assalamualaikum & salam sejahtera 😊
selamat pagi.
pagi-pagi ni, sambil-sambil menggoreng cekodok, teringat la nak up satu entri tentang susun atur di rumah saya ni. guna barang yang dibeli di Daiso. lama dah tersimpan rapi dlm draft folder, sebab tak sempat snap gambar. teruslah snap snap sana sini tadi, maka, sekarang ni menarilah jari-jemari di papan kekunci.
dulu-dulu, memang saya salah seorang yang Daiso addict!
tak beli pape, tapi mesti nak jejak masuk Daiso, terutama Daiso di Aeon Bandaraya Melaka. besar and syok kalau spend few minutes dlm tu 😄. semua barang rm5, kan. barang di Daiso semua comel-comel dan praktikal. ada barang yang hanya ada di Daiso. dulu-dulu, kedai Eco, Ninso and mr.DIY tak sehebat sekarang. so, Daiso aje la pilihan yg ada utk saya.
now, harga barangan Daiso adalah rm5.90 ye. harga asal dolu-kala hanya rm5. naik harga selepas GST. tapi tu la, GST da mansuh sekian lama, harga tak pula turun 😄 hi hi hi...
maka, sebelum pindah rumah 2 tahun lepas, da gaya apa nak susun atur menggunakan barangan Daiso ni. then, klik klik di internet, follow tips provided dan angan-angan 😁. tak mengidamkan perabot dan perhiasan yang mewah dan serba ekslusif. cukup sekadar yang kemas dan praktikal utk diri saya.
saya suka konsep - "less is more" 👌. konsep rakyat marhaen aje...
👉 1. bakul sinki
saya beli ni sebenarnya utk dijadikan rak pinggan / mangkuk / cawan selepas dicuci. kebetulan saya memang pasang sinki yang besar dan dalam. mudah nak mencuci-cuci periuk belanga. tapi tu la, sejak menggunakan rak pinggan yang melekat di dinding di atas sinki, rak ni terus bertukar dari fungsi asalnya 👇 kerja senang dan praktikal!
[ Baca juga : Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki ]
dijadikan bakul untuk :
- defrost kan makanan. seperti dalam gambar tu ada seplastik ciliboh dan 3 ekor ikan tenggiri beku. dibiarkan di situ sehingga hilang bekunya dan ready utk dimasak.
- letak telur yang da dibasuh. sementara tunggu turn jadi lauk, dok situ la 4 biji telur tu.
- sayur yang sudah dibasuh, nak toskan, letakkan kat bakul tu.
save space atas kabinet dapur 💛. bila tak digunakan, saya cuci bersih bakul tu dan sangkut di pintu dapur 👌.
👉 2. bakul selit di almari (under shelf basket)
bakul selit ni memang praktikal! melengkapkan susun atur di banyak ruangan rumah saya. saya ada beberapa di bilik-bilik tidur, rak buku dan di dapur. antara hot item di Daiso ni. ada masa pergi utk beli, sold out! it is small and nice. ia membuatkan satu-satu ruang tu tak dibazirkan.
rak buku anak-anak.
bakul selit ni tempat mereka selitkan brg sekolah kecil-kecil.
mudah capai. mudah lihat. save space di atas meja mahupun dalam laci.
khas utk letak alas pinggan dan kain-kain buruk yang sudah dicuci.
senang nampak. anak-anak senang nak ambil 😉.
letakkan aneka keperluan memasak di dapur.
baking paper, microwave wrap dan aluminium foil.
and ni saya letakkan aneka plastik.
again, mudah anak-anak dara saya nak ambil.
semua nampak dgn mata, tak perlu dah nak bertanya.
👉 3. wire net
idea susun atur dengan wire net ni saya dapat di pinterest, fb dan blog-blog juga. tq to semua. ia ada pelbagai saiz tau. boleh la pilih bersesuaian dgn ruang yang nak disangkutkan dgn wirenet. ada yang beli utk dijadikan rak pinggan pun ada! digabungkan guna cable tie. save space, kan. very useful 👇. dilekatkan di dinding dan sangkut bakul.
memang banyak di Daiso.
berbeza warna. berbeza saiz.
wire net ni serba boleh, di dapur, di bilik tidur, ruang belajar atau ruang bekerja mahupun dijadikan sangkut pokok-pokok herba di laman belakang 👍.
👉 4. bakul tergantung (wire basket)
boleh la tgk gambar kat atas tu kan. dia dijodohkan bersama wirenet 😀. putih dengan putih, coklat dengan coklat. ikut la tema bilik kita. secara kebetulan plak, ada warnanya. bakul ni pun hot item di Daiso. sebab ia praktikal, kan. boleh isi byk barang tanpa penuhkan ruang atas almari. save space.
now di Mr.DIY pun dah mula byk pilihan. saya teruja!
tapi harganya lebih mahal dari Daiso, more than RM5.90.
tapi, bakulnya lebih besar. boleh isi lebih byk barang.
ada banyak jenis wire hook Daiso. pilih saje mana-mana yang berkenan. kesemuanya praktikal utk disangkutkan di wire net. apa terfikir di minda, boleh direalisasikan 😍.
bawah ni saya share la ye few susun atur kat rumah ni guna set wire net, wire basket and wire hook. selected aje la. yang lain byk barang disangkutkan 😆, kurang molek share kat blog.
rak make-up di tepi cermin. tema coklat.
save space di atas almari.
senang nampak. senang ambil.
rak make-up anak-anak dara tema putih pula 😍.
wire hook utk gantung kalendar dan lampu suluh.
pe pon nak gantung, mudah dah.
di sinki, bertemakan chrome plated wire net.
lepas brg dicuci, terus sangkut.
once kering, barulah dialih masukkan ke dalam laci.
wire basket.
wire hook.
wire net di belakang pintu dapur 😃.
gantung kuali periuk belanga.
👉 6. rak berlipat
kalau ke Daiso, memang byk kali la rambang mata. tak tahu nak pilih yang mana. aneka jenis dan aneka warna. kita boleh pilih ikut tema susun atur kita la kan. saya prefer warna putih sebab susun atur more to putih, chrome or coklat. rak berlipat ni amat sesuai utk kita menggunakan sepenuhnya kabinet kita. dan boleh buat pengasingan, jika nak la.
bawah tu pun saya selitkan tin makanan 😃
nak maklumkan la jugak, 👆 tu bukan stok "panik PKP 3.0" ye. tu stok biasa. sebab style saya kalau membeli, akan beli at least 3 tin satu-satu barang tu. intai dulu expiry date nya. bila stok menyusut je, mula la saya restock.
tu la dia 6 barang Daiso yang bantu saya mengemas rumah. susun atur di rumah menjadi mudah dan yang penting, praktikal 👍. tak perlu barang mahal pon.
rumah rakyat marhaen, beginilah. yg murah-murah saje. apa yang penting bagi saya untuk sesuatu susun atur dan dekorasi dapur / rumah :-
- teratur : kita nampak barang kita dengan jelas. mudah diatur. utk pengkiraan stok pun jadi mudah, kita nampak apa barang yang ada dan tiada.
- praktikal : utk saya dan anak-anak. mudah dicapai dengan cepat. benda bila nampak, dah tak perlu bertanya, kan. jika dah berkurangan, surely anak-anak akan kata, "Bu, plastik da habis!"
- kemas : kemas ni subjektif. ada yg kata, kalau simpan dalam kabinet bertutup atau laci, lebih kemas. tak nampak serabut. saya setuju. tapi bagi saya, saya suka kalau nampak. bila nampak, kita akan ambil peduli utk susun atur dgn lebih kemas.
- sedap mata memandang : ini pun subjektif ikut rasa hati seseorang tu, kan. saya suka kan sesuatu yg simple. bagi saya, bila saya 'nampak', saya happy.
- mudah alih : ni paling saya suka di antara semua. tidak banyak perabot / kelengkapan / kabinet saya yang fixed. hanyalah kabinet dapur utk memasak dan sinki. saya sukakan perubahan. tak mahu sesuatu tu lama di situ = bosan.
and dapur saya yang kecik ni, dari saya berpindah masuk, Jun 2019 hingga sekarang, byk kali berubah susun atur. ini alih sana. itu alih sini. masih belum fix. masih mencari hala tuju la 😄. masih lagi ligat fikiran mencari idea dekorasi dapur yang terbaik.
kemudian, saya kongsi lagi ye sudut-sudut dapur saya yg lain. gembira to share sebab ia something yang mungkin akan beri inspirasi dan manfaat kat orang lain. in shaa Allah... apa yang penting, bajet kecil-kecil aje, tiada yg kayangan 😄.
👍
29 Comments
First thing first, sy dah dapatkan bakul sinki tu. Memang praktikallah Aida 👍
ReplyDeletebest, kan :)
DeleteSedap dipandang bila tersusun rapi.
ReplyDeletebetul..kalau masuk daiso mesti rasa nak beli semua brg. paling berkenan yang wirenet tu tapi tak reti nak aplikasikan deko kat rumah. tak berapa nak kreatif.
ReplyDeletedapur kita, kita yg corakkan sbb nanti nak mncari pun kita..hihi..lama gila tak lepak lama2 dalam daiso, ni covid ni lagilah, dah la tempat kite xde daiso, dok pi mr diy semata2 je lah..rak besi tu dekat tesco pun dah ada sis, haha! senang lani, nak beli shopee tak puas sbb tak boleh pgg..
ReplyDeletesekarang da byk dah jual. benda best, mesti byk syarikat nak jual.
Deletemr.DIY pun sekarang da sgt ok. mcm2 barang yg praktikal dan murah :)
Haah penting mudah-mudah alihkan. Benda kecil tidak penuhkan ruang.
ReplyDeleteyes betul. tak penuhkan ruang. kita tak nak dapur sesak-sesak.
DeleteSebelum wujud eco, DIY, Shopee semua tu inilah kedai berhantu sebenar. Tak pernah keluar tangan kosong. Wire hook tu saya suka. Dapat jalan-jalan dalam Daiso pun dah cukup hepi
ReplyDeleteMempelbagaikan fungsi. Bagus tu. Bab letak kat singki dan rak buku tu paling menarik hati sis nak beli.
ReplyDeleteOh wow........I miss Daiso. Dulu masa kerja kat JPM, saya selalu beli barang2 oragnizer meja utk pejabat. They were awesome!
ReplyDeletedah lama tak masuk daiso sebabnyaaaa nanti rambang mata haha, tapi under shelf bakset tu best gak kan,
ReplyDeleteDaison xpernah pergi sbb area kita xde daison.. Tp kita nk sgt yg no1 tu sbb xde lagi... Hihi.. Tp daison ni kire mcm mr diy dan eco la juga kan
ReplyDeleteWah menarik ni.. tq for the tips . Nanti boleh cuna untuk rumah sendiri pula
ReplyDeleteKalau yang bakul selit tu memang tak berani nak letak, sebab kang kucing uma ni melompat memanjat, habis semuaaaa tonggang langgang huhuhu
ReplyDeleteHahaha... kalau i masuk daiso akan keluar dengan satu beg besar barang barang, jap nak pergi beli that bakul for my sink.
ReplyDeleteLamanya rasa tak berjalan ronda2 dalam Daiso nih rasa sejak PKP.. Memang banyak barang yang praktikal utk kita guna kat rumah kan..murah pulak tuh.
ReplyDeleteKalau masuk Daiso nih feeling dia macam dekat Jepun jer kan! Anak dara sy deco bilik dia guna barangan Daiso... ( feeling korea ler tuh) mcm yang aida buat nih menarik dan kemas jer! senang nampak semua nak guna
ReplyDeleteDekat rumah ni ada dua wire net. Dah beli lepas tu tak tau nak buat apa.. tengok Aida share ni nampaklah idea nak sangkut apa kat bilik kerja tu nanti.. hihi
ReplyDeleteRindunya nak pergi Daiso.haha..Dah jadi macam terapi bila masuk Daiso. Walaupun dah naik harga still rasa berbaloi dengan kualiti barang.
ReplyDeleteDaiso tempat kita tak da. Tapi Mr Diy dah buka dekat area rumah, so mmg cari kat DIY je lah.
ReplyDeleteList ni satu pon marina takde guna. Hihi. No. 1 tu macam menarik jugak tu
ReplyDeleteMmg bila dah tersusun rapi kan
ReplyDeletebest bila dah kemas dan rapi gitu
ReplyDeleteDah lama Cikza mencari hat yang no 1, pernah nampak takut beli kang tak muat sinki. lepasni habis PKP boleh g daiso
ReplyDeletelama x ke Daiso. kalau masuk memang banyak nak di beli kan. haha
ReplyDeleteBetul3x. Barangan daiso memang praktikal. Bukan jer murah malah memudahkan susun atur dan cantik kemas.
ReplyDeletesuka sangat dgn barang daiso. storage dieorang best best belaka :) hee
ReplyDeleteLama tak ke Daiso. Banyak barang dan container yang menarik. Dalam banyak banyak ni bakul selit je saya ada.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.