengan gaya penceritaan Aini yang menggunakan bahasa biasa, mudah difahami, dan ringkas. kisah anak-anak. dikaitkan pula dengan keibubapaan atau cerita tentang pendidikan. since kita sama-sama berstatus ibu, maka tak sukar la saya memasukkan diri ke dalam konteks penceritaan Aini tu. tak kurang jugak kongsi santai-santai tentang agama. saling ingat-mengingatkan sesama kita...
klik di sini ye utk ke blog Aini 👉 Blog Yamanaimy
a beautiful lady 😍
e'eh 😅 waktu screenshot ni tak perasan ada blog sendiri di situ...
tidak pernah sunyi blog Aini.
update secara konsisten setiap bulan.
dari sekitar Jun 2010, Aini dah mula blogging. muda skit la usia dari blog saya ni, 2009. hingga hari ni, tak mudah ye nak maintain kewujudan blog ni 😀. tahniah la utk kita berdua.
"Aini, Aida screenshot ye few paparan di blog Aini untuk dipaparkan kpd kawan-kawan lain. nak menarik perhatian mereka agar berkunjung ke blog Aini😌.
moga Aini kekal blogging, berkongsi cerita dan pengalaman. moga persahabatan kita di alam maya diakhiri dgn satu pertemuan di alam nyata ye. singgah Melaka, sila la roger dulu. dpt aida belanja keria antarabangsa ke, coconut shake Alai ke, belacan 1-2 pek ke... 😂"
0 Comments
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.