assalamualaikum & salam sejahtera 😊
Isnin, seharian cuaca mendung... tapi nyaman 😍 tak panas. hujan sekejap di belah pagi tadi. selepas tengahari membawa ke sekarang, hanya mendung. alhamdulillah... tapi tu la. bila nyaman, dah masalah mata plak yg datang. mengantuk ya Allah, tak boleh tahan 😴. maka, marilah kita berceloteh di blog. kongsi kisah hujung minggu lepas.
mestilah ada pelakon utama iaitu ibu dan ayah 😄.
selepas tu si ibu hanya dok pantau dari dalam rumah aje...
ayah dan anak-anak dara yang menjayakan proses memanggang hingga ke akhir 👍.
keledek manis dan ubi kentang 😋.
abaikan ye rambut Ijat yang serabai.
berpeluh-peluh tu! anak aktif, tak boleh dok diam seminit 😅.
di situ kami memanggang, di situ juga kami makan anak-beranak. tepi sliding door rumah. nasib baiklah cuaca petang Sabtu tu tak panas dan berangin. tak payah bertungkus-lumus nak mengipas arang agar membakar, angin semula jadi dah ada membantu memudahkan proses bbq. bbq di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje, selesa...
Izzat tidak brape membantu.
tapi dia la yang memeriahkan suasana. berlari ke sana, berlari ke sini. then jadi anak suruhan, "Ijat, tolong ambik tisu..." "Ijat, tolong ambik cawan..." "Ijat, tolong...." "Ijat, tolong...." 😆
seronok. sangat seronok!
bila kita stucked at home ni, pelbagai usaha untuk rasa excited di rumah sendiri, kan. ni la first time kami bbq di tepi halaman ni. halaman rumah pun da sempurna sebagaimana yang diimpikan. maka, aktiviti menyeronokkan ni akan kerap dibuat lah... next in shaa Allah nak tambah 2-3 ekor ikan cencaru, udang dan sotong besar-besar. then buat air asam cili padi! pasti best punyer lah.
👌

11 Comments
activities yg plg best skali !!! bbq depan rumah :)
ReplyDeleteSeronoknya berbbq bersama keluarga. Meriah.
ReplyDeletesedapnya, terus rasa nak suruh suami bakar arang sekarang jugak hehehe
ReplyDeleteSeronoknya buat aktiviti berbbq bersama keluarga. Meriah kan. tak perlu jalan jauh untuk spend masa sama2
ReplyDeleteAktiviti keluarga paling menyeronokkan..bkelah mcm ni..Allah bila boleh dapat mcm ni...Entah la..
ReplyDeleteWah, best tu, bbq. Nampak sedap! :)
ReplyDeleteTime-time sekarang ni, bbq kat rumah pun menyeronokkan 🤩
ReplyDeletesyoknyaaa..dah lama tak bbq ni..rasa last bbq bulan 8, tu pun kat umah prof kat nilai..makan2 dengan staff..
ReplyDeleteAnak-anak tolong. Eratkan hubungan.
ReplyDeleteCantik halaman rumah.
sedapnya keledk manis dan ubi kentang yang dibakar.. hehehe
ReplyDeleteSeronoknya berbarbeque dengan anak anak. sesekali apa salahnya kan.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.