assalamualaikum & salam sejahtera ๐
๐pantang la ada tarikh berganda, kan. mesti ada sales di mana-mana, online or offline. aduhai, dugaan sungguh! bukannya kita boleh buat-buat lupa ada sales. kat tv dok iklan. kat radio apatah lagi ๐. fb ads pun bukan main floating di mana-mana ruang fb kita. dugaan!
da belek-belek juga shopee & lazada semlm. hmmmmm... kalau ikutkan nafsu, klik klik masuk troli aje kan. memang ada yg murah! harganya tu amat la berbaloi. tapi tu la, di zaman kemelesetan ekonomi ni, tak boleh nak sesuka hati shopping yang tak perlu.
tapi bukanlah semlm. dari awal bulan ari tu dah sukses membeli dah. lambat sangat nak tunggu hingga 11hb ๐. beli buku latihan Asas Sains Komputer (ASK) utk Syuhada. beli novel utk kak Nurin. dan beli tray cover.
mesti semua familiar dgn tray kuning ni, kan.
kalau org jual roti or bombolini, sure letak dlm ni.
saya ada 3 tray kuning ni, mudah bila meroti kat rumah.
da lama mencari penutupnya di Mydin, Family Store, M. DIY,...
hmmmm di Shopee juga akhirnya ๐ selamat dpt 3 tray cover ni.
novel utk kak Nurin ๐.
buku ASK utk Syuhada ๐.
alhamdulillah, semua da terima dgn selamat. yg penting-penting aje saya beli.
kebetulan, mencari buku ASK utk Syuhada tu di kedai buku, tak jumpa. adik di Popular tu yang cadangkan agar saya beli di Shopee. sama juga dgn novel Matahari (Tere Liye), menunggu Big Bad Wolf takkan ada lagi. even di website BookXcess pun takde! Shopee ada rupanya ๐.
Bumi dan Bulan beli dulu di Big Bad Wolf.
Matahari not available masa tu.
once dah habis baca, Bumi dan Bulan, barulah kak Nurin inform yg tiga buku ni berkaitan.
hmmmm itu yg usaha cari utk kak Nurin.
maka, itu yg kalau ke kedai buku, hunting for Matahari. tidak berjumpa. setelah sekian lama, last week barulah kak Nurin kata, "ibu beli lah kat Shopee. Nurin rasa mesti ada...". hmmmm, baiklah. ibu ni bukan kaki novel ๐, mana le tahu kat Shopee ada jual novel.
maka, mulai sekarang ni nak kumpul dlm wishlist, apa nak shopping utk 12.12 kelak.
wajiblah kita join kalau ada harga murah dan free delivery, kan ๐.
8 Comments
rabia stop shopping dgn shopee hehe.. sebab dh membeli dh bru2 ni
ReplyDeleteHari-hari ada yang rajin ingatkan masuk ke email.Hehehehehe.
ReplyDeletefinally online shopping la sngt memuaskan hehehe
ReplyDeletehahah my 11.11 shop tak sampai lagi pun ..huhuhu
ReplyDeleteMesti puas hati apa dicari sudah jumpa.
ReplyDeleteTidak sangka beli dalam talian lagi murah.
Novel Tere Liye tu ada lagi tau sambungan dia.. Siri Bumi tu kalau tak silap ada 9.. Yang terbaru Nebula.. Sha tak mula lagi baca siri ini..
ReplyDeleteAniez terjebak..samaaaa laaa kite hahaaa ^_^
ReplyDeleteBanyak juga shopping tu kak. Saya tak membeli apa apa pun masa 11.11 :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.