assalamualaikum & salam sejahtera 😊
in few hours, kita dah pun di tahun 2021. in shaa Allah...
azam baru saya?
seperti biasa, tiada 😄. just mengharapkan semuanya menjadi lebih baik dari yang sediada. moga diri saya ni jadi lebih sempurna berbanding sekarang. umur pun bakal masuk 43 tahun. anak sulung pun akan masuk umur 16 tahun, da saya nak kena ulangkaji subjek menengah atas la plak utk sessi homeschool. tak nak la harapkan lebih-lebih. moga sihat, bahagia, gembira dan dari sudut agama pun bertambah baik. aminnn...
tu la tu... 2020 ni meninggalkan kenangan yang penuh makna.
duduk rumah!
pertama kali negara di landa sesuatu yang amat menakutkan sehingga kita diarahkan duduk rumah. PKP diwartakan bermula 18 mac lepas. Malaysia dan seluruh dunia hingga saat ni masih lagi bergelumang dgn virus covid-19. Malaysia di gelombang ketiga yang masih tak nampak surutnya 😒.
hingga kini, anak-anak saya tidak bebas keluar rumah. bawa makan-makan di Mydin, pergerakan anak-anak saya di kawal ketat! tu pun dpt la diorang ke Mydin sekali dua. bercuti ke tempat percutian? memang tidaklah. setakat saat ni, saya & mr.asben berada di landasan yang sama, sependapat utk tidak bercuti ke mana-mana. sekadar balik Seremban dan Bangi sahaja, menyantuni emak abah dan mami serta adik-beradik.
kerja dari rumah.
WFH namanya. dok rumah tapi keje. phone kena on sepanjang waktu bekerja. tiada istilah "maaf, saya sedang masak", "maaf, anak main games kat phone" or "maaf, sedang solat tadi"... tak boleh! submission kerja semua adalah seperti biasa. moreover, sememangnya 75% semua bersifat online, kan. tiada alasan. tidak mudah WFH time PKP. sebab ibu ayah kena kongsi komputer dengan anak-anak yg sekolah di rumah. rumah yang tiada komputer, akhirnya ibu ayah terpaksa beli komputer bersekali dgn printer 😄.
saya suka WFH. anak-anak depan mata. keje saya selesai. keje sekolah anak-anak pun siap sempurna. kerja-kerja rumah pun tip top. dapat masak-masak utk keluarga 😋.
sekolah secara online.
google classroom. google meet. google form. tahun ni anak-anak didedahkan kepada kaedah belajar secara online menggunakan semua tu. bersemuka tapi secara maya. whatsapp groups aktif. telegram pun aktif.
beraya Aidilfitri di rumah sendiri 😔.
sedih sebab tahun ni saya beraya berlima je. emak abah di Bangi. mak mertua di Seremban. semua luar Melaka. larangan total untuk rentas negeri ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜. dari saya kecik hingga la 2019, tak pernah tak balik raya dgn keluarga. tahun ni cipta sejarahnya tersendiri.
pelitup muka (mask) dan pembasmi kuman (hand sanitizer).
pemula trend keluar rumah pakai mask. hand sanitizer di mana-mana. jaga jarak sesama org lain. bersin, batuk menjadi sesuatu yg janggal di kalangan org ramai. otomatik kita rasa 😳😱 o.m.g jika org sebelah bersin or berdehem skit pun! mask extender jadik trend. aneka fesyen mask. menjadik-jadik kekreatifan org Malaysia 😄ha ha ha ha... mask menjadi salah satu aksesori kalau nak jalan-jalan, siap ada swaroszki! 😆😆😆
👇👇👇
cantik la plak nombor kes hari ni.
sejarah tercipta lagi 😒.
semua yg berlaku ni ada hikmah. kita kena terima. Allah tunjuk kepada kita sudut-sudut dunia / alam yang selama ni terselindung. bila malapetaka covid-19 ni diturunkan Allah, semua yang tersebunyi terserlah. antara kita sedar dan tak sedar je...
pada saya, 2020 ni pemula kepada gaya kehidupan yang baru. jgn leka. jgn alpa. kena berwaspada ketika bergaul. jgn terlalu bebas. 2020 ni juga bagi saya, tahun yg aman damai 😄😊. waktu berehat utk kita semua dari byk benda. tahun utk kumpul duit 😆 sebab projek holiday semua batal hu hu hu hu...
tak sabar nak saya hello to 2021. moga Allah angkat segera segala jenis virus dari muka bumi. tak perlu lah nak cucuk vaksin.
in shaa Allah...
18 Comments
Sekelip mata 2020 menutup tirai.
ReplyDeleteSelamat menyambut tahun baru 2021
ReplyDeletesemoga tahun 2021 lebih baik dan covid-19 hilang di muka bumi
ReplyDelete2020 mengajar kita bersyukur dengan apa yang kita ada.
ReplyDeleteHappy New Year!!
Selamat tahun baharu 2021 kak Aida, semoga kita semua dilindungi dari wabak pandemik. Masa raya la kenangan paling sedih, sebab raya berdua je dengan suami. Sebab selalunya balik makan masakan mak.
ReplyDeletehappy new year 2021
ReplyDeletehappy new year
ReplyDeleteSelamat tahun baru Aida. Moga 2021 lebih baik utk kita semua aamiin
ReplyDeleteHehe kannn.. macam2 kita alami tahun 2020 ni. Moga 2021 jadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.
ReplyDeleteYup.. semua yang berlaku memang ada hikmahnya..
ReplyDeleteThink positif kan Aida..
Semoga 2021 lebih baik buat semua..
Alhamdulilah....
ReplyDeleteMoga tahun 2021 mencoret cerita yang akan dikenang sepanjang hayat.
Aamiin...
Semoga 2021 hidup kita lebih baik
ReplyDeleteSelamat tahun baru kak Aida. 2020 sebenarnya ada hikmah, cuma simpati pada mereka yang kehilangan pekerjaan atau dijangkiti Covid 19. Bagi saya ia tahun yang tenang
ReplyDeletebanyak kenangan pahit manis 2020 kan.. semoga tahun 2021 lebih ceria dan bahagia.. semoga yang baik2 saja untuk kita semua =)
ReplyDeletenampak gaya tahun 2021 pun lebih kurang je la macam 2020. bukan setakat covid, banjir teruk pula di belah utara dan pantai timur
ReplyDeleteSemoga pandemik Covid ni berlalu dengan cepat. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selamat Tahun Baru Kak Aida :)
ReplyDeleteyeee..walaupun macam2 dugaannya tahun lepas, tapi semua tu masih juga mampu mencipta kenangan indah2 dalam memori kita..
ReplyDeleteTak terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru. Permulaan 2021 pun dah bermula ujiannya. Semoga tak berterusan dengan covid-19.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.