assalamualaikum & salam sejahtera 😊

Khamis... yes! esok cuti Krismas yes! dok rumah. yes!

this coming weekend, kami di Melaka saje. ada beberapa perkara nak diselesaikan dalam negeri 😃. next weekend baru plan nak keluar dari Melaka. bwk anak-anak berjalan-jalan.

bila lihat gambar 👇, agak-agaknya apa la kata orang ekk? 😒

😲 "anak makan nasi lemak dlm kereta gitu?" aduh aduh aduh... abis la kena bawang ibu kepada anak dalam gambar ni 😆. tak rumah ke? ibu sibuk bekerja hingga tak sempat layan anak ke? anak terbiar ke? hi hi hi hi... mungkin la kan. tapi rasanya minoriti aje yg akan gitu, majoriti ibu-ibu faham situasi gini.

Anak Berdikari | Adalah anak-anak yang memahami...

gambar tu kak Nurin yg snap. minggu lepas, Khamis. dia dalam kereta, di parking lot GH Melaka, babysit Izzat. manakala, saya & Syuhada, ke dalam utk 2nd appointment di Klinik Pakar ENT.

Anak Berdikari | Adalah anak-anak yang memahami...
kami berempat 😍

Anak Berdikari | Adalah anak-anak yang memahami...
menunggu di depan bilik doktor selepas korek telinga.
Syuhada ada sedikit masalah telinga.
tapi now dah ok. saya pantau sepanjang masa.

syukurlah sekarang da mudah nak parking kereta di GH Melaka bila kita ada tarikh appointment di klinik pakar. parking lot bebetul di depan pintu masuk utama GH Melaka da diubahsuai menjadi parking lot khas utk yang ada appointment. keluar masuk parking lot tu ada pegawai keselamatan yang jaga. 

Anak Berdikari | Adalah anak-anak yang memahami...
kawasan luas.
and sentiasa ada lot yang kosong 👍.

itu yg saya berani meninggalkan kak Nurin utk babysit Izzat dalam kereta. kak Nurin sudah boleh diharap. dia pun ada phone, mudahlah kalau nak call or mesej saya utk apa-apa hal. dipendekkan cerita, saya yakin akan keselamatan anak-anak saya berdua ni. itu yg saya siapkan air kotak dan nasi lemak utk Izzat. feveret dia memang nasi lemak. appointment jam 2.30 petang, so, memang tak sempat nak bawak anak-anak ni makan tghari. dgn saringan di luar entrance hospital, kul 2 petang kami da beratur.

barulah aman kakak dia menjaga dia dalam kereta dalam tempoh lebih kurang sejam. ada air kotak, nasi lemak 2-3 bungkus. saya dan Syuhada tiba semula ke kereta lebih kurang sejam lepas tu, Izzat da lena di seat depan 😆. kenyang. lepas tu, 😴😴😴 la.

sesungguhnya, anak yang pandai berdikari adalah aspek penting dalam kehidupan. 
kehidupan saya semestinya! 
sesungguhnya ketiga-tiga nak saya amat memahami yang saya ni bekerja, most of the time tak dpt nak spent byk masa dgn diorang. tak sempat masak. tak sempat kemas. tak sempat borak... diorang da berdikari sejak kecik lagi. alhamdulillah kak Nurin dan Syuhada sejak kecik lagi da cerdik bila tanpa ibu ayah. terlalu byk memudahkan hal-hal saya dan mr.asben. tidak berlaku pengabaian ye, tidak pernah!

now, saya bekerja dan kak Nurin la yang menjaga adik-adik di rumah. dia da nak masuk 16 tahun Februari depan dan Syuhada pun Januari nanti dah pun 14 tahun. setiap jam saya akan wasap or video call diorang. pastikan diorang cukup makanan, selamat dan teratur. bukan setakat jaga adik, kak Nurin dan Syuhada pun saya siapkan senarai kerja rumah. di antaranya ialah sidai baju, angkat baju, lipat baju, vacuum rumah, siram pokok kat laman dan beberapa lagi la 😊.

Anak Berdikari | Adalah anak-anak yang memahami...
gambar sekadar hiasan, takde kena mengena dgn hospital 😄.
si ibu sedang berkursus di makmal komputer semalam.
pantang nampak camera, terus senyum lebar 😃.
tapi dalam hati dok ingat anak-anak kat rumah.

tu la org kata, "untung la dpt anak sulung anak perempuan, boleh tolong jaga adik, jaga rumah, kemas rumah, masak nasi...".

alhamdulillah. tapi, anak lelaki zaman sekarang pun tak kurang hebat tau. ramai kawan-kawan saya yg ada anak lelaki besar. sama je mcm anak perempuan menjaga rumah dan buat kerja rumah 😃. so, bersyukur aje dgn apa yang ada depan mata. ia adalah cara ibu ayah tu didik anak, kan. bukan la atas jantina anak itu. kita mesti percaya dan yakin dengan anak kita, then, mereka akan rasa confident utk menggalas tanggungjawab.

wasap kak Nurin kpd saya di satu petang.
Izzat minta kakak maggi 😋.
saya izinkan kak Nurin masak.
sememangnya mereka dilarang guna dapur tanpa izin saya!

alhamdulillah... maggi sepinggan siap!
makan sambil tgk tv... indahnya 😄...

... orait. tu je sembang kali ni.
bye!