assalamualaikum & salam sejahtera semua...
semoga semua yg sedang membaca ni berada di bawah lindungan Allah sentiasa. kekal sihat dan ceria hendaknya. kalau ada yang kurang sihat, berdoalah agar segera pulih. sakit pening ni Allah kurniakan sebagai tanda Allah tu ingat kita 😊. jgn berhenti berdoa ye...
satu lagi harta karun yang saya berjaya belek semula bila berkemas hari tu. kisap slip peperiksaan dulu kala, da kongsi cerita kat ENTRI NI, sudilah klik and baca. now nak up entri gelang pink biru pulak.
ibu-ibu sure da dpt teka dah gelang apa 😄.
tadaaaaa...
bukan gelang covid-19 ye 😂. gelang pink utk kelahiran anak perempuan dan gelang biru utk kelahiran anak lelaki. alhamdulillah... gelang ni memang tak boleh compare langsung dengan gelang emas pulut dakap ke, gelang emas pandora ke, gelang emas coco ke... gelang-gelang pink biru ni amat la tinggi nilainya.
- Nurin Nazihah : 23.2.2005 pada jam 9.20 mlm (saya berumur 27 tahun)
- Ain Syuhada : 17.1.2007 pada jam 4.11 petang (29 tahun)
- Muhammad Izzat : 28.7.2012 pada jam 7.38 pagi (34 tahun)
anugerah Allah untuk saya dan suami. amanah... ketiga-tiganya dilahirkan di Hospital Besar, Melaka dan secara normal. meh nak borak-borak 3 perkara berkaitrapat dengan gelang-gelang saya tu.
mengandung tak disangka ?
Syuhada. Nurin masih berumur setahun lebih. tidak meletakkan apa-apa syarat utk anak kedua. tapi, tak la dlm masa terdekat. demam berpanjangan. badan tak sihat. dan datang bulan seperti biasa!!! tup tup disahkan mengandung 5 minggu.
Nurin dan Izzat, memang nak sgt anak. dok kira hari. dok tanda kalendar. dok beli pregnancy test tiap bulan. merasa perasaan kecewa tu bila keluar 1 garisan je 😔.
pengalaman mengandung paling sukar ?
Izzat. mengandungkan dia pada umur 34 tahun amat mencabar. mengandung kali ni lah baru saya berkenalan dgn morning sickness. aduhai 😣, sebelum jam 10 pagi memang tak boleh buat kerja kat ofis. bila ptg hingga nak ke azan maghrib, dia dtg lagi. tahap mabuk yang bila bercakap pun rasa nak muntah.
sepanjang mengandung, 3 kali berlaku pendarahan. masuk je kandungan ke 7 bulan, sudah sukar utk berjalan 😣. kesakitan di pangkal rahim. bila complete je 36 minggu, pergerakan Izzat amat aktif. alhamdulillah. namun tahap kesihatan saya semakin menjunam. sakit badan. hB kurang daripada 7. memang bertahan aje la... 2 - 3 hari, kesakitan menjadi-jadi sehingga saya mengalirkan air mata 😔. namun, di waktu itu saya masih lagi keluar bekerja seperti biasa. sehinggalah 2 jam sebelum melahirkan, petanda awal ialah keluar darah...
bila selamat melahirkan dan jelas kelihatan jantina baby - lelaki, seribu satu kegembiraan dan kelegaan bagi saya di pagi tu. sakit selama beberapa bulan tu terus hilang dari radar 😃.
terasa seksa duduk di ward bersalin ?
Nurin. anak pertama dan kesukaran utk menyusukan awal-awal tu. bersalin kul 9 mlm. jam 12 tgh mlm masuk ward dan terus dpt baby. semalaman tak tidur sebab Nurin menangis saje, tidak berehat. diam bila menyusu. tapi tau la kan, memula tu kan susu tak banyak lagi.
maka, keesokan paginya, bila misi ambik Nurin utk dimandikan, saya turun dari katil dan macam air hujan darah mengalir 😣. memang takde peluang la balik rumah hari tu sebab menjelang tghari, saya disahkan demam hu hu hu hu... tapi malam kedua, saya da bersedialah fizikal dan mental. paksa diri utk bersedia sebab tak nak dok lebih lama di hospital hi hi hi hi...
tiga pregnancy journey. tiga kelahiran. tiga waktu berpantang.
aneka rasa hati dan dugaan. end of it, adalah keindahan 😍 😌.
semoga ketiga-tiga buah hati pengarang jantung saya ni dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, kecerdikan, kefahaman dan kebaikan yang tiada berpenghujung oleh Allah s.w.t. tanpa diorang bertiga, sunyi sepilah hidup saya dan mr.Asben. memang la menyinga tiap ari, tu da kewajipan sebagai ibu kan mendidik anak dan menegur bila bersalah. namun di sudut hati saya paling dalam, kasih sayang sebanyak-banyaknya buat mereka.
teringin ke bergelang pink / biru lagi ?
😆😆😆😆 udah udah le kan. bagi peluang pada yang muda-mudi. umur baru je genap 42 tahun bulan Oktober lepas. maklumlah, bila da 40-an ni kalau mengandung, byk masalah dari tak bermasalah. takpe la... tapi, kalau tetiba Allah kurnia (kes termengandung la kan 😀), kecik tapak tangan, seluas lautan di dunia ni kami terima rezeki itu. tambah seri keluarga...
...ok babai!
23 Comments
Derita yang membahagiakan. Saya mengandung anak pertama, kedua dan ketika memang alahan teruk. Tak tahu hidup di dunia mana, mabuk terawang-awang hidup segan mati tak mahu. Menjelang bulan kelima baru okey. Mengandung anak keempat, langsung tidak ada alahan sampailah bersalin. Masing-masing ada pengalaman tersendiri sewaktu pregnant. Syukur Alhamdulillah. Moga-moga anak-anak terus membesar dengan sihat.
ReplyDeleteaduhai. dugaan kan. ofisment aida ada sorang. tahap alasannya teruk hingga tak boleh hidu bau wangi! ke hulu ke hilir menutup hidung elak dari hidu bau wangi :)
Deletein shaa Allah. pengalaman mengandung ni jadik memori utk dikenang sehingga akhir hayat kita :)
gelang pink ni special... gelang yang lagi mahal dari gelang pulut dakap ye kak, sebab hadiah gelang pink tu boleh di dakap
ReplyDeleteyes betul tu, Dana.
Deletedidakap. dicium. digomol sepuasnya!
Alhamdulillah. Setiap anak ada kisahnya. Ada bukunya masing-masing. Ada uniknya. Semoaga nanti semua terus menjadi anak yang solehah dan soleh.
ReplyDeleteaminnnn...
DeleteSemoga semua menjadi anak soleh dan solehah.. aminnn
ReplyDeletesaya pun ada 1 gelang pink dalam purse, anak bongsu punya masa dia lahir, risau pulak kalau orang nampak musim2 covid ni hahaha
ReplyDeleteha ha ha ha kan :)
Deletekalu buka purse, tetiba gelang pink tu terjatuh, aduhai!!!
memang viral la Syaz.
terasa nak carik jugak la gelang hospital ni... kakmim pun simpan tp dh x ingt letak kat mana.. gelang masa anak² admitted sakit pun simpan jugak.. hihihi
ReplyDeleteGelang paling berharga alhamdulillah :)
ReplyDeletekita pun dah stop sebelum umur 40 ni.Dapatlah sorang pengarang jantung lepas doktor sarankan jangan mengandung lagi...
ReplyDeleteWaah.. besar2 dah anak2 kak Aniez :)
ReplyDeletelain anak lain pengalaman mengandung dengan bersalin dia ea. Sekarang dah besar dah semua, muka nurin ikut ayah dia, muka izzat ikut muka kak aida hehe
ReplyDeletesinggah sini.. thn depan dpt la gelang2 tu. heheh
ReplyDeletealhamdulillah :)
DeleteLa, gelang ni pun simpan.
ReplyDeleteSemoga anak-anak Aida berjaya dan menjadi anak soleh/solehah.
Itu lah pengorbanan seorang ibu..walaupun sakit tetap gembira bila anak lahir..
ReplyDeletehttps://naimyart.blogspot.com/
banyak sungguh pahala ibu yang mengandung dan melahirkan ni kan..alhamdulillah, moga semua jadi anak soleh dan solehah...ameen
ReplyDeleteWah memang mengimbau kenangan.
ReplyDeleteHehe ayat terakhir kalau termengandung itu yang seronok baca.
Alhamdulillah.. Tiga anak.. tiga perjalanan yang tak ada tukar gantinya..
ReplyDeletememori yg takde gantinya, Sha.
Deletebersyukur sgt2 dgn anugerah ni.
Alhamdulillah merasa pengalaman yang indah tu kak. setiap anak lain pengalaman dia kan. saya masih belum ada pengalaman lagi. Moga ada rezeki buat saya juga. Aaminnn
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.