assalamualaikum & salam sejahtera...
pagi Selasa nan indah. hari ni agak sibuk dgn tugasan hakiki. sejenis saya, bila tugas hakiki tu membukit, mula la tak sedap duduk. kalau boleh, sebelum jam 4.30 petang, semua mesti settle. if not, mereka-mereka akan merampas keamanan fikiran saya semalaman! dok fikir la bila balik rumah hu hu hu hu...
jari-jemari berjalan di fb beberapa hari lepas, lalu pula sharing dari kawan-kawan 👇. suka pula saya utk kongsi di sini. sebab, mcm ada kena-mengena dgn diri sendiri 😀.
4 sikap manusia terhadap buku :
- suka beli, suka baca.
- suka beli, tak suka baca.
- suka baca, tak suka beli.
- tak suka beli, tak suka baca!
😏 anda di mana?
saya di kedudukan ke-2. tapi, 'tak suka' baca tu bukan tak nak baca, tapi akan baca kemudian. bukanlah da beli, then terus baca. oh tidak 😅. dan saya more kepada bahan bacaan non-fiction. saya banyak membeli utk anak-anak saje. pantang la masuk kedai buku, ada je yg nak dibeli.
kat rumah ni memang byk buku bacaan. most of them, saya beli di pesta buku seperti Big Bad Wolf. murah kan 😍. so, memang set by set la saya memborong. and most of them adalah bahan bacaan utk anak-anak. bahan bacaan yang tidak terhad kepada masa itu je, ia boleh disimpan dan dibaca pada semua peringkat umur.
majalah.
ini kegemaran saya. sekarang saya melanggan majalah Kuntum utk Izzat. next year saya da bercadang nak langgan beberapa lagi majalah utk anak-anak. bila pandemik covid-19 ni, tak boleh beli-beli di luar dek kerana PKP, itu yg terus saya langgan saje la. majalah akan terus dikirimkan kepada saya di rumah 😊.
novel.
ini tetap saya beli. di bookstore. di pesta buku. and latest, saya beli di Shopee! and utk Nurin. dia sorang terjebak minat membaca novel. Syuhada tak nampak plak minat dia ke arah novel ni.
ni ruang komputer kat tingkat atas.
yg di hujung kanan tu adalah almari buku kami.
tersusun buku-buku bukan berkaitan sekolah.
buku sekolah semua ada almari satu lagi di bilik kakak-kakak.
ok ok. hingga di situ saje yg nak saya taip-taip 😃.
back to work!
17 Comments
Saya suka beli gak...tapi beli kat carousell je... preloved
ReplyDeleteitu la. pembelian bijak tu, mamaYan.
Deleteaida nanti pun nak belajar beli preloved.
buku kan. inti nya tetap sama tak kira baru or lama :)
dulu-dulu ye nombor 1 tu..tapi sekarang dah jatuh kepada nombor 2..alasan dia sama macam kak aida..hahahah
ReplyDeletewah. gimme five la, Sun :)
DeleteNaim suka membaca dan kalau beli buu baharu simpan dahulu nak bau buku hihi
ReplyDeleteo.m.g! buku baru amat la best bau nya :)
Deletesebab tu kalau masuk kedai buku, terasa nyaman ya Allah!
Saya no 1.. Hehehe.. cuma sekarang dah slow sikit membeli..
ReplyDeletesha memang champion bab membaca ni.
Deleteaida selamanya tak boleh challenge Sha :)
Ya dahulu memang gila beli buku dan baca. Sekarang ini tidak beli sebab buku saya melimpah-limpah daripada rak. Jadi buat resolusi kalau hendak beli buku baru kena jual buku-buku lama. Masalahnya sayang dengan buku-buku lama jadi saya mengulang baca buku lama. Hehe kira oklah kan.
ReplyDeleteok la tu.
Deletesama dgn anak sulung aida, sayang sgt kat buku2 lama dia :)
saya kategori suka baca tapi tak suka beli...sebab husband kategori pertama..suka baca suka beli...
ReplyDeleteCP suka membeli tapi nak membaca tu ambil masa.. hehehe
ReplyDeletekita sama! ha ha ha ha...
Deletehaha suka beli, suka jugak baca tapi masa tu tak ada. Selalunya baca sebelum tidur tapi lepas satu perenggan dah terlelap dah haha
ReplyDeleteha ha ha ha...
Deletesgt la sama, Fana oii.
akhirnya buku tu yg baca kita ha ha ha ha...
Saya pun nombor 2 jugak. PKP tahun ni hobi membaca tu hidup balik. Sampai order preloved kat shopee. Dah start membaca ni susah nak berhenti
ReplyDeleteSaya pun nombor 2 jugak kak. nanti nanti baru nak membacanya. beli kemain beria :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.