assalamualaikum & salam sejahtera 😃
every year, bila tiba je tarikh birthday ahli keluarga, surely kami akan keluar makan-makan. tempat favourite all the time was Pizza Hut. pizza, lasagna, ayam drummet yg sedap, mushroom soup, garlic bread 😍 wonderful!
tahun ni, birthday Syuhada on 17.1.2021 celebrated di rumah saje. beli few boxes of pizza. hanya pada 23.2.2021, tarikh birthday kak Nurin, dpt la kami berlima keluar makan di restoran. tapi kali ni pilihan kami di Cofeology Cafe & Restaurant, Bukit Beruang. double celebration gitew.
meraikan tetap meraikan. cuma ada majlis yang tertunda agendanya 😉.
heroin of the day 💚
3 lapis waffle with ice cream.
habis tau.
naik terbeliak mata kami berlima menghabiskannya 😆
ayam panggang ni, da lupa nama menu, sgt sedap!
recommended la kalau ke cafe hipster ni, wajib order.
byk lagi makanan yg kami order tapi tak snap gambar. makanan berulang yg pernah dipaparkan di blog. boleh baca perkongsian yang lepas 👉 Cafe Halal Yang Ekslusif Gengan Menu Yang Best - tak rugi singgah menjamu selera.
hadiah birthday.
kalau ada, itu bonus. kami tidak membudayakan beri hadiah kepada mereka. hanya jika ada, ada la... kerana kami memberi mereka barang (hadiah) tanpa kira tarikh. perlu? dapat la. tak perlu? sila berdoa kalau-kalau dapat 😄. apa yang pasti, mereka boleh request di mana saje mereka nak makan-makan. order je apa yang terlintas di minda. in shaa Allah...
ibu sayang kamu berdua 💚
takde perkataan dpt ditaipkan kat sini menggambarkannya.
moga both of u dikurniakan Allah kehidupan yang cerah dan sempurna.
bila menaip kisah ni di tghari Ahad, hu hu hu hu menyedihkan. kalau dulu, Ahad, teringin je nak makan pape, terus bersiap, start enjin kereta dan pergi ke tempat yang diingini. now, stucked at home! Allahu...
makan malam ni, saya da plan - tema restoran Thai 😄. ikan siakap masak tiga rasa dan tomyam sayur. in shaa Allah. ikan siakap dah pun dibersihkan dan digaram kunyitkan. dlm jam 4.00 petang karang baru start memasak 👌.
tata for now 👋...
14 Comments
happiest birthday for both of them :)
ReplyDeleteSedapnyaa
ReplyDeleteWah! Aiskrim botingkek-tingkek. 😄
ReplyDeleteSaya pernah perasan restoran ni di Bukit Beruang, kawasan MMU. Tapi belum berkesempatan untuk pergi merasa makan di situ.
ReplyDeletemeriah waffle 3 tingkat tu....rindu nk dine in kan..ni birthday ankdara bln ni..tkdpt la nk kuar mkn..celebrates kt umh je la
ReplyDeleteMacam pasangan kembar anak dara berdua ni. :)
ReplyDeleteBelum ada kesempatan cuba Cafeology Cafe padahal ada lalu.
ReplyDeleteMenarik menu disediakan.
Happy belated birthday for both of them!
ReplyDeleteSemoga dilimpahkan rezeki yang berterusan dan menjadi anak yang solehah =)
Happy belated birthday untuk keduanya..Semoga membesar jadi anak yang baik, dan berjaya dunia akhirat inshaAllah amin.
ReplyDeleteHappy birthday untuk nurin dan syuhada, terliur tengok 3 lapis waffle with ice cream sedapnye
ReplyDeleteAiskrim tu.. wow sungguh. Mau seronok anak-anak.Tengok gambar-gambar ni jadi rindu sama nak bawa anak-anak jalan-jalan cari makan.
ReplyDeleteAiskrim tu uih..mengundang betul lah..Sesekali kan bawa anak-anak ke tempat best sikit..murah rezeki
ReplyDeletePadu betul waffle berlayer tu. Lama x makan waffle dengan aiskrim. Makan waffle ngn aiskrim and A&W sedap juga kan..
ReplyDeleteSedap wafer dia hehe.. semoga menjadi anak2 yg solehah ya
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.