assalamualaikum & salam sejahtera 😊

first entri di tahun baru, 2021. and esok gonna be day 4 utk PKP 2.0. Melaka termasuk dalam senarai PKP. bertabahlah kpd sesiapa yg terasa perit once PKP ni semua dilaksanakan. bertabahlah... ini semua utk kebaikan jangka panjang. kesihatan awam di negara kita makin merosot! terpaksa PM umumkan PKP semula. esok, Kelantan bakal join team PKP. aduhai...

jgn tuding jari menyalahkan sesiapa. 
kita anggaplah PKP ni satu cara kita semua memberikan penghormatan kepada all the frontliners, terutama kakitangan kesihatan. aduhai... tak sanggup tgk gambar-gambar dan video-video yang dikongsi di media sosial. nak tolong, tak mampu, tak reti, tak mahir... mampu tgk aje la diorang berkhidmat di hospital... dan mendoakan.

PKP 2.0 2021 | Bukan salah sesiapa...

PKP 2.0 2021 | Bukan salah sesiapa...

berdoa agar kesan PKP 2.0 ini menjadi duplicate kepada kesan PKP yang lepas. 
byk zon merah menjadi hijau semula. kes menurun dari ribu ke ratus dan kemudian kembali ke hanya 2 angka. agar anak-anak dpt kembali bersekolah dgn gembira. sihat sejahtera semuanya. lepas tu bebetul kita semua jaga diri dan orang lain. in shaa Allah.

PKP 2.0 2021 | Bukan salah sesiapa...

PKP 2.0 2021 | Bukan salah sesiapa...

PKP 2.0 2021 | Bukan salah sesiapa...

PKP 2.0 ni, saya bersedia da mental dan fizikal. 
releks je. takde pun beli stok penuhkan freezer mcm Mac yang lepas. takde pun terasa stress kena dok rumah sekali lagi. takde pun kelam-kabut tentang persekolahan anak-anak. kerja hakiki di ofis dah siapkan hampir semuanya Isnin dan Selasa lepas. apa yg akan ada adalah kerja-kerja yang perlu disiapkan secara online je.

releks 😄😌. hati tak secuak Mac lepas. sebab saya yakin, PKP 2.0 ni bakal melandaikan semula bilangan kes positif covid-19 di negara kita ni. saya yakin 100%. in shaa Allah.

saya setuju 100% dengan pewartaan PKP 2.0 / PKPB kali ni. 
sebab saya tak nak lagi berhari raya bersendirian di rumah 😓😭😭. cukuplah sekali. cukuplah. tahun ni saya nak kembali berhari raya dgn emak abah, mak mertua, adik-beradik, ipar duai dan sanak-saudara. peritnya lah tahun lepas bila kami hanya berhari raya di rumah. sakitnya hati ni bila lihat friends up gambar riang ria di hari raya dgn keluarga 😭. memendam rasa! sabar aje...

sebab tu kami memang patuh 100% dgn PKPP. tidak bercuti. makan di luar pun memilih tempat yang tidak popular dan tidak ramai. anak-anak berpeluang ke mall 2-3 kali saje, menghilangkan rasa stress dlm diri mereka. keluar Melaka hanya utk menyantuni emak abah dan mami. tidaklah berlebih-lebihan berjalan ke sana ke mari. kami nakkan pandemik ni nyah dari muka bumi dgn cepat! agar kita kembali bebas bersosial sebagaimana dulu kala.

PKP 2.0 2021 | Bukan salah sesiapa...


ok ok la. tu je nak luah 😊😅. alhamdulillah dgn apa yg ada sekarang. tu hah, atas meja, ada sebuku roti gardenia hi hi hi hi... area rumah saya ni di kawasan kampung. so, tak pernah timbul tragedi stok makanan habis time PKP 1.0 dan sekarang.

bye for now... 😉