assalamualaikum & salam sejahtera...
Sabtu petang yg mendamaikan. angin sepoi-sepoi bahasa. burung berkicauan, suasana yang ceria. sesekali bising bunyi kereta atau motor yang lalu-lalang depan rumah. ada meja jepun, bawa keluar laptop. duduk bersila dan update blog. blogwalking... relax.
Izzat dan itik-itiknya 😄.
ayah melayan Izzat main pistol air.
ibu di sebelah sini update blog 😃.
awan kapas berarak di dada langit.
cerah!
ada 3 ekor burung pipit di kabel elektrik.
lewat petang skit karang, baru ada lebih dari 3 ekor.
burung pulang petang 😀.
pagi tadi, dalam 2-3 jam, saya dan mr.asben keluar ke Mydin membeli barang dapur. penuh 1 troli, mencapai RM500 😁. stok 2-3 minggu. bukan hanya makanan. tissue, axion, sabun pencuci, kotex dan lain-lain keperluan asas rumah. kalau da masuk Mydin, faham-faham aje la, yg kurang perlu pun jadik perlu.
da tghari, on the way balik rumah, singgah mcD drive thru. bertuah la anak-anak bila ibu ayahnya keluar beli barang, dpt makan mcD. mereka da lama terperuk dlm rumah, tidak jejak ke luar pagar pun. reward la dgn makanan-makanan kesukaan mereka.
terselit sushi di situ 😍.
Isnin hingga Jumaat, sibuk dgn kerja-kerja (WFH) dan anak-anak PdPR. kelas anak-anak dari jam 8 pagi hingga hampir jam 4 petang! aduhai 😓. da sama ibu, ayah dan anak, seharian bersekolah dan bekerja. meskipun hanya dari rumah.
maka, weekend gini, dapat la saya berehat secara total, tak perlu alert dgn ringing dan notification phone. dok tepi rumah, peratikan anak berendam dalam swimming pool dan update blog. nikmat mana yang saya nak dustakan? alhamdulillah...
esok masih belum tahu apa nasib kita-kita. apa yg ada ni, kita nikmati. ntahkan sambung, ntahkan tidak PKP 3.0. kes masih lagi lebih 5000 hari ni.
bertabahlah ye kita semua.
ada dugaan. ada kesukaran. sabar... dan doa agar semua ni segera berakhir 😊.
16 Comments
Sedapnya petang-petang makan McD. 😋
ReplyDeletekebetulan keluar, merasa la mcD.
Deletedelivery takde area rumah kami, BolaKatok.
Alhamdulillah, hiburkan hati anak-anak. Memang jemu la PkP ni, entahla sambung ke tidak
ReplyDeletedgr berita, katanya kes 4000 selama 7 hari berturut, baru pkp ni tamat.
Deleteaduhai... moga cepat la!
syoknyaaaaa....
ReplyDeleteSama dengan anak saya.chujung minggu je mintak nak mandi pool. layankan aje hehehe
ReplyDeletekan... da itu je yg menarik utk dia kat rumah.
Deletepool plastik :) ha ha ha...
kegembiraan dia, kegembiraan kita jugak, kan.
sama la kita kak aida, beli barang dapur semua memang melayang fulus. Daah lama tak makan sushi sejak PKP ni haha
ReplyDeletelepak-lepak di tepi laman rumahh best dgn angin sempoi2
ReplyDeleteCantik laman tepi Aida. Hehe sesekali keluar beli barang-barang atau makanan yang sedap.
ReplyDeleteSesekali duduk luar rumah ada aktiviti seronok rasanya. Ala ala bercuti juga sampai berblog gitu.
ReplyDeleteAlhamdulillah habiskan masa bersama keluarga nikmat yg tak ternilai
ReplyDeleteLama kami tak makan McD.
ReplyDeleteKena rentas daerah kalau nak McD. Sayangnya Covid-19 tak pandai balik kampung!
Comelnya Izzat dan itik-itik kuningnya :)
ReplyDeleteLama dah tak makan ayam goreng McD. Mesti excited anak-anak dapat treat makan McD :)
ReplyDeletesejak tak boleh rentas daerah ini, memang tengok iklan ayam mcd jelah.. hehehe..
ReplyDeleteBest tengok Izat berendam..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.