assalamualaikum & salam sejahtera 😊

alhamdulillah. ada peluang byk hari ni nak update blog. hari kerja, tak berkesempatan langsung! dgn siapkan kerja ofis (WFH) dan anak-anak guna laptop sepenuhnya di sebelah pagi utk PdPR. apo nak dikatokan...

weekend baru la si ibu blogger ni dpt kemas-kemas blog dan gambar dlm gallery phone yg berlambak. tak berjalan ke mana-mana, PKP, gambar makanan aje la yg berderet-deret dlm phone 😄. and now nak share la yg saya da buat nasi kari kambing adabi. ni kali kedua. dulu kala time PKP 1.0. selepas tu, bukannya tak nak buat lagi, stok kari kambing adabi tu hah, ya Allah ya Rabbi, susah betul nak beli, asyik la takde stok di mana-mana. memang viral abis lah dia time tu.

ada je jual online, tapi harga ya Allah, mahal naw. lom lagi masuk kos penghantaran. tak logik naw naw harga dinaikkan sekali ganda. yes la, kari kambing adabi tin yang viral, kan. semua nak mengaut keuntunganlah.

Nasi Kari Kambing Adabi | Memang sedap dan sesuai dijadikan hidangan istimewa seisi keluarga
tadaaaaaa... daging kambingnya yg selambak dlm 1 tin.
kentangnya pun cukup sedap.
makan begitu aje. tak perlu dah lauk sampingan.
seolah-olah makan nasi beriani kambing 😍.

Nasi Kari Kambing Adabi | Memang sedap dan sesuai dijadikan hidangan istimewa seisi keluarga
hah gitewww... kari kambing adabi dalam tin.
sekali jumpa kat kedai, terus borong 5 tin.
kurang sikit RM50 harga 5 tin tu hu hu hu hu...

ni saya kongsilah ye resipi nasi kambing viral. cara penyediaan nasi kari kambing adabi ni amat mudah. saya folo je kat YouTube 👌. 

bahan-bahan yg korang perlu sediakan dulu ialah
  • 3 cawan beras basmati
  • 2 tin kari kambing adabi
  • 3 sudu mentega
  • rempah 4 sekawan
  • 1 labu bawang holland (potong dadu)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • setengah cawan susu cair 
  • garam gula secukupnya

cara masa nasi kari kambing adabi yang mudah :
  1. cuci bersih dan rendamkan 3 cawan beras basmati selama 15 minit (lebih kuranglah). ketepikan.
  2. mentega 3 sudu. cairkan utk tumis bahan tumisan nanti.
  3. tumiskan lah dulu rempah 4 sekawan. then masukkan 1 labu bawang holland. biar bawang tu layu.
  4. then, saya masukkan 2 biji tomato yg da siap potong dadu. gaul skit lebih kurang dgn bahan tumisan tadi.
  5. teruslah masukkan 2 tin kari kambing adabi dan setengah cawan susu cair. gaul rata dan biar ia mesra sehati sejiwa 😍.
  6. perisa la skit dgn garam dan gula secubit rasa. siap dah kari kambing adabi kita. makan gitu aje pun sedap tau! 
  7. beras basmati tadi, toskan dan masukkan dlm periuk nasi.
  8. curahkan seperiuk kari kambing adabi tadi ke dalam periuk nasi. kacau agar beras dan kari pula mesra sehati sejiwa. tutup periuk nasi dan klik button on. jgn lupa bersabar sehingga nasi kari kambing adabi kita masak ye. harum semerbak nanti dapur kita dgn wapnya 😍😍😍.

Nasi Kari Kambing Adabi | Memang sedap dan sesuai dijadikan hidangan istimewa seisi keluarga
bahan tumis semua da layu wangi, masukkan 2 tin kari kambing adabi.
wah 😍 masa ni la yg naik bau kari sedap nyer lah!
setakat ni, boleh dah makan kari kambing adabi.

Nasi Kari Kambing Adabi | Memang sedap dan sesuai dijadikan hidangan istimewa seisi keluarga
tadaaaaa...
da siap masak tu, tunggu nasi sejuk dan kita karih-karih.
agar nasi tu gaul sempurna sesama dia.
saya taburkan bawang goreng 😍.

senang aje. 
asyik nasi putih, kita tukar la menu jadik nasi kari kambing adabi plak. nyaman... cukup kami sekeluarga 5 beranak makan ni. sememangnya saya memang ada buat ayam masak merah. jadik la buat couple dgn nasi daging kambing adabi ni. kalau ada jelatah timun dan nenas, lebih wow la menu ni.

👌 terbaik!