assalamualaikum & salam sejahtera...

baru berkesempatan melabuhkan jari jemari di atas keyboard, menaip cerita-ceriti di blog ni. few minutes lagi da ada kerja nak dibuat. tu la tu, masa amat mencemburui kita, kan?

alhamdulillah sebab masih ada kerja. masih dapat gaji penuh dgn elaun yang layak. alhamdulillah... di luar sana tu, ramai yg sedang risau! diberhentikan kerja... gaji kena potong... takde dah elaun overtime. aduhai...

lega bila cuti sekolah anak-anak da mula. tak lagi serabut dgn kerja sekolah online diorang. yes la, mana nya tak serabut... ibu di ofis and diorang di rumah. dapat mesej dari sekolah, terus wasap diorang. then, pantau dari jauh, dah siap ke, ok ke? pastu, satu komputer tapi 3 beradik. camne? kalau saya ada kat rumah, mudah. tau la saya arrange kan mereka. tapi tu la, takde dah kebenara WFH. pasrah...

Cuti sekolah sudah bermula...
3 beradik di ofis ibu.

last week, hampir setiap hari diorang bertiga ada kat ofis. sebabnya, nak kena hantar modul lah, ambil modul lah... then ada appointment di GH Melaka lah. rumah tak dekat dgn ofis. maka, pepagi dah angkut diorang sama-sama ke ofis. tak la buang masa balik rumah ambil anta diorang, kan...

Cuti sekolah sudah bermula...
Jumaat lepas...

bila cuti sekolah bermula... tiada lagi halangan merentas negeri di Malaysia, hmmmmm... Melaka kembali sesak bermula Jumaat hinggalah Ahad. aduhai... gambar tu adalah gambar pada jam 2.30 petang Jumaat lepas. saya dari rumah nak balik ke ofis. kebiasaannya, dari rumah ke ofis dan sebaliknya mengambil masa 30 minit je. tapi, jumaat lepas, 1 jam!

Melaka kan... kereta da byk. hujan plak tu. traffic lights nyer pun beratus saat 😆😆😆. beratur panjang lah di mana-mana... apapun, tak boleh komplen byk. sesak bagi kita, rezeki bagi yg berniaga di Melaka, industri perhotelan, PBT pun kutip parking lumayan...

😊