assalamualaikum & salam sejahtera semua...
alhamdulillah. pagi-pagi ni dapat clearkan kerja hakiki yang beratur panjang. ptg nanti bakal bermula meeting modul pertama selepas PKPB berakhir. bekerja di institusi latihan awam, modul kursus adalah kerja wajib. modul kursus must be perfect 👌.
sempat la blogwalking. few blogs. takde preference pun blog yg mana saya klik tadi, randomly from Reading List. but definitely blogs blogger yang rajin lepak baca-baca di sini la kan, familiar blogger 😍.
Facebook Memories
memang bikin kita senyum sendirian, kan? terutama pop up byk gambar anak-anak time kekadang dulu kala. aduh aduh aduh... 😌😊 "korang amat cute tau dulu kala.".
anak dara saya.
mcm kembar, kan?
sekarang dah pun jadi assistant saya kat rumah, assistant secara paksa! ha ha ha ha 😄😆. anak dara, kan. wajiblah jadi assistant ibu. dari pagar rumah depan sana hingga la ke pintu dapur belakang, semua kerja rumah saya sub kat diorang. sgt diktator, kan? kebetulan, rezeki diorang, dari Mac 2020 hinggalah sekarang, Mac 2021, lebih byk PdPR dari pergi sekolah secara fizikal. task memasak saje yg tak saya beri. saya masih berkesempatan masak utk diorang. air tangan ibu 💚💛💜.
ni watak utama media sosial saya 😂
baby tembam yg sekarang dirindui oleh kakak-kakaknya. baby tembam yg sekarang dah pun darjah 3. masih lagi dipeluk cium, tapi kekadang dia dah tak rela la ha ha ha ha... kena paksa, baru dpt cium. hadoi lah...
kenangan lama tak begitu elok!
sebab buat saya sedih. buat saya sgt sayu dlm hati... 2-3 tahun lagi kak Nurin bakal masuk universiti. 2 tahun berikutnya, diikuti oleh Syuhada. then... then... then... Izzat. tu yg tiap kali lepas bebelkan diorang, marahkan diorang, saya jadi sgt stress! stress dgn diri sendiri 😒😓😔. kenapa lah marah-marah? diorang ada di sisi saya hanya sementara.
"All my bags are packed
I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye...
So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again..."
... ok bye!
14 Comments
Allahhu... Sekejap jew masa berlalu... Masuk University, kerja dan ada keluarga sendiri.. Kita pulak rindukan diaorang masa kecik😭😭.. Inilah kitaran hidup 🌹🌹
ReplyDeletePerasaan ibu-ibu memang macam tu Aida.. Bila dekat dimata ini kerjanya nak membebel je dengan anak-anak.. nanti mesti merindu bila mereka dah ke universiti.. Sha pun dah jadikan Amani assistant di rumah.. hehehe
ReplyDeleteBila bsr pun mcm kembar anak dara akak tu... geram tengok watak utama punya rambut masa kecik heheheh
ReplyDeleteTengok Facebook Memories memang akan buat kita terfikir, cepatnya masa berlalu :)
ReplyDeletesemoga semuanya dipermudahkan., amin ya robbal alamein
ReplyDeleteps. timekaseh krn sudi rajin komen2 blog wak ye ;p
Saya takde anak, tapi anak sedara pun saya selalu teringat-ingat gelagat. Tau2 dah besar. Huhu
ReplyDeleteNanti terkenang masa mereka jauh. Mungkin anak-anak pun begitu, apabila berjauhan akan ingat bebelan ibu bapa.
ReplyDeletecomelnyaaaaa si kembar tu
ReplyDeleteAlahai, comelnya mereka! Sekejap je masa berlalu... dah besar dah diorang sekarang ni. Anak dara berdua tu memang macam kembar.
ReplyDeletebetapa masa berlalu begitu pantas... kdg terfikir apakah yg aku buat selama ni tepat dan terbaik? ;-) #yangbaikbaiksahaja
ReplyDeleteCepat rasanya anak² membesar... Anak pertama saya dah pun masuk tingkatan 1..
ReplyDeletemasa diorang kecik ni memang kita stress... nanti dah besar rindu. Macam saya masih fasa anak anak tengah rancak buat sepah...memang stress
ReplyDeleteTengok gambar anak-anak masa kecik memang rasa rindu zaman dulu, kan. :)
ReplyDeleteCepat masa berlalu. Dah besar mereka semua. Masa yang ada kena spend masa sebaiknya. nanti dah belajar jauh rindu rinduan.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.