assalamualaikum & salam sejahtera 😍
pagi Khamis. on the way ke ofis tadi, langit dgn cepat beransur gelap! mendung... rintik-rintik hujan dah pun ada tadi. nampak gaya mcm akan lebat aje hujan jap lagi ni... ada plak urusan di luar 😳 hmmm...
yes. esok dan lusa, saya amik cuti rehat 😌. akhir tahun, berehat-rehat. tak bercuti ke mana-mana pun, balik kampung jumpa Abah Emak saje. saya ni masih tak berasa selesa nak bwk anak-anak bercuti. kes di Melaka je dah berbelas-belas tiap hari. mostly semuanya saringan kontak rapat, kes penjara tak byk pun! hu hu hu hu...
iye la kan. da rentas negeri. seMalaya berterabur balik kampung. yg balik kampung tu, ok lagi. sendiri tahu diri sendiri la kan before mengadap ibu ayah memasing. yang berdedai gi holiday tu? ntah kan negatif, ntah kan positif. baru-baru ni viral citer yg feri penuh nak seberang ke Pulau Langkawi. gambar yg dikongsikan tu tak la brape jaga jarak memasing. scary! 😖
so, kita up and down balik kampung aje la. kita-kita aje... next year la bercuti, tu pun kalau dah reda si covid-19 ni.
bunga vinca pink saya 😍
kalau google, nama pokok bunga ni ada banyak. antaranya ialah pokok bunga tapak dara (rosy periwinkle), pokok bunga kemunting cina, pokok rumput jalang, pokok kembang sari cina dan pokok ros pantai. ikut tempat kot, kan... saya stay dgn nama pokok bunga vinca je la 😀.
tapi tu la, vinca pink yang memonopoli kawasan. vinca putih masih lagi dlm unit jagaan rapi. tak brape sihat. bunga pun kecik. vinca merah oren terus hilang dari radar! 😓 tidak dapat dah dikesan...
tu yg sekarang saya sedang belai vinca putih tu. agar sama-sama hidup serimbun kawan sebelah, si vinca pink. saya cantas dahan-dahan kecil vinca putih. buang mana-mana dahan yang dah kering. pucuk baru vinca putih saya cubit-cubitkan.
esok pagi, cuti. saya nak kemaskan pokok-pokok vinca ni dulu. kemas rumput liar di sekelilingnya. asing-asingkan biji benihnya. cubit-cubit pucuk agar ia merimbun lagi. kebetulan, semlm pihak PBT potong rumput. legalah sikit rumput di sekeliling pokok bunga vinca ni. mudah la sikit esok pagi saya nak membersihkannya 😍.
baja? saya tak bubuh baja utk pokok bunga vinca ni. sebab ia di luar. atas tanah. subur secara semulajadi jer lah...
ni pandangan dari belakangnya lah...
penambah manis halaman rumah saya.
ramai orang awam yg jogging depan rumah, berhenti.
berhenti just utk belek kejap vinca saya ni 😄.
satu pasu terjatuh, pecah dua! 😖 hu hu hu... sayangnya lah nak buang pasu tu. letak la dulu tepi tong sampah. ntah camne, tetiba dpt idea, letak kat pangkal pokok bunga vinca 😍. lama-lama cantik la plak, si bunga vinca pink elok plak merimbun. alhamdulillah...
tu la tu, da 2 minggu beli 3 lagi pokok vinca 👇. pink, merah dan putih. saya memang suka vinca putih la, tak boleh nak beralih byk ke warna lain. esok la tu plan nak masukkan dalam pasu besar. kebetulan ada 3 pasu besar yang kosong.
beli di satu nursery di Bangi - vinca tegak.
di melaka sukar nak jumpa!
vinca ni ada 3 jenis secara amnya 👉 jenis tegak (elok la tanam di pasu dan letak di lantai aje), jenis separa (tak brape nak tegak, melentuk skit) dan jenis juntai (yg ni sgt cantik kalau digantung). pilihan saya antara 3 jenis ni ialah jenis tegak sebab belum brape minat kalau pokok gantung-gantung ni.
vinca kampung memang tahan cuaca panas, lasak! now da byk jual vinca hibrid. lebih air tak boleh, lebih matahari pun tak boleh, aduhai! sukar nak jaga la plak, tapi vinca hibrid warnanya cantik-cantik! memang kalau ada kat rumah, laman naik seri 😍. saya memang mencari pokok bunga yg tahan panas matahari. sebab laman terbentang luas dpt pencahayaan matahari yg penuh.
👌

20 Comments
cantik pokok nih, kat kampung ada banyak mudah nak jaga pokok ini dah merimbun... cantik betul bila akak buat deko letak pasu tuh...
ReplyDeleteemak ada offer dana tapi dana takmo, sbb dana pernah jumpa ada ulat beluncas kt pokok vinca mak kat kampung...fobia jadinya hahahha
vinca kampung ni memang mudah jaga, mudah hidup, dana.
Deletedia tumbuh meliar di mana-mana. tapi tu la, ulat bulu suka!
so far, aida punyer ni selamat. ada tanam dlm pasu.
tak tau lagi hidup ke tak hu hu hu hu setakat hari ni, elok aje.
bunga vinca pink..cantik...sejukkk ujan lebat pg ni
ReplyDeleteyg pink tu, da mati! sedih...
Deletentah knape, daun nyer kekuningan dan terus mati.
sib baik la ada dah benihnya. cecepat aida tabur ke tanah.
now aida sedang tunggu anak pokoknya.
Cantik bunga Aida tanam. Semoga tumbuh subur dan keluar lebih banyak bunga.
ReplyDeletealhamdulillah.
Deletedijaga dgn penuh kasih sayang.
Unik pula pasu terlentang dengan bunga vinca. Kreatif tidak buang pasu tersebut.
ReplyDeletecantik, kan.
Deletedpt idea dari rumah kawan tu, wina.
kebetulan ada pasu yg pecah.
dijadikan hiasan la.
Owh pokok vinca namanya.
ReplyDeleteAda banyak tumbuh kat tepi longkang ni.
yes. kebiasaannya di kampung2, meliar tepi longkang aje.
Deletenow, dah dijual benihnya.
paling cantik, yg hibrid. mcm2 kaler tau.
tapi tak lasak vinca kampung.
Ohh namanya pokok bunga vinca. saya tak tahu apa nama pokok ni. banyak tumbuh liar kat kampung dulu.
ReplyDeleteCantik juga pokok bunga vinca ni. Ada aneka warna jugak. Senang lah kalau pokok ni jenis lasak, tak payah nak pantau selalu. Hihi. Kreatif la pasu rebah tuu. Terbaik kak!
ReplyDeletejenis kampung, mudah, eza.
Deletenowadays, byk jenis hibrid.
warna bunga cecantik. tapi tak lasak.
tak boleh kena panas terik.
tak boleh kena hujan / air byk.
Hehe pasu yang jatuh terlentang macam tu pun nice juga. Kreatif pula tengok macam tu.. cantik bunga vinca ni. Baru tahu itu namanya
ReplyDeleteCantiknya letak pasu camtu.. Menarik.. Lawa subur dia..
ReplyDeletecantiknya pokok bunga.
ReplyDeleteSuka tengok pokok vinca ni. Jaga pun senang. Ambil cuti berehat belek pokok lagi seronok dari pergi bercuti bersesak tempat ramai orang.
ReplyDeletesaya suka tengok pokok2 bunga yang bunga kecik2 ni..
ReplyDeletemacam fillers kalau orang gubah bunga.. cantik dan sweet..
cantiknya bunga vinca ini. pelbagai warna pula tu. saiznya pula comel2
ReplyDeletecantik kemunting cina akak..ade tone..saya punya warna putih dan purple saje..yang purple tu entah macam mana dia boleh tumbuh..padahal tak pernah pulak saya tanam..tiba2 aje dia muncul tepi tembok..saya ambil dan cucuk dalam pasu...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.