assalamualaikum & salam sejahtera 😊
Jumaat yang terakhir utk PKP 2.0. kemungkinan besar Jumaat depan (5.2.2021) kita da berubah ke PKPB pulak. da kuat dah khabar angin mengesahkan PKP 2.0 takkan dilanjutkan. hmmmm no further comment 😒.
nak la kongsi yong tau foo sedap ni. order online aje dan zasss terus je tiba depan pagar rumah. siapa kata industri perniagaan kecil ni tak bergerak dan tiada pelanggan? kena la rajin iklan di media sosial, kan. jgn dok merungut aje kedai / gerai tak dpt buka dek PKP 2.0. kena la usaha cara normal baharu 👌.
1 pek penuh ni = RM10.
dgn kuah sup sebungkus dan sosnya sebungkus.
alhamdulillah 😍, cukup kami 5 sekeluarga makan.
facebook : Alia Yong Tau Foo, Melaka 👍
lumayan, kan? 😍😋
setiap kali makan yong tau foo ni, memang akan teringat mak saya. dulu kala kalau nak ke pasar malam, akan tanya mak, "mak, nak gi pasar malam ni, nak kirim apa?". most of the time lah, mesti mak kirim yong tau foo.
sewaktu saya sekolah rendah, jiran setaman memang berniaga pasar malam, jual yong tau foo. Mak Cik Zah dan Pak Cik Akob. lamanya tak berjumpa mereka. dulu kalau ke pasar malam Bukit Baru, hari Isnin, sure bersua muka. now, mereka dah tak berniaga. dgn mereka la saya kenal apa tu yong tau foo. tiap kali pasar mlm, saya dan adik terus menuju ke gerai Mak Cik Zah dan makan yong tau foo semangkuk. RM1 ada 5 ketul fishball dan sup. cukup la tu. beli air kat penjual sebelah, 1 cup masa tu 20 sen je. best!
hingga kini, memang saya maintain suka yong tau foo. saya tak ratah gitu aje, buat lauk bila makan nasi 😄. aduhai, sedapnya!!! and Alia yong tau foo ni, memang saya rekomen. sosnya tu sgt sedap, cukup rasa. menyelerakan sgt! benda baik, mesti nak rekomen kat semua, kan. caj c.o.d hanya RM4. sgt ok la.
👌
14 Comments
Sedapnya, dah lama tak makan yong tau foo ni
ReplyDeleteYong tau foo ni feveret CP tapi CP tak suka kangkung.
ReplyDeleteBanyak juga isinya RM10 tu..
Sedapnya yong tau fu. Lama tak makan sejak tak ada pasar malam ni. Belum pernah beli online lagi. Dapat yang sedap memang best.
ReplyDeleteSy pun suka yong tau fu. Macam wajib pula jika ke pasar malam mesti beli ytf :)
ReplyDeleterabia tak pernah makan lagi ni
ReplyDeleteFavourite jgk nih 🤗
ReplyDeleteUntuk 5 orang memang banyak dan ok harga. Senangkan hantar depan rumah.
ReplyDeleteNampak menyelerakan. Nyummy!
ReplyDeleteAduh sedapnya kak... sekarang janji ada usaha insyallah ada hasil, kita kadang nak senang order je kalau sedap kita kongsi... makin org kenal lah kan
ReplyDeletewah dah lama tak makan yong tau foo.. sedapnya
ReplyDeletehuaaaa!! sedapnyaaaa! ni buat nak cari ni
ReplyDeleteMemang berbaloi bayar RM10, meriah betul isinya.. Lama pula tak makan yong tau foo nie..
ReplyDeletesaya kurang minat yong tau foo ni tapi my husband, housemates and bestfriend suka juga..kalo diorang order, kita layankan saja..
ReplyDeletesuka jg dgn yong tau fu. tp jarang jumpa kuah yg sedap. sama ada sup atau kuah hitam 2x sy suka ;-)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.