assalamualaikum & salam sejahtera 😊
Mungkin ada yang berpendapat, makanan di restoran itu tentu sedap. Lagi-lagi di restoran mewah. Namun anggapan itu tidak benar 100% kerana ada juga makanan jalanan yang lazat untuk dicuba di Malaysia. Malah ada di antara makanan jalanan ini yang telah diangkat dan di jual sehingga ke tahap hotel-hotel mewah.
Jika ditanya, apakah makanan atau hidangan makanan jalanan yang lazat di Malaysia ini? Rasanya senarai akan menjadi terlalu panjang kerana makanan di Malaysia yang sedap-sedap tersangatlah banyak. Namun, ada beberapa menu yang menarik hati semua golongan seperti yang disenaraikan di bawah ini.
Kredit photo Ahmadpi Flickr
1. Sate
Sate adalah makanan jalanan Malaysia yang sangat popular. Bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia, tetapi dalam kalangan para pelancong dari luar negara juga. Diperbuat dengan menggunakan daging yang diperap dan dicucuk dengan lidi.
Hidangan ini dibakar dengan teliti di atas api panas yang dikawal. Terdapat beberapa pilihan selain daripada daging lembu, antaranya ialah ayam dan daging kambing. Terdapat juga yang menggunakan daging rusa. Setelah selesai dibakar, makanan ini disajikan dengan kuah kacang dengan rasa pedas pedas manis.
Kredit photo Chonil Weerawansa Flickr
2. Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan ikonik Malaysia dan sememangnya makanan yang tidak boleh dipisahkan daripada rakyat Malaysia. Nasi wangi yang dimasak dengan santan bersama kacang panggang, ikan bilis goreng, telur rebus dan bahan yang paling penting iaitu sambalnya yang pedas tetapi sedikit manis.
Anda disyorkan untuk menikmati hidangan ini bersama dengan ayam goreng yang akan menambahkan lagi kesedapannya. Hidangan ini dapat dijumpai di mana sahaja. Dari gerai yang terdapat di tepi jalan sehingga restoran Melayu yang ternama.
Kredit photo Jambu Jepun Flickr
3. Rojak
Kepada yang tertanya-tanya jika terdapat makanan yang melambangkan rakyat Malaysia, rojak adalah hidangan tersebut. Ianya adalah makanan yang hampir sama dengan salad di mana semua bahan yang terdapat di dalam hidangan tersebut di campur dan digaulkan bagi mendapatkan rasa yang unik.
Terdapat beberapa jenis rojak popular, antaranya ialah rojak buah dan rojak mamak atau lebih dikenali sebagai pasembur. Rojak buah diperbuat daripada pelbagai jenis buah-buahan yang manis dan juga sayur-sayuran yang berkhasiat. Bagi rojak mamak atau pasembur pula biasanya diperbuat daripada tauhu goreng, telur rebus, beberapa jenis potongan sayur-sayuran dan lain-lain lagi.
Kedua-dua jenis rojak ini dihidangkan bersama kuah yang mengikat rasa bahan dalam hidangan ini bersama. Hidangan ini elok dinikmati ketika masih panas kerana ia akan menjadi terlalu lembap jika dibiarkan terlalu lama.
Kredit photo Yang Putra Flickr
3. Mee Hoon Goreng
Satu lagi hidangan yang menjadi kebanggaan orang Malaysia. Mee hoon goreng biasanya dinikmati sebagai hidangan sarapan pagi kerana cara untuk membuatnya sangat ringkas dan mudah didapati di mana sahaja.
Hidangan bihun beras ini biasanya mengandungi telur goreng, sedikit potongan daging, beberapa jenis sayur dan lain-lain lagi.
Kredit photo J Martin Kansedo Flickr
4. Char Kuey Teow
Hampir tiada satu pun makanan yang dapat menandingi hidangan char kuey teow ini. Makanan jalanan yang terkenal ini boleh didapati di mana sahaja di Malaysia. Anda juga dapat membuat hidangan ini sendiri kerana cara untuk membuatnya sangat mudah. Biasanya mengandungi udang,tauge dan juga kerang.
Kredit photo Nor Salman Flickr
5. Apam balik
Pencuci mulut yang ringkas ini sememangnya sesuai buat anda yang ingin menikmati hidangan yang manis tetapi ingin cepat. Apam balik dibuat dengan menggunakan doh yang dimasak sehingga garing dan rangup di bahagian luar tetapi lembut di dalam dan mempunyai isi yang manis.
Isi yang biasa digunakan oleh para penjual untuk hidangan yang sebesar tapak tangan ini adalah gula, jagung manis dan juga kacang yang dihancurkan. Hidangan ini boleh didapati di mana sahaja dan harganya sangat murah.
Kredit photo Selangor Kini
6. Ramly Burger
Nama Ramly burger diambil bersempena nama syarikat pembekal bahan tersebut yang utama iaitu syarikat Ramly Burger di mana mereka membekalkan bahan yang halal untuk rakyat Malaysia.
Hidangan ini merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Ia biasanya dinikmati sebagai hidangan ringan lewat malam. Anda boleh mendapatkan burger gaya Malaysia ini dengan mudah di seluruh Malaysia kerana terdapat banyak gerai yang menjual hidangan ini.
Kredit photo TL Chua Flickr
Cara yang paling mudah untuk anda melepaskan diri daripada cuaca panas di Malaysia adalah dengan menikmati semangkuk cendol. Pencuci mulut yang sangat popular ini dibuat dengan semangkuk ais yang diparut, santan sirap gula melaka dan jeli tepung beras hijau
Cendol merupakan salah satu pencuci mulut yang sangat terkenal di Malaysia, bukan sahaja kerana rasanya yang sedap, tetapi kerana ianya mudah didapati dan harganya yang murah dan berpatutan.
Malaysia juga terkenal dengan gaya hidup yang sukakan makanan sedap-sedap. Masa yang sibuk dengan tugas bukan penghalang untuk nikmati menu sedap.
Buktinya ramai rakyat Malaysia guna kaedah servis pesanan dan penghantaran online untuk dapatkan makanan siap dimasak mengikut citarasa masing-masing. Salah satu servis online food delivery yang digunakan adalah Foodpanda.
18 Comments
Ramly burger sedappp tuu
ReplyDeletelama sungguh tak makan burger ramli tepi jalan, ruby.
Deletesebab da lama tak keluar rumah waktu mlm, tak pasti ada ke tak brader seberang jalan tu menjual.
akak lom pernah beli burger di kedai Ramli Burger tu.
pernah sekali jumpa kat r&r mana la. tak try beli la masa tu.
mostly my favourite terutama sate, meehoon dan kuehtiaw tu.
ReplyDeletesemua tu memang berjiwa Malaysia, kan.
Deletecommon utk kita. tapi sgt sedap.
makan berulang kali pun takpe :)
Saya pilih char kuey teow!
ReplyDeleteterbaik pilihan tu.
Deleteanak sulung aida memang tak boleh la berpisah dgn char kuewtiau.
memang feveret dia no 1. tak pernah bosan :)
rojak tu buat terliur la tgk .. sedap nampak ..
ReplyDeleterojak mee kat mamak sedap!
Deletefeveret sgt la kan. kuah lebih :)
Semua di atas tu memang sedap,rugi siapa tak makan
ReplyDeletemakanan kita memang ohsem, dana.
Deletetak payah da nak import makanan luar negara :)
ok.. semunya mmg sodapp
ReplyDeleteyummy!
DeleteSemua makanan nie sedap-sedap belaka... Senang kan ada delivery food panda nie, memudahkan kita... yang paling penting, takdelah nak beratur untuk beli makanan, maklumlah musim pandemik sekarang nie yang semakin membimbangkan..
ReplyDeletebetul.
Deleteterbaik sebab dpt deliver makanan ke kita.
tak perlu gerak keluar rumah or ofis.
caj delivery pun mampu bayar. ok la :)
Semua favourite ni. Uishh cendol lama tak minum cendol.
ReplyDeletecendol memang feveret akak, fiza.
Deleteprefer cendol dari abc tau.
lama jugak, sebab da lama tak melepak kat kedai makan time minum ptg.
akak suka lepak satu kedai kat Bkt Katil.
makan goreng pisang & cendol. terbaik :)
Adui char kueytiaw tu.. Rindu nak makan.. Benda mcm tu sedap makan kt kedai kan... Kalau bungkus kembang da x feel.. Kalau alia laðŸ˜
ReplyDeleteSemuaaa sedappp dan lama tak makan. Bila lockdown ni nk beli pun tak ada org jual
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.