assalamualaikum & salam sejahtera 😊
saya di ofis hari ni. giliran saya bekerja di pejabat 😊. dah ada list dah nak settle kan kerja dgn segera dan sempurna. nak kemas-kemas bilik. next, saya bakal bekerja, in shaa Allah, Selasa depan.
pertama sekali, saya berharap semua pembaca dlm keadaan yg sihat walafiat. dok rumah je ye. nikmatilah anugerah yg Allah kurniakan ni iaitu dok rumah. nanti-nanti bila dah wajib keluar bekerja semula, barulah rasa menyesal sebab time suh dok rumah, merayau. da naik keje, nak dok rumah pulak 😄.
dalam masa yang sama, sama-samalah kita semua berdoa dan terus berdoa agar bencana covid-19 ni diangkat oleh Allah dari muka bumi ini. agar semuanya kembali normal dan bahagia. kluster berendam di Melaka ni makin hari makin menakutkan!!! 😒 apa yang dikongsi oleh sumber yang boleh dipercayai jauh berbeza dgn data yang dibentangkan oleh KKM setiap petang. percaya kan data? atau percaya kan khabar angin? hmmmm ntah la. khabar angin tu beserta bukti bergambar di lokasi yang kita kenal, takkan tak percaya, kan? hmmmm ntah la...
apa yang pasti, saya sgt berhati-hati. kebetulan, bermula hari ni, ofis saya sudah mula amalkan jadual kerja secara bergilir. selebihnya sudah pun bekerja dari rumah = work from home (WFH). maka, tidaklah sesekali nak keluar rumah or ofis tanpa hala tujuan. yang penting-penting saya.
kemas pejabat.
itu yang nak kongsi, amatlah penting utk kita kemas ofis. kita akan meninggalkan ofis lebih kurang 3-4 hari bekerja. maka, tinggalkanlah ofis dalam keadaan yang sempurna meskipun hanya 3-4 hari bekerja. masuk Sabtu & Ahad lagi, kan da lebih byk hari nyer...
- ada stok makanan (biskut, kurma, buah), sila la bawa balik rumah. sayang kalau ditinggalkan. esok-esok, bawak la stok yg baru.
- cawan, sudu garfu, make sure cuci bersih dan masukkan dalam almari bertutup.
- sampah-sarap 😆 sila la buang. perfect timing utk kemas atas meja yg penuh dgn dokumen and rough papers ni hi hi hi hi...
- telekung dan sejadah, bawak balik dan cuci.
diari rasmi. al-Quran pun bawa balik (sebab senang nak sambung kat rumah).
dan satu fail yg aneka dokumen ada di dalamnya 😆.
dokumen lain dah siap-siap save anta ke google drive.
buat ringkasan tugas untuk WFH.
sementara masih di pejabat ni, buat ringkasan tugas utk WFH. tak le nanti, nak buat kerja, tersangkut sebab ada dokumen / data tertinggal kat ofis. siap-siap save apa patut. siap-siap print apa patut. sebab mesti ingat, waktu pejabat kita mesti boleh dihubungi perihal kerja. gagal dihubungi, dikira kita tidak bertugas.
bila bos tanya data, takkan la nak bagi jawapan, "alamak, ada kat desktop ofis". atau "selasa depan saya masuk ofis, saya email kat Puan la". oh, a big NO lah kan. mau mengamuk bos kita. tup tup arahan utk kita WFH terus dibatalkan. naya diri sendiri!!!
kebetulan, bos saya memang da buat senarai tugas kami-kami semasa WFH. so semua da sedia maklum tugas masing-masing, mudah la kan nak perincikan apa maklumat yang diperlukan.
bermula la tugas ibu sebagai cikgu 😆.
pada saya, ibu kepada 3 orang anak yang bersekolah (ting. 3, ting. 1 dan darjah 2), WFH tidaklah aman. bermula jam 8 pagi hingga 3 petang, mesti memantau anak-anak homeschool. saya da pesan dgn diorang, waktu sekolah memang kena ngadap buku. nak rehat, tunggu weekend.
Izzat saya tidak risau. Syuhada saya akan pastikan dia faham semua silibus pelajaran ting. 1. Januari nanti terus proceed dgn pelajaran ting. 2. if tak master pelajaran ting.1, fengsanlah nak faham nanti! kak Nurin saya amat risau!!! PT3 tiada... penilaian akhir tahun tiada... ke manakah arah aliran utk kak Nurin di ting. 4 kelak? 😒 risau!
adakah saya ibu yang over berfikir?
berape bulan sangatlah anak-anak bersekolah, kan, thn ni. berapa dalamkah pemahaman mereka terhadap pelajaran pada tahun ni? tiada penilaian nak kita bersandar utk memastikan yang mereka boleh, mereka faham, mereka tahu... saya sendiri terkial-kial nak ajar mereka. geografi. rbt. asas sains komputer. bahasa arab. matematik.
adakah saya mampu utk complete kan silibus mereka dlm masa 4-6 minggu ni? mana kan nak settle kan keje hakiki. mana kan nak masak dan kemas rumah. nak pantau si kakak, then si adik-adik. batu ukuran yang mana kah saya nak guna utk buat summary nanti? 😔
tapi itu la.
apa yang telah diberikan ni, tetap semua ibu ayah kena hadapi. semua ni ada hikmah yang amat besar. saya percaya, ending nya pasti ok. hari tu dah kita lalui 3 bulan. ini hanya 1 bulan. ok ok jer lah kan.
nasib baiklah da ada ruang khas utk tuisyen dlm rumah 😄. desktop ada sebuah. printer pun berfungsi dgn baik. laptop pun ada. internet laju alhamdulillah...
good luck to us. to all parents and teachers semalaysia 😍.
10 Comments
skrg ni , cikgu antara plg letih kan.. sbb online class ni bukan senang ...
ReplyDeletesgt setuju.
Deletekena siapkan task utk murid. then bukan 1 kelas or 1 subjek, kan.
mana kan lagi nak tgk anak sendiri. aduhai...
cabaran buat guru.
nampak mudah. tapi hakikatnya, sukar.
Selamat WFH
ReplyDeleteJadi cikgu juga di rumah
yes. guru sementara :) ha ha ha...
DeleteAll the best Aida!
ReplyDeleteInsha Allah ada kemudahan di sebalik kesusahan ni kelak...
kita pasti boleh. selamat WFH kak. Semoga aman-aman je semuanya.
ReplyDeleteabe kie lagi kalut. bila menteri pendidikan umum pd 11.40 am yg sek akan mula cuti maka bergegas nak agihkan lembaran kerja kpd murid2 ting 4 n 5. di kelate kan sek hari ahad. skrg ni WFH. harap2 budak2 tu buat la kerja yg abe kie bagi tu. next week baru turn abe kie ngajar kelas on9.
ReplyDeleteMencabar ibu yg ank ramai sbb riso ank2 tercicir kn.. Smoga cpt la pulih wabak covid19 so kita bole jalani hidup mcm biasa.. Kita work from home smp 6 disember
ReplyDeleteItu jugalah yang Sha buat masa awal PKP aritu.. Memang angkut semua makanan bawa balik.. Sekarang ini hari-hari ke pejabat, kena tambah balik stok kudapan.. hehe..
ReplyDeletemencabar sgt WFH ni...shida mcm xsggup je..huhuu nsb la smpai 17/12 sahaja
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.