assalamualaikum & salam sejahtera 😊
hari ni 28 Ramadhan.
alhamdulillah. sgt happy kerana saya dan keluarga masih lagi sihat walafiat. semua masih teguh berdiri dan menjalani kehidupan dgn gembira. meskipun kami-kami terpisah dek sempadan negeri, masih lagi kami berhubung cara video calls dan berborak dlm grup whatsapp dgn rancak.
covid-19 yang membawa gelombang baru.
beberapa tempat di beberapa buah negeri dah pun diisytiharkan dalam PKP. 😒 PKP 3.0 dah pun bermula... akan adakah PKP 4.0? PKP 5.0? status di Melaka sekarang, semua daerah dah merah. menyedihkan! menakutkan! perkara boleh bawak maut kot kan, sape yg tak takut?! namun masih PKPP 😔. ntah la... sebagai rakyat marhaen, sukar nak komen, buat sakit hati!
lama bercuti dalam alam menulis blog.
boring! kita tarik diri dulu dan berehat... byk cerita nak dikongsi, tapi diri ni takde feel nak menaip di alam blog. sesekali klik klik di blog kawan-kawan and baca-baca cerita yang dikongsi. blogwalking still onz la, cuma tak drop komen pun.
terlalu banyak yg berlaku lately. paling penting, 😓 mr.asben kehilangan bonda tercinta. saya kehilangan ibu mertua tersayang... anak-anak dah tiada nenek di Seremban 😥.
💜 sedekahkan al-Fatihah buat ibu mertua saya, Hjh. Maimunah binti Hj. Ibrahim 💜
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dan 2 biras dapat menguruskan jenazah Mami dari awal hingga ke akhir. Allah saje yg Maha Tahu betapa sayunya hati ni sepanjang urusan itu. dari menggunting kain putih dan menyediakan pengikat kain kafan. dipandu oleh seorang makcik, kami bertiga memandikan Mami 😞. diikuti dengan jirusan terakhir oleh anak-anak lelaki mami bertiga. jenazah Mami kami bertiga, menantu-menantu mami, rapikan hingga ke akhir dengan sempurna.
terima kasih byk2 kepada biras saya berdua, byk menguruskan Mami ketika sakit 2-3 bulan sebelum pemergiannya. dek kerana PKPB dan larangan rentas negeri, menyekat pergerakan kami-kami utk menguruskan Mami. mr.asben saje yg byk berulang Melaka - Seremban. saya berikan peluang kpd dia utk kerap merawat Mami. spent their own sweetest time together 💙💙. saya bersama anak-anak di rumah, bukannya boleh merentas negeri sekeluarga, kan.
persediaan Aidilfitri.
alhamdulillah. anak-anak semua berbaju baru. kak Nurin dan Syuhada sorang dpt 4 pasang baju kurung, saya beli online je sejak awal tahun. Izzat sepasang baju melayu baru dan beberapa helai t-shirt. ayah ibu mereka pun ada, 2-3 helai je. kuih raya tak beli satu pun. tapi, dpt 6 balang dari kakak sulung. best sgt! kebetulan abg ipar ada keje di Melaka, itu yg pekerja dia dpt hantar kuih raya utk kami.
setakat tu aje la. takde lebih. sebab... sadly saying, year 2 beraya sendirian di rumah 😔. sgt sedih! hampa... 3rd ke 4th ke, ntah wave covid-19 ke brape ntah melanda Malaysia. sedih! Allah je Maha Tahu betapa sakitnya hati ni. kebetulan, Mami pula dah tiada... bertambah sayu hati ni.
tu la tu...
kenangkan hati yg luka ni, mana kan nak ada mood mengarang cerita di blog ðŸ˜.
12 Comments
Tahun kedua raya dalam mood mco 2.0 . Tak dapat balik kampung , tak dapat balik jenguk family di kampung . Tak dapat balik ziarah puasara arwah nenek
ReplyDeletekan... sayu sedih di pagi Syawal pertama tu.
Deletesendiri sekali lagi, CCL :(
selagi covid ni tak habis, kita takleh nak buat apa kan hmm
ReplyDeletetu la tu.
Deletelepas cecah 8K kes, baru la kerajaan berani nak lockdown.
apa kan daya... moga dlm tempoh 1 bulan akan dtg ni, sukses la turun kan at least kpd separuh iaitu kurang 4K kes.
in shaa Allah...
Innalillah. Semoga mami Puan Aida tenang di sana.
ReplyDeleteAl-Fatihah.
takziah kak aida. alhamdulillah dapat peluang mandikan jenazah buat kali terakhir. Sama lah kita, raya sendiri2 je. Nak balik kg pun tak boleh. Nak bergerak mana pun takut sebab varian baru ni lagi bahaya
ReplyDeletesalam takziah ..alfatihah utk arwah mak mertua aida...bertabahla kita raya pkp lagi
ReplyDeleteðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteSelamat Hariraya Maaf Zahir Batin Dari Mama Sekeluarga
ReplyDeleteAllahu..Al fatihah buat ibu mertua akak, Hjh. Maimunah binti Hj. Ibrahim.
ReplyDeletedek PKP menyekat kita untuk berbakti pada mak ayah di kampung. Sangat ralat sebenarnya. Raya PKP kali ni memang betul betul duduk rumah je. kadang tu mood upside down.huhu
tu la, fiza. terasa sgt down, kan...
Delete2 kali dah. and now kes mencanak2 naik sebab kluster ziarah raya.
kita ni dok la diam kat rumah, yg lain giat beraya :(
akhirnya, hari ni kes capai 9000... sedih!
Sedih bila ada kematian tak boleh nk tgk dan berjumpa saudara. Sabar sajalah dgn dugaan allah
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.