assalamualaikum & salam sejahtera 😃
kali ni nak kongsi satu tempat makan di Melaka.
ni adalah entry throwback sebab kami ke sana pada 4.10.2020 yg lepas. now only baru sempat nak up dlm blog ni. berkurun lama entri ni dlm draft folder!
Cafe Markisa di Kem Lambaian Danau, Kampung Chin Chin, Jasin ni baru je lagi dibuka sekitar bulan Jun 2020. baru beberapa bulan. masa kami gi tu, waktu operasinya hanya sehingga 6.30 ptg. now, bermula dari 22.10.2020 ari tu, Cafe Markisa ni dah buka dari 11 pagi hingga 10 mlm. sudah pun mula hidangkan dgn pelbagai western food dan pizza yang dibakar dgn dapur kayu api 😱😍. wah da semakin berkembang menu di situ. terbaik!
wow! abis PKPB ni in shaa Allah nak ke sana utk kali kedua.
kali pertama kami pergi ari tu, kami dah rasa ia bukanlah kali yg terakhir. ada byk lagi lauk yg kami nak cuba. tempat yang best dan mendamaikan. agak jauh juga la nak ke sana dari rumah. tapi, bila makan sedap, kepenatan tadi tu pun hilang... pinggan-pinggan kami semuanya licin bersih. alhamdulillah.
Cafe Markisa ni kami dapat tahu dari rakan sekerja mr.asben. tak lengah-lengah, the next day tu terus diajak nyer kami-kami ke sana👍. konsep cafe ni simple. kalau dulu buka hanya dari jam 11.00 pagi hingga 6.30 ptg, mereka hidangkan makanan panas. gayanya ala-ala kedai tomyam la. tapi cafe ni hidangkan masakan melayu tau - patin masak tempoyak, ikan baung masak lemak cili api, daging salai, asam pedas tetel dan ada set kambing grill. sekarang ni, da sampai dinner time, aneka menu western ditambah, semakin bagus la kan. boleh penuhi selera semua orang...
itu dia Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin.
kami ambil meja besar sebab menu yg kami order 'besar-besar' 😃
saya peratikan anak-anak dara saya meronda di titi...
lega hati ni bila diorang da selamat balik sini 😆
anak bujang ni berjalan kat titi juga, tapi dgn ayahnya la...
biarkan dia sorang, mahunya berlari atas titi 😣 scary nak dibayangkan!
tu la aktiviti kami sementara tunggu apa yg di order - bergambar sana sini, ronda sekitar Cafe Markisa 😍. suasana ptg tu amat best tau. dok tepi tasik. angin sepoi-sepoi bahasa. kami berlima pun amat senang hati, gelak ketawa berborak... it was really nice. nicer bila makanan satu-persatu dihidangkan di atas meja.
menu dan harga👆
sambal belacan & telur dadar
ikan siakap masak lemak cili api.
kuah pekat lemak berkrim.
ada plak hirisan kacang botol yg rangup 😍.
ikan kembung masak asam pedas.
nampak tak kepekatan kuahnya?
sebagai org Melaka + Johor, saya sgt puas hati dgn asam pedas ni.
sayur of the day 👍
semua lauk-pauknya mengena di deria rasa. ikannya pun sgt la besar dan fresh! sedap 😋.cukup garam gulanya. cukup asamnya. tahap kepedasannya pun seperti yang dijangka. kami menikmati hidangan dgn penuh rasa gembira dan puas. berebut-rebut nak cubit isi ikan dengan anak-anak. Izzat pun makan habis nasi sepinggan.
jgn risau, ada di google map 👍 😊
nanti-nanti, tiada lagi halangan rentas negeri, boleh la semua di luar Melaka datang mencuba makanan di sini ye. saya rekomen sgt2. tempatnya agak jauh dari bandar Melaka, namun, just nikmatilah perjalanan ikut jalan kampung di sekitar Melaka ni. kenali Melaka adalah kenali Malaysia, kan 😃😍.
13 Comments
Masak lemak dan asam pedas yang memang nampak padu tu.
ReplyDeleteSeronok ya suasana cafe ni sambil makan sambil menikmati views tasik
best nya view...makanan pun sedap..
ReplyDeleteScenery dia cantik sangat..kalau SA memang kat tgh2 jeti tu la...pose banyak2 buat kenangan...bagus kalu makanannya menepati selera...kena letak dalam Wishlist ni
ReplyDeleteWaaa menarikk...nanti ke Melaka boleh singgah makan sini..sedap nengok semua menu tu..
ReplyDeleteAdoi.. memang mengancam lauk pauknya.. Puas hati ini bila secukup rasa makanannya..
ReplyDeletebest kalau pergi kedai yang banyak pilihan :)
ReplyDeleteview menarik..makanan sedap..ape lg..boleh repeat lg dtg kan aniez :)
ReplyDeleteMakanan sedap, view menarik...memang syok makan.
ReplyDeleteTeringin jugak nak ke sini nanti, tak jauh dari rumah kakak di Melaka ni.
Bestnya kak cafe ni. Dahlah tepi sungai, ada titi pulak tu. Seronok makan sambil menikmati permandangan macam ni.
ReplyDeleteSayur pun macam menggamit untuk dimakan.
ReplyDeletecafe di tepi tasik..best ...sambil mkn sambil tgk view tasik
ReplyDeleteboleh tahan cantik lokasi kedainya.. makan sambil tengok tasik..
ReplyDeletelokais kedai dia nampak menarik kan.. bestnya klu dpt pergi
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.