assalamualaikum & salam sejahtera 😊
saya tak tahu apa nama burung ni. kerap ada di laman rumah saya, menghisap madu kat pokok bunga. beberapa kali da saya peratikan spesis ni. kuning, biru, hijau... pelbagai warna.
beberapa hari lepas, sedang saya lepak di ruang tamu, bertuahnya bila si kuning gebu ni didapati melepak di grill sliding door 😍. sliding door tertutup ketika tu. saya ambil kesempatan la utk snap gambar dan amik video si kuning gebu ni. agak lama juga ia stay situ, melepaskan lelah kot kan di tghari. ia takkan perasan saya stalk dia, sliding door tinted. mesti si kuning gebu ni sedang cermin diri sendiri di tinted sliding door, kan 😄 ha ha ha ha...
rumah saya ni memang tempat byk burung melepak dan berak 😡. mereka berteduh di awning kayu keliling rumah saya. sememangnya, kicauan burung berdecip-decip memang dpt di dgr sepanjang hari. burung pipit paling selalu. burung merpati maintain di atas bumbung atau di bingkai tingkap bilik atas. burung gagak kadang-kadang nampaklah 3-4 ekor petang-petang.
gambar lama dgn kak Nurin 💚
sedang ikut taklimat utk PT3 awal tahun lepas.
akhirnya, sijil PT3 pun tak wujud utk batch 2020 😌.
Nurin dapat masuk kelas pilihan - STEM Prinsip Akaun.
alhamdulillah. lewat petang tadi da keluar result penempatan kak Nurin di tingkatan 4 sekolahnya. bukanlah pilihannya sgt pun. ia merupakan pilihan saya sebenarnya 😄.
tak mcm zaman saya sekolah dulu. aliran sains tulen & aliran sastera. prinsip akaun, pendidikan seni adalah antara pilihan subjek elektif yang murid aliran sains tulen boleh pilih. saya aliran sains tulen dan saya tambah pendidikan seni. saya sgt suka melukis dan mewarna. now, diperkenalkan plak aliran STEM (sains) dan aliran Kemanusiaan (sastera) ni dan kak Nurin merupakan batch kedua.
aliran Tingkatan 4 dan 5 di sekolah kak Nurin :
- STEM DLP (sains tulen - Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan)
- STEM AGAMA (sains tulen - Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan)
- STEM SAINS KOMPUTER / BIOLOGI (Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan wajib. Boleh pilih antara Biologi atau subjek Sains Komputer)
- STEM PRINSIP AKAUN (Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan wajib. Subjek elektif menggantikan Biologi ialah Prinsip Akaun)
- KEMANUSIAAN (dgn Matematik Tambahan. Subjek elektif yang lain ialah Prinsip Akaun, Ekonomi dan Sains)
- KEMANUSIAAN (tanpa Matematik Tambahan. Subjek elektif yang lain ialah Prinsip Akaun, Ekonomi dan Sains)
tak mudah nak buat pilihan antara STEM AGAMA dan STEM PRINSIP AKAUN. byk pertimbangan dari saya dan byk dialog dgn kak Nurin. dok pertimbangkan pros and cons subjek biologi dan prinsip akaun ke arah kerjaya dan pemilihan IPTA kelak.
sehingga terpaksa call kakak sulung saya di Kajang yg merupakan certified accountant utk nasihat dan cadangan. panjang lebar la Mak Long nyer ceramah utk kak Nurin di phone 😄. then, wasap plak dgn adik pompuan saya di Kajang, Mak Usu, engineer yg sekarang dah jadik cikgu sekolah rendah, utk nasihat. memandangkan dia amik sains tulen dan elektif prinsip akaun dulu kala. hmmmm cuma Mak Ngah Nurin aje saya tak call, doktor di KKM 😄. tu dah sah-sah le org biologi, kan.
saya puas hati dgn decision saya utk kak Nurin. dan alhamdulillah, kak Nurin pun at last buat keputusan utk pilih STEM PRINSIP AKAUN.
... dan kerana kak Nurin bersekolah di SMK(A), subjek wajib yang lain utk SPM ialah Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah. Kesemuanya 12 subjek utk SPM 2022 kelak. in shaa Allah. esok da start PdPRnya. akhir minggu ni atau minggu depan baru ke sekolah dptkan buku teks dan sebagainya.
selesai dah urusan anak-anak bertiga. semua da tau da halatuju 2021 ni. next is to harung jer la PdPR selagi dijalankan. semoga anak-anak bertiga ni dpt kembali bersekolah di sekolah dlm masa terdekat dlm keadaan tiada lagi bahaya covid 19.
in shaa Allah... aminnn ya Robbal alamin 😌...
27 Comments
Burung kelicap. 😀
ReplyDeletetq so much, Ema :)
DeleteAlamak, saya pun tak pasti burung apakah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. tahniah untuk nurin dan akak juga. Takpe, ikut pilihan mak :)
not bad juga course STEM PRINSIP AKAUN tu. fizik kimia add math mencabar juga tu aida.. goodluck kakak nurin
ReplyDeleteyes. tough, kan!
Deletemoga dpt la anak-anak semua bawak silibus yg berat ni.
in shaa Allah.
dulu nak masuk akaun tapi tak dapat sebab kelas akaun dah penuh. Sudahnya masa belajar dekat uni saya ambik diploma islamic banking haha
ReplyDeleteterbalik plak kat skola Nurin, Fana.
Delete14 org je amik option STEM akaun ni :)
tapi ada aliran KEMANUSIAAN tu, so, ramai la dpt merasa blaja akaun ekk.
akauntan gaji tinggi! :)
Seronok dengar kicauan burung awal pagi. Rumah saya pun banyak juga burung lepak pada ranting pokok.
ReplyDeletePenting pilih jurusan yang mampu dibawa supaya tidak menyesal kemudian hari.
alhamdulillah..dipermudahkan segala urusan kak nurin tu yea..
ReplyDeletehahah biasalah burung klo da melepak mesti pakej dengan berak sekali heehe
tu la, AD. redho ajer la kan.
Deleteapa2 pun tahniah Nurin. selamat belajar ya ;-)
ReplyDeleteTahniah Nurin. Selamat belajar :)
ReplyDeleteCantik burung tu..
ReplyDeleteTahniah buat Nurin dan selamat belajar..
rasa macam dah jauh daripada golongan remaja..blur STEM tu apa..rupanya Science, Technologi, Engineering and Mathematics..ni la kalo da takde adik2 and sedara yang masih sekolah menengah, anak2 buah pun belum masuk darjah 1...haha
ReplyDeleteingatkan STEM tu macam nama bahan produk kecantikan ke apa rupanya berkaitan sekolah. hahaha! tahniah! anyway pilih course berdasarkan minat dan juga kemampuan. jangan pilih sekadar populariti. cakap based on pengalaman ni hahaha
ReplyDeletesaya dulu ambil akaun, add math, tanpa subjek sains tulen, sebab saya tak minat ahaha, tapi yang pastinya memang bagus dan tak salah pilihan ambil akaun sebab berguna untuk bekerja nanti. insha allah
ReplyDeleteCantik burung tu. Tapi burung yg singgah memang suka tinggalkan jejak. Heheh. Anyway tahniah nurin! Susah tak ya belajar akaun?
ReplyDeleteBagus juga pilihan anak tu. Insyaallah akan berjaya sebagai akauntan yg disegani satu hr nanti
ReplyDeleteMoga berjaya dalam bidang yang diceburi ya. Zaman belajar semakin mencabar sekarang ni ..
ReplyDeleteYg penting dia minat program tersebut. InsyaAllah dia akan excel jika ada minat program itu. Tahniah
ReplyDeleteTahniah buat Nurin. Jika dia dah minat, insyaAllah akan excel dalam bidang yang dia pilih
ReplyDeleteburung apa ? burung kelicap jawapannya ....terapi mata dan minda jugak nih bila tengok burung depan mata.
ReplyDeleteSemoga Nurin berjaya dalam pelajaran. Tahun ni anak tingkatan 5 tapi sungguh tak tahu apa aliran yang diambil cuma tahu aliran sains tulen sahaja.
Bagusnya dapat pilihan macam ni.. balance between both Sains dan Sastera kan... dulu kami takde pilihan macam ni pun.. i would say it is a great decision by the education department..
ReplyDeleteYaa tu burung kelicap tu, memang banyak dan suka masuk rumah orang..
ReplyDeleteSTEM tu semua all in one laa ek.. baru tau juga, sebab biasa dengar tapi tak tau..
Kita duk pkir apa STEM tu. Science technology engineering dan maths Rupanya. Apa2 pun good luck to kak nurin ya.
ReplyDeletethis article brings back sweet memories of schooling days. so happy you're involved with your child's education decisions. lovely to read :)
ReplyDeleteSelamat berjaya Nurin! Ya bukan mudah tapi InsyaAllah setiap usaha pasti ada ganjarannya. Aci tak kata mavam susah jer... Sebab time kita dulu takde stem bagai ni. Maklumlah batch lahir tahun 70an. Tua dah. Hehee..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.