assalamualaikum dan salam sejahtera 💜
sedia maklum bahawa di musim-musim penularan virus covid-19 ni, adalah lebih baik kita-kita dok diam di rumah. apapun aktiviti mesti di lingkungan keluarga dan kawan-kawan terdekat. tempat-tempat yang patut je untuk kita pergi. angka yang positif setiap hari amat mengejutkan. kluster demi kluster muncul, nama kluster dah la pelik-pelik dan kelakar la juga kekadang. hingga menjadi teka-teki pada netizen.
di sekolah anak-anak pun ketika ini, ramai kawan-kawan diorang yang dicutikan oleh ibu bapa. alasan ibu bapa adalah kerana risaukan penularan covid-19 ni. anak-anak saya bertiga, masih ke sekolah dgn harapan mereka patuh sepenuhnya SOP di sekolah. in shaa Allah... hati ni risau melepaskan mereka bertiga bersekolah. namun, penting utk mereke ke sekolah. pelajaran masih berjalan seperti biasa dan pada saya pengajaran secara direct dari guru itu paling utama. rugi kalau tidak hadir ke sekolah.
tuisyen ?
dari awal tahun, saya memang berhasrat utk hantar anak-anak tuisyen. Nurin kan patutnya tahun ni amik PT3. Syuhada pula Form 1. Izzat saya berniat nak hantar KUMON je for English dan Maths. namun, dek kerana covid-19 jugalah hasrat saya ni tak tercapai. risau!!!
tuisyen di rumah.
kini, di ambang peperiksaan akhir tahun, saya telahpun sediakan satu sudut tuisyen di rumah. sudut tu di dalam bilik Izzat. bilik itu selesa, ada air-cond and pencahayaan pun terang. bila siang, boleh buka langsir dan tingkap.
ini la bila di mana saya bertukar menjadi umpama singa 😠.
satu papan putih dengan marker pen aneka warna.
satu meja lipat besar siap beralas corak buah-buahan.
kerusi tu, pinjam kerusi Izzat 😂.
meja Izzat yang kecil, sebelah kiri tu.
sewarna dengan dinding hi hi hi hi...
tuisyen di rumah ni berkonsepkan 'satu guru, satu murid'. guru yang bertugas adalah saya sendiri dan kak Nurin. murid pula adalah Syuhada dan Izzat. kak Nurin agak independent dan sebab itu saya tidak banyak nak kena ajar dia di rumah. maklumlah, 2 tahun pernah berdikari di asrama, kan. kak Nurin dilantik sebagai guru Maths kepada Syuhada. subjek lain, saya yang akan ajar Syuhada. Izzat memang fulltime dengan saya la. saya tapaw semua subjek hu hu hu hu...
kalau ngadap buku saje, diorang mengantuk dan boring. maka, saya akan conteng-conteng di whiteboard. bila turn diorang, menulis ke, melukis diagram ke, saya suruh diorang buat di whiteboard tu. saya peratikan. lebih-lebih Izzat si bujang kecil tu 😄.
jadual waktu.
tiada jadual waktu yang fix. saya belum lagi nak create jadual, ntah akan ada ntah kan tiada. kerana kena consider juga waktu anak-anak nak buat homework. ada kala diorang takde mood pulak. bila diorang takde mood, no point kita ajar diorang, fikiran diorang takkan ada tumpuan 😕. maka, bila-bila masa saje, terutama hujung minggu atau cuti umum. awal-awal saya da maklumkan diorang bila nak buat tuisyen.
nowadays kan da jadik trend tutor datang rumah untuk mengajar. sejam RM40 (tidak kurang) utk satu subjek seorang murid. di Melaka ia dah pun menjadi trend, apatah lagi di Lembah Klang, Johor Bahru mahupun Penang, bandar-bandar besar. ada juga rasa mcm nak apply awal-awal PKP hari tu. tapi, selepas fikir dan fikir dan fikir, takpe lah. saya masih mampu ajar anak sekali seminggu 😅. esok-esok covid-19 da nyah dari muka bumi, barulah difikirkan tentang tutor profesional.
ok la.
moga korang yang sedang work from home dan anak-anak pun bersekolah secara online tu, good luck ye. tak mudah sebenarnya bila semuanya di rumah 😅. faham sgt hi hi hi hi...
24 Comments
semoga sukses anak2nya, dan betul2 semoga tenang2 selalu pada yang wfh hehe
ReplyDeleteBagus gak buat tuisyen di rumah macam ni. kita cuba mana termampu kita buat.
ReplyDeletetu la, fiza. semampunya aje.
Deletetak la segagah mana. tapi, anak2 ni kalau kita tak paksa, mana mau nyer diorang.
selesanya tempat beljar mcm tu. macam kelas dah tu hehe. Kreatif nya Aida
ReplyDeletehi hi hi hi sekadarnya, linda.
Deletenak beri diorang fefeeling gi tuisyen.
nak diorang rasa suasana beza skit dari biasa :)
Cantik bilik belajar anak², siap ada aircond lagi..kelas gitu...
ReplyDeletezaman sekarang, shikin, air-cond ni da mcm keperluan.
Deletesebab bila panas melanda, diorang tak selesa!
kesian la pulak, kan.
kita air-cond selesa, diorang pun nakkan selesa mcm kita.
bertabahlah byr bil tnb :) ha ha ha ha...
wah..sgt bagus.
ReplyDeleteAkak boleh punya, cayok2...
ReplyDeleteAkak dana nak minta alamat akak, nanti email kat dana ye
norhidana@gmail.com
wow suasana dah best dah tu..
ReplyDeletepart ngadap buku je ngantuk tu memang Sha sokong..
ReplyDeleteSama je dengan anak dara Sha yang kecik ini.. Bila ngadap buku je ngantuk..
kan.
Deleteitu yg aida cuba create space ni, sha.
biar diorang ada ubah-ubah tempat.
ubah-ubah cara.
cantik sangat ni. macam dah rupa pusat tuisyen profesional. bagus aida. keep it up. semoga anak-anak fokus belajar dan cemerlang dalam pelajaran
ReplyDeletetq.
Deletesemampunya aje :)
in shaa Allah...
Bagusnya akak ni.. Respect saya kak
ReplyDeleteyg mampu aje, alia.
Deletenak lebih-lebih karang, cikgu ibu ni bukan nyer sentiasa rajin :) ha ha ha ha...
ulangkaji dgn whiteboard ni, ok. ngadap buku aje, bosan, kan :)
wow bestnyaa parents sediakan ruang untuk study macam ni.. beruntung anak2. mudah2an diorang gunakan kesempatan untuk study baik2.. saya dulu ada jugala meja mini hahaha tapi ended up bawa semua atas katil juga study..
ReplyDeleteso far anak-anak akak berdua ni x pernah lagi study atas katil.
Deletesebab, ending up diorang akan tido atas katil tu!!! itu yg akak larang keras study atas katil :) ha ha ha ha
Wah nice suasananya... Bagus akk ni ajar anak tuisyen sendiri!
ReplyDeletepaksa diri, cik TK. kalau diikutkan perasaan sebenar, hu hu tak pandai!!!
Deletetapi tu la, sendiri kena baca buku demi nak ajar anak.
tapi tak la tiap hari. tgk keadaan dan kesibukan diorang :)
Bagusnya Aida siapkan tempat belajar selesa macam nie untuk anak-anak. Semoga cecepat lah hilang wabak covid nie kan.. banyak yang terjejas..
ReplyDeletemmang mencabar nak buat tuisyen di rumah dengan anak-anak ni..kena banyakkan bersabar..
ReplyDeleteKemas dan selesa macam ni, pasti semangat nak study tak serabut boleh fokus...
ReplyDeleteBagusnya mama jadi cikgu! Wahhhh...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.