assalamualaikum & salam sejahtera 😊
selamat petang Malaysia.
hari kelima PKP 2.0 di Melaka. and menyaksikan semlm, pecah rekod lagi kes positif covid 19 tertinggi iaitu seramai 4,029 orang 😔😓. sedihnya. takotnya! moga kita semua teruslah jaga s.o.p. kurang-kurangkanlah keluar rumah, kecuali utk keperluan mendesak ye.
semlm, stay at home. dari lepas subuh mengemas rumah, susun atur apa perlu dan masak-memasak. sambil-sambil tu, setelah sekian la tidak blogwalking, berjaya la qada' blogwalking ke blog kawan-kawan. so, jgn la jemu ye baca komen saya di blog korang, jika ada 😄.
nak saya bom letops komen di blog korang? tinggalkan byk-byk komen di sini, saya akan balas kunjungan, in shaa Allah.
hari ni another day stay at home. sambung mengemas... mengemas. 😄 itu aje la kot yang boleh dibuat, kan. usik sana sini, tukar susun atur. then, sambung tonton movie dgn anak-anak. selain tu, makan.
a day before PKP 2.0, mr.asben bw balik 6 botol popcorn.
wah 😍 popcorn sedap 👍.
sebotol hanya RM6. ari tu beli botol besar skit RM8.
ok la. harga yang boleh beli, tidak over mahal.
ni org kampung ofismet mr.asben yang jual.
sgt sedap!
Jumaat pagi, saya & mr.asben keluar, beli brg basah.
berdepan dgn supermarket, ada gerai jual sarapan.
kami beli tanda support peniaga jalanan 😃.
nasi lemak, nasi kerabu, kuih seri muka dan kuih popia sira.
tu la tu, kuih popia sira tu Izzat sorang je abiskan 😅.
Sabtu, lepas maghrib, kak Nurin & Syuhada goreng cekodok leper 😂.
boleh la... adunan terlebih air ni.
saya pula masak asam pedas ikan pari.
hmmmm sedaplah makan cekodok cicah kuah asam pedas, kan.
semlm, tengahari, kami berayam korea 😍.
takde bijan putih, kuranglah penampakan ayam korea tu kan.
first time makan ayam korea ni.
saya beli sos ayam korea adabi je. salut ke ayam goreng.
semlm, petang, projek anak dara berdua tu utk ayah diorang.
puding roti sos kastard.
pagi tadi ada lebih ayam korea, couple kan dgn nasi goreng utk sarapan. Malay + Korean = ohsem 😉. sekejap je lagi, nak ke Pizza Hut, tapaw. Raikan birthday Syuhada hari ni. biasanya ke restoran, makan-makan. thn ni di rumah saje lah kita makan-makan.
...till then, semua korang pembaca entri ni, tq and jaga diri ye 💚.
13 Comments
Amboih si abang posing pun kalah model!
ReplyDeletedia la yg mudah nak dijadikan model.
Deletetak perlu nak make up! ha ha ha ha ha...
Happy birthday Shuhada.
ReplyDeleteWah elok kembang bertih jagung tiada putik. Memang sedap mengunyah.
Sos Korea pun saya baru kenal masa awal PKP tahun lepas.
hi hi hi aida baru beli sos korea tu, wina.
Deletelama da tau. terjumpa and terbeli baru2 ni.
ok ok la. ubah selera anak-anak kat rumah ni sekali sekala.
Terkejut betul semalam kes sampai 4k tu. rekod paling tinggi. Tak tahu nak kata apa dah.
ReplyDeleteDuduk rumah ni masak masak makan makan je la kan, sedap tu puding roti sos kastard. Adik jadi model ibu ye :)
mudah da now nak makan puding roti, fiza.
Deletearahkan aje 2 anak dara aida tu. resepi search la kat blog ibu ni hah :)
Hb Syuhada
ReplyDeleteAmboi kemain lg..si abg pose mcm2 gaya hehee..take care kak aniez ya!
ReplyDeleteCeria je Izzat jadi model untuk ibunya. Sama la saya mengemas tak sudah-sudah nak hilangkan rasa bosan
ReplyDeleteSejak tak dapat pergi pawagam, memang sangat kebulur nak makan popcorn! 😅😅😅
ReplyDeletetu la tu.
Deletemr.asben beli tu khas makan time kami layan movie kat tv.
nak kasik feel ala-ala dok pawagam ha ha ha ha...
boleh la kan dari takde.
haiii izat mkn seorg jeee ;-)
ReplyDeleteSeronok bila anak dara dah boleh ke dapur kan Aida.. Model tu yang mahal..
ReplyDeleteSupport peniaga kecil=kecilan.. Bagus tu Aida..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.