assalamualaikum & salam sejahtera 😉

Sabtu pertama dlm PKPB. pagi-pagi naik motor dgn mr.asben, sarapan berdua di warong tepi jalan. tapaw kan anak-anak roti canai. duduk di kawasan kampung, keadaan memang sgt santai. aman... 

da plan dah dlm kepala, ari ni nak kemas dan susun atur beberapa area kat rumah ni. tak la bersepah, cuma, nak kemaskini susun aturnya. before this dok plan, tapi masa nak execute tu takde. 

maka, sampai aje rumah lepas sarapan, start dah saya dan anak-anak dok la kemas sana, kemas sini, tukar susun atur barang kat beberapa tempat. termasuklah cek balik stok-stok make-up, krim, bedak... ada tak yg dah expired tapi lom guna!!! mesti dihukum buang 😖. tu la tu, dok beli dan beli dan beli, akhirnya gitu aje expired... sedih! splastik dah settle buang. 

then lewat ptg tadi, berdua dgn mr.asben, kemas laman. alihkan pasu. susun atur pasu. jengah anak-anak pokok kacang panjang renek, tomato, ulam raja. esok pagi bersambung kemas laman. sebab dah nak azan maghrib.

hasil berkemas dan susun atur pertama 👇.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
komputer & printer.
ada side table - utk menulis ketika kelas online 👍.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
tepi meja komputer tu, beg baju yg berisi buku kak Nurin.

bila umum penutupan sekolah, semua buku di locker sekolah wajib di bawa balik, kan. tu la dia sebeg buku-buku dia. biarkan aje dlm beg tu agar senang dia nak cari 😄. kak Nurin dan Syuhada memang ada sessi kelas secara Google Meet. itu yg siapkan ruang atas tu utk kemudahan diorang. ari ni la baru saya sempat kemas-kemas selepas 1 minggu diorang homeschool. alhamdulillah...

done kemas ruang komputer. lap memana patut. baru selesa mata saya ni tgk tempat ni. almari buku sebelah tu pun kak Nurin da selamat kemas dan susun atur. situ semua buku-buku cerita, novel dan komik diorang bertiga. byk komik kat situ, dari zaman kakak-kakak kecik hingga la sekarang. kak Nurin memang berulang baca komik-komik tu. now, Izzat pun da suka baca komik 😍.

hasil yang kedua 👉 tentu-tentunya jemur karpet. vacuum dan lap lantai. saya memang tak mop lantai, saya prefer lap lantai. sebab tak semua lantai yg perlu dibersihkan lepas di vacuum. so, beberapa area lantai, saya akan ambil masa untuk lap. slowly hingga puas hati.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
ari ni settle 2 karpet kecik ni dulu.

hasil yang ketiga 👇.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
ni ruang mr.asben. 
al-Quran. tafsir al-Quran.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
dari byk dokumen, da sisih satu-persatu, tinggal la ini aje 😊.

susun atur fail-fail, album dan dokumen penting. sebelum disusun atur, isi kandungan setiap satu dikemaskini dan sisihkan semua yang tak perlu dah. dpt la terus lengkapkan fail LHDN 😏 hi hi hi... kebetulan, rak Ikea Burhult ni baru je dipasang 1-2 bulan lepas. 

bab susun atur fail ini la yang ambil masa saya, belek satu-persatu. terbelek plak dokumen-dokumen lama, tetiba tersingkap memori lama 😍hi hi hi hi... sambil kemas, sambil la bercerita dengan anak-anak kisah slip SPM, kisah testimonial di matrikulasi UIA dulu, dokumen called to the Bar tahun 2003 dulu...

hasil keempat yang paling melegakan 👇.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
selimut-selimut semua dah cuci. 
kumpul semua masuk dlm box. satu kan mereka di satu tempat.
toto dan tilam semua susun di ruang atas.
ntah bila tetamu akan dtg bertandang ke rumah.
sementara tu, semua dok diam di sini ye 😃.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!

alhamdulillah. 
lega la skit bila semua di atas da settle. boleh tidur dgn lena mlm ni...